Iklan Nuffnang

Selasa, 31 Januari 2017

DAY 27: 31 days challenge by jdt blogger - Gadjet Saya


Sekarang ni gajet yang aku miliki ada tiga. Samsung tab, Samsung galaxy J7 dan Blackberry Z30.

Meh nak citer. Samsung tab ni hadiah hari jadi aku. Encik hubby bagi. Tapi sekarang ni dah jadi barang mainan si kecik. Contohnya gambar kat atas tu. Jadi tempat diorang tengok youtube.

Blackberry tu pulak aku beli tahun 2014. Dua tahun pakai, tetiba dapat warning kata telefon tu tak support WhatsApp. Takde whatsapp susahlah hidup nak mesej orang, kan? Takkan nak sms kot. Disebabkan itulah aku beli Samsung. 

Nak dijadikan cerita, Blackberry aku pun sekarang ni dah jadi gajet untuk si kecik. Ermmm itulah kisah aku dan gajet.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Isnin, 30 Januari 2017

Otak-Otak Kempas; Puas Bakar Sendiri



Wow. Malam ni aku dan famili kat kampung main bakar-bakar. Kitorang bakar otak-otak kempas. Memang sedap. Lagi-lagi kalau dimakan panas-panas. Tambah ada kopi o pulak.

Di banyak kawasan, otak-otak sekarang ni harganya singgit satu. Kan selalu kalau kita makan kat restoran, ada yang letak otak-otak atas meja kan? Sebakul ada 10 batang. Kita bayar berapa yang kita makan.

Dulu, harganya 50 sen je. Kemudian naik 70 sen atau 80 sen. Sekarang singgit.

Kalau balik Johor memang puas makan otak-otak. Kami beli yang mentah. Bakar sendiri kat rumah. Selalunya beli 150 batang... harganya RM50. Berbaloi kan?

Si Gebu Perlukan Pakaian Dalam Plus Size; Bukan Set Maternity



Aku nak cerita sikit pasal panties plus size vs panties maternity. Baca tau. Tak baca rugi :-)

Aku nak bagitahu yang aku gembira dapat kongsi masalah dengan wanita plus size yang susah mencari panties selesa. Memang panties saiz besar ada jual di mall tapi aku selalu ada masalah di bahagian paha. Ketat kat paha dan bergulung kat perut.

Mereka pun sama gak masalah macam tu. Jadi apabila bersembang, rata-rata masalah wanita plus size ni sama je bila bab mencari panties.

Ada yang kata lebih selesa pakai panties maternity. Beza panties plus size dan maternity ni sebenarnya banyak.

Panties maternity ni fokus kat perut saja. Jadi ada potongannya yang kecik di paha. Tetap tak selesa nak pakai. 

Satu lagi design. Panties maternity design biasa saja. Plus size panties ni design lebih menarik. Yang seksi pun ada.

Lagi satu pada pendapat aku, takkan la kita tak pregnant nak pakai panties maternity. Tak syok la kan. Yang anak dara pun takkan nak pakai panties maternity. Ye tak?

Jadi, pilihlah panties yang sesuai dengan saiz tubuh dan keperluan kita untuk keselesaan menjalani rutin hidup.

Aku gembira jadi ejen dropship panties dan bra plus size. Sesapa yang nak tahu pasal pakaian dalam plus size, bolehlah hubungi aku ye.

Ingat tau, orang plus size perlukan panties dan bra plus size; bukannya panties maternity.

DAY 26: 31 days challenge by jdt blogger - Perangai Manusia Yang Tidak Disukai

TALAM DUA MUKA

Kenapa talam dua muka? Bagi akulah kan, talam dua muka ni sangat bahaya. Sikap inilah yang boleh meruntuhkan banyak hubungan silaturahim. Depan kita lain, belakang kita lain. Depan kita, dia sangat baik dengan kita. Sehingga ada kalanya kita percaya sampai rasa boleh kongsi apa sahaja kisah hidup kita.

Namun di belakang kita, dia rupa-rupanya menceritakan hal buruk mengenai kita. Akhirnya orang lain yang tidak pun kita rapat, jadi pandang negatif pada kita.

Orang sebegini tidak boleh dijadikan kawan. Malah kita perlu berhati-hati dengan orang yang macam ni. Lebih baik kita kenal hati budi seseorang terlebih dahulu sebelum kita rapat dan mempercayainya.

Sekian untuk taks hari ni.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Ahad, 29 Januari 2017

Wow! Jom Try Kari Kambing 40 Hari



Korang pernah makan tak kat restoran Kari Kambing 40 Hari ni? Aku baru first time dapat datang sini walaupun dah banyak kali aku dengar pasal restoran ni.

On the way nak ke Mersing hari tu, aku satu famili singgah sini. Orang punyalah ramai. Nak dapat meja pun susah. Tapi nak cakap ni, yang pahit akan manis akhirnya sebab susah nak dapat meja tapi sekali dapat makan, perghhh berbaloi. Sedap sangat weh.

Aku makan nasi arab kambing dan ayam. Satu set harganya RM45. Dapat free air sirap satu jag kalau korang beli yang set ni. Setiap set leh makan empat orang. Masa tu aku beli jugak roti perata atau orang KL cakap roti canai. Lembut je... best.

Jomlah try ye kalau ke bumi JDT. :-

DAY 25: 31 days challenge by jdt blogger - Gambar 3 Tahun Lalu dan Kini

Gambar 3 tahun lalu. Masa ni aku bujang trang tang tang lagi. Nah, tengoklah gambar aku pose ala-ala model tersohor. Hahahaha. Aku memang suka pakai blaus atau tshirt dan kemudian sarungkan kardigan. Tak tahu la kenapa tapi sedar-sedar dalam lemari aku banyak fesyen yang macam tu.


Gambar bawah ni pula, gambar semasa Karnival Karangkraf. Aku dan editor MIDI masa tu bergambar dengan finalis Lelaki Maskulin 2013/2014.


OK. Ini gambar terkini. Tahun ni, 2017. Banyak beza tak? Tak banyak pun kan. Tetap maintain tembam. Kalau yang atas tu aku bertudung bawal yang dililit-lilit cinta dan syria sahaja, bawah ni aku cuba pakai instant shawl. Nampak lebih muda, ayu dan wallah. Hehehe. Masuk bakul angkat sendiri.



Sekian task hari ni. Terima kasih kerana tak jemu membaca semua entri saya sepanjang menyertai cabaran anjuran JDT Blogger ni. Masih ada enam entri berbaki. Wow!


#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Sabtu, 28 Januari 2017

DAY 24: 31 days challenge by jdt blogger - 3 Warna Kegemaran




PINK (merah jambu)

PURPLE (ungu)

GREEN (hijau)

Inilah tiga warna kegemaran aku. Kalau tengok koleksi baju aku memang banyak warna pink dan purple. Hijau tu pun antara yang diminati jugalah walaupun tak sebanyak koleksi dua warna tadi.

Selain pakaian, warna-warna ni aku aplikasikan pada cadar tilam, karpet dan juga beberapa alatan di rumah. Contohnya botol air, dulang, bantal. Hehe.

Sekian untuk task hari ni.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Jumaat, 27 Januari 2017

Mi rebus Terbaik RM1.50 Je Uolssss

Cuti panjang hujung minggu bersempena Tahun Baru Cina ni aku balik kampung. Ada famili day keluarga sebelah mama aku.

Kat kampung aku ni, yang bestnya makanan masih lagi dijual murah. Nasi lemak sebungkus 50 sen. Selain nasi lemak, mi goreng, mihun goreng pun masih lagi 50 sen.

Kalau yang 50 sen tu memanglah basic je. Tapi cukuplah nak isi perut masa sarapan. Kalau nak lauk, bolehlah tambah telur goreng ke, ayam goreng ke.

Masa balik kampung hari ni, abah singgah kat kedai simpang jalan nak masuk ke rumah. Kitorang panggil Simpang Tiga. Bersebelahan dengan masjid jamek Kampung Parit Tegak, Parit Sulong. Beli mi rebus. Tahu berapa harganya? RM1.50 je. 

Dahlah murah, sedap pulak. Memang berbaloi. Kalaulah kat bandar ada harga macam ni.... hehe.


DAY 23: 31 days challenge by jdt blogger - List Cerita Seram Kegemaran

Aku bukanlah peminat filem seram. Jadi bila diminta buat senarai filem seram yang menjadi kegemaran, aku macam blur sekejap. Maksud filem seram ialah filem berunsurkan sesuatu yang menakutkan. Pastinya ada kaitan dengan hantu, mistik dan ilmu hitam.

Walaupun tidak minat filem seram, tapi aku pernah menonton filem sebegini. Antara filem seram paling latest aku tonton ialah Penanggal. Masa tu aku beli di Astro First sebab aku nak pergi interview Elly Suriaty sebagai cover majalah MIDI. Lepas tu, takde menonton filem seram dah. Hehe.

Sebagai wartawan, bila nak interview seseorang personaliti tu, aku akan buat sikit penyelidikan pasal personaliti tu. Jadi masa nak interview Elly Suriati ni, antara karya terbaharu beliau ialah filem Penanggal. Masa nak sembang tu, senanglah sikit kan kita nak bersembang sebab kita dah tonton filemnya.

OK. Itu sahaja jawapan aku untuk task kali ni. Maaflah ya, aku tak ada senarai filem seram kegemaran kerana aku tidak begitu minat menonton filem sebegini. Kalau filem romantik atau komedi banyak... :-)

Elly Suriaty sebagai cover MIDI

behind the scene

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Khamis, 26 Januari 2017

DAY 22: 31 days challenge by jdt blogger - Bila Start Berblogging


MEI 2008

Bagi menjawab soalan ini, aku perlu tengok kembali posting pertama yang ada dalam blog ni. Bila baca balik, barulah aku tahu hari pertama kewujudan blog  www.maryamelyas.blogspot.my ni. Tarikh buat blog ni ialah Mei 2008. Entri pertama aku buat ialah pada 11 September 2008. Hahahaha. Empat bulan jugalah aku ambil masa untuk menulis entri pertama. Diam tak diam dah sembilan tahun usia blog ni. Wow!

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Rabu, 25 Januari 2017

DAY 21: 31 days challenge by jdt blogger - Makanan Kegemaran Selain Masakan Melayu


Wow, best cakap pasal makan. Kalau selain masakan Melayu, aku suka makan hidangan barat (western). Ni aku nak kongsi sikit pasal tempat makan western yang best. Dimiliki oleh Chef Aziz Juhari. 

Apa yang menarik kat sini ialah makanannya sedap, big portion tapi harganya murah. Mana tak murah, sebab Chef Aziz kata beliau buat restorannya fokus kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Katanya, orang macam tu selalu susah nak makan western sebab mahal. Jadi apabila ada restoran ni, dapatlah merasa makan western sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Pengalaman Chef Aziz ni bukan calang-calang tau. Lebih 20 tahun sebagai tukang masak. Jadi, memang sedap sesangatlah makanan kat sini. Antara yang sedap sesangat tu mix grill. Ada ayam, daging kambing dan daging lembu.

Jadi kalau nak makan western, kenalah datang sini. Berbaloi. Lalu tol plus menghala ke Selatan, masuk tol Putrajaya, sampai. Dekat je uols. Meh datang meh ke Pasta Express, Taman Putra Perdana Puchong.



#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Selasa, 24 Januari 2017

DAY 20: 31 days challenge by jdt blogger - Tempat Yang Ingin Dilawati

Kalau bab destinasi yang ingin aku lawati... ermmm nak berangan jap.

OK. Aku teringin juga nak pergi Universal Studio kat negara jiran kita ni. Dekat je pun. Singapura. Walau hanya di seberang tambak tapi aku tak pernah pergi. Huhuhu. Sedihnya. Nangis jap.

Selain tu, aku teringin nak pergi mana-mana tempat yang ada salji. Aku pernah pergi Korea Selatan tahun 2007 dulu kalau tak silap. Zaman tu, K-pop pun belum ada lagi. Orang pun tak berapa kenal apa itu oppa. Sebab masa tu Korea belum popular macam sekarang. Masa tu pergi pun atas jemputan Korea Tourism Organisation (KTO) untuk membuat liputan mengenai pelancongan di Korea. Selepas itu barulah Korea mencanak-canak popularnya sebagai destinasi pelancongan yang 'mesti pergi'.

Masa aku pergi Korea tu, salji tinggal saki-baki di celah-celah batu. Tak dapat nak rasa feel main salji ala-ala dalam filem Frozen. Nak buat Olaf. Hehehehe...

Nak baca kisah aku kat Korea Selatan, boleh baca kat sini ya. 
http://maryamelyas.blogspot.my/2008/12/gambar-di-korea.html



Itu kalau luar negaralah. Dalam negara kita sendiri pun banyak tempat yang best-best. Misalnya aku pernah pergi Pulau Redang. Tak terucaplah betapa cantiknya pulau tu. Teringin nak ulang datang ke sana. Banyak lagi pulau yang aku belum pergi. 

Satu lagi tempat yang aku nak pergi, sudah pastinya Makkah. Teringin nak menunaikan haji dan umrah, menjadi tetamu Allah SWT. Mudah-mudahan impian aku ni terlaksana.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Isnin, 23 Januari 2017

DAY 19: 31 days challenge by jdt blogger - Gambar Tulisan Jawi


Inilah rupa tulisan jawi aku. Tulisan tangan aku taklah secantik mana. Masa kat sekolah dulu pun konon nak join tulisan khat. Tapi memang tak dapatlah kan sebab tak mencapai piawaian yang ditetapkan. Hehe.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Ahad, 22 Januari 2017

DAY 18: 31 days challenge by jdt blogger - Kenangan Manis

Hari ni nak cerita pasal kenangan manis pula. Kenangan manis ni boleh dihadam banyak-banyak dan jangan bimbang kena diabetes. Confirm tak bahaya punya kalau kita ada banyak kenangan manis. Hehe. Hidup hanya sekali. Kumpul kenangan manis sebanyak mungkin.


Ha. Gambar pertama ni ialah kenangan yang sudah pastinya tak dapat dilupakan. Apabila dah nikah, period pula lewat, memang pregnancy test kit ni lah yang dicari. Beberapa kali aku cek, mula-mula tu negatif. Ada riak kekecewaan jugaklah. Tapi aku positif je sampailah ujian kesekian kalinya menunjukkan tanda positif. Ya Allah tak tergambar rasanya happy masa tu.


Kenangan manis seterusnya ialah detik melahirkan anak. Kisah melahirkan ni walaupun sakitnya sampai ke hujung ubun-ubun tapi sangat indah untuk dikenang.

Citer sikitlah ya. Lebih kurang jam 10 malam, aku terasa ada air tak henti keluar. Aku sangka air shishi. Rupa-rupanya air ketuban. Aku dan suami berdesup pergi ke hospital. 

Sampai hospital, doktor cek bukaan baru 3cm. Tapi disebabkan baby dah poopoo dalam perut, aku terus masuk bilik bersalin. Dari jam 12 tengah malam, sampailah jam 7 pagi, maksimum bukaan hanya 4cm sahaja. Oh, sakitnya jangan cakaplah. Bila baby mengeras tu ya Allah. Tak terucap.

Akhirnya, baby pun dah lemah. Aku akhirnya terpaksa czer. Lepas injek bius separuh badan, aku tak rasa apa dah. Tapi selepas segalanya selesai, dan apabila aku kena salin pad dan bersihkan badan dibantu suami barulah aku rasa sakitnya yang teramat kat tempat kena belah tu. Uwa...


Kenangan manis yang ini pula apabila buku kanak-kanak aku yang kedua Powerpuff Girls Mama diulang cetak kali kedua. Seronok. 



Dua gambar di atas pula saat aku menerima anugerah dalam bidang kerjaya. Anugerah Penulis Rencana Bahasa Melayu Terbaik. Masa ni aku buat liputan 8 muka surat mengenai pengemis. Artikel bertajuk Tangan Yang Di Bawah. 

Hadiah disampaikan oleh PM. Tapi masa tu beliau TPM lagi. Anugerah ini melengkapkan hidup aku sebagai seorang wartawan.

Sekian coretan hari ini. Selamat berhujung minggu ya :-)

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Sabtu, 21 Januari 2017

DAY 17: 31 days challenge by jdt blogger - Kenangan Pahit

Gambar: google

Kenangan pahit. Apa ya kenangan pahit dalam hidup aku ni? Susah nak ingat sebab aku selalu cepat-cepat buang kenangan pahit supaya boleh move on.

Tapi ada satu yang aku ingat. Kisah ni aku ingat supaya boleh bagi semangat dalam hidup.

Kisah betapa susahnya nak memulakan hidup selepas tamat belajar. Masa tu susah nak dapat kerja. 

Berbekalkan saki-baki duit yang ada, aku cari kerja kat Shah Alam ni. Hajat hati tak nak balik kampung sebab tak nak susahkan hati mak abah.

Masih aku ingat macam mana sayunya beli ikan sekor, sebelah ikan tu makan siang, malam pula makan sebelah lagi. Bukan tak pernah aku beli nasi hanya berlaukkan kuah masak lemak. Harganya 50 sen. Haha.

Namun akhirnya aku akur dengan keadaan. Aku balik jugak ke kampung sebab takde kerja. Kat kampung aku dapat kerja guru sandaran. Tiga bulan je aku kerja sebab minat tidak ke situ lagi. Ditambah pula jawatan yang aku dapat tu bergaji STPM sahaja kerana aku belum konvo degree lagi masa tu.

Akhirnya aku kembali ke Shah Alam dengan duit RM50. Gaji guru sandaran belum dapat lagi masa tu sebab memang jawatan ni gaji hanya diberi selepas tiga bulan atau lebih lewat dari tu. Haha.

Aku gigih cari kerja. Jadi kerani data entri. Ditipu konon kerja kerani tapi kena jual pakej apa entah. Pastu aku kerja kat pusat tuisyen. Kemudian kerja pembaca pruf. Yang ni aku kerja lama gak dua tahun sebab kena dengan jiwa kot.

Akhirnya aku dapat interview sebagai penulis di majalah Jelita dan aku berjaya sedangkan yang datang interview tu boleh tahan ramai.

Lebih kurang enam bulan bekerja, ada sorang kakak tu datang jumpa aku. Katanya dia minta maaf kerana pernah berprasangka buruk terhadap aku. Katanya kenapalah editorial Jelita ambil orang gemuk kerja di majalah ni sedangkan yang datang interview lebih ramai yang cantik, freehair dan bijak berfesyen. Hehe. Aku OK je. Takde rasa marah atau sentap pun. Malah aku bangga sebab dapat kerja tu dengan bakat menulis yang aku ada dan bukannya atas dasar cantik menarik kau memang dabom.

Namun jodoh bersama Jelita hanya bertahan selama tiga tahun. Tahun 2009 aku berhijrah ke Karangkraf. Oh, bukan mudah aku nak tinggalkan majalah ni. Sedihnya hanya Allah yang tahu. Aku sayang giler kot kat majalah ni. Inilah tempat pertama aku kenal erti dunia orang media. Ya, inilah kenangan pahit yang ingin aku ceritakan iaitu aku terpaksa meninggalkan majalah kesayangan ni untuk mencari sesuatu yang baru di tempat lain.

Cukuplah imbasan kenangan pahit setakat ni sahaja kerana aku percaya pahit akan manis akhirnya.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Jumaat, 20 Januari 2017

DAY 16: 31 days challenge by jdt blogger - List Nama Samaran

MARYAM ELYAS

Aku takde nama samaran pun. Kalau ada pun hanyalah nama pena yang aku gunakan untuk menulis buku atau karya di portal Ilham. Nama yang aku gunakan ialah Maryam Elyas. Nama ni diambil sempena nama sebenar aku yang aku ubah huruf I kepada huruf Y. Itu sahaja.

Kalau nama panggilan tu ada la. Selalunya orang lebih selesa panggil aku Cik Yam. Dulu masa kat universiti pun pensyarah panggil aku Cik Yam. 

Huhuhu. Encik Suami pulak panggil aku Sayang. Anak pulak panggil aku Mama. Famili panggil aku Kak Yam. Selain tu, takde lagi nama samaran atau nama panggilan aku. Sekian... :-)

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Khamis, 19 Januari 2017

DAY 15: 31 days challenge by jdt blogger - Wallpaper Telefon atau Laptop


Inilah dia wallpaper handphone aku. Gambar bersama Encik Suami. 
Tujuan letak gambar ni, ermmm nak bagi ingat selalu.
Sekian.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Rabu, 18 Januari 2017

DAY 14: 31 days challenge by jdt blogger - Media Sosial Saya

Tajuk taks hari ni Media Sosial Saya. 

Aku gunakan dua media sosial sahaja iaitu Facebook dan Instagram. Facebook dah lama guna. Instagram ni baru nak berjinak-jinak. Sesiapa yang nak berkawan tu, bolehlah cari dua media sosial ni.


instagram aku. Ada 270 followers je. Tak glamer pun kita ni... :-)

facebook aku. Ada 895 friends je. Kan dah kata aku tak glamer... :-)

#jdtblogger 

#31dayschallengebyjdtblogger



Selasa, 17 Januari 2017

DAY 13 : 31 days challenge by jdt blogger - 10 Perkara Disukai dan Tidak Disukai



10 Perkara Disukai
1) Kopi
2)Kek/jajan
3)Menulis
4)Nyanyi
5)Beg tangan
6)Kasut
7)Kaler pink
8)Kaler purple
9)Tengok kartun
10)Filem Hindi

10 Perkara Tidak Disukai
1)Panas
2)Tempat tinggi
3)Dapur bersepah
4)Kasut tinggi
5)Bodek
6)Pening
7)Bil tertunggak
8)Cakap kat fon
9)Tertinggal power bank
10)Blue tick whatsApp (no reply)

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger



Isnin, 16 Januari 2017

DAY 12: 31 days challenge by jdt blogger - Pengalaman Seram

Pengalaman seram. Ermmm makin mencabar nampaknya soalan untuk meneruskan cabaran anjuran JDT Blogger ni. Aku ni penakut sebenarnya.

Seram bagi aku bukanlah hanya mengenai hantu sahaja. Tapi benda-benda menakutkan pun boleh aku kategorikan sebagai seram. Misalnya gayat.

Aku takut lalu kat jambatan gantung. Pernah lalu kat jambatan gantung di Sunway Lagoon. Aku amik masa lebih 45 minit untuk selesai jalan dari hujunh ke hujung. Paling win bila ada orang yang berani tu berlari atas jambatan tu. Kita ni gigih pegang kuat-kuat.

Takut jugak naik roller coster. Seumur hidup pernah dua kali je naik roller coster. Di Sunway Lagoon tu aku ternaik sebab tak tau yang itu roller coster. Kali kedua naik kat Legoland sebab temankan suami yang nak naik benda alah tu.

Ah seramlah nak citer panjang-panjang. Hahahaha... cukup sampai di sini sayang...

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger


Ahad, 15 Januari 2017

DAY 11: 31 days challenge by jdt blogger - Pengalaman Bercinta

Oh, taks hari ke-11 ni susah betul nak jawab. Pengalaman bercinta. Bagi meringkaskan kisah cinta yang berbelit-belit, aku lupakanlah kisah cinta monyet kat sekolah dulu. Hahaha. Lupakan juga kisah cinta yang tak menjadi. Fokuslah pada kisah cinta abadi bersama encik suami.


Aku pernah kongsi kisah perkenalan dengan suami dalam majalah Keluarga terbitan Karangkraf. Aku kongsi di sini kata-kata yang aku coretkan untuk majalah itu.

"Setahun lamanya saya memerhati suami berniaga di tepi jalan menghala ke rumah saya. Tiada kekuatan untuk menegur. Hanya memerhati dari kejauhan. Sehinggalah saya bertemu wajah dengannya ditemani sahabat selepas beberapa bulan bersembang di laman sosial. Pelbagai dugaan kami hadapi dengan penuh sabar. Akhirnya kami disatukan dalam majlis akad nikah penuh kesederhanaan. Kami percaya soal jodoh itu rahsia Allah."

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Sabtu, 14 Januari 2017

DAY 10: 31 days challenge by jdt blogger - Single Atau Berkahwin


HA.... kita mulakan dengan senyuman. Nampak tak gambar tersenyum tu? Ini adalah detik aku dirias sebagai raja sehari. Lokasinya di Butik Norjuma, Anggerik Mall, Shah Alam. 

Nak sesuaikan dengan tajuk task hari ni iaitu Single Atau Berkahwin, gambar tu terang dan jelas menunjukkan gambar seri pengantin baru. Menjawab soalan task entri ke-10, sudah pastinya jawapan aku ialah berkahwin.



Lokasi penggambaran outdoor selepas majlis pernikahan dan persandingan aku ialah di sekitar Masjid Shah Alam. Tarikh 24 Mei 2014 sudah semestinya terpahat kukuh dalam ingatan kerana pada tarikh itu aku menamatkan gelaran wanita single kepada gelaran isteri orang.


Doa aku kepada Allah SWT, semoga pernikahan ini berkekalan dan membawa kebahagiaan serta diberkati oleh-NYA. Amin.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Jumaat, 13 Januari 2017

DAY 9: 31 days challenge by jdt blogger - Seseorang Yang Membanggakan


Apabila sebut mengenai seseorang yang membanggakan, dalam fikiran aku tak terbayang orang lain selain daripada mama. Aku memang bangga dengan mama aku ni. Dia tidak bersekolah tinggi pun tetapi dia sangat memberi perangsang untuk anak-anaknya belajar setinggi yang termampu. Alhamdulillah semua anak-anak mama belajar hingga ke universiti.

Mama aku ni jugak sangat ambil berat mengenai kerjaya anak-anak. Aku masih ingat bila habis belajar dulu, mama beria-ia membeli suratkhabar untuk tengok iklan jawatan kosong. Mama jugak yang susah payah turun naik pejabat kerajaan untuk ambil borang kerja kosong.

Mama.... dia juga pendengar yang baik apabila anak-anak ada masalah. Mama juga seorang yang pandai masak dan masakan paling sedap ialah masakan mama. Aku sayang mama.

Masih aku ingat betapa masakan yang aku mengidam masa awal-awal mengandung dulu ialah sambal ikan bilis mama. Sanggup cuti dan balik kampung nak makan sambal ikan bilis mama dengan ubi rebus. Hahahaha.... 

inilah dia insan yang sangat aku banggakan. Aku bangga anak seorang ibu macam mama. Love u mama :-)

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Khamis, 12 Januari 2017

DAY 8: 31 days challenge by jdt blogger - Gambar Makanan Yang Sedang Dimakan


Assalam. Inilah gambar makanan yang sedang dimakan. Cuba teka apa dia? Hahaha. Simple je makanan hari ni. Nasi putih dengan kari ayam. Tapi ayam ni dipotong kecik-kecik. Masukkan kentang dan lobak merah serta cili padi. Senang je.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Rabu, 11 Januari 2017

DAY 7: 31 days challenge by jdt blogger - Sekarang Sedang Buat Apa


Sekarang sedang buat apa? Sebelum mengetuk entri ini, aku baru je lepas memasukkan beberapa artikel dalam Q. Sementara itu, aku baca akhbar Sinar Harian hari ni. Tajuk depan Terima Kasih Malaysia! Berita mengenai Mohd Faiz Subri dapat anugerah berprestij, PUSKAS FIFA 2016. Bangga weh sebagai anak Malaysia, apatah lagi sebagai pemain Asia pertama yang raih anugerah ni.

Walaupun pelbagai isu timbul pasal baju Melayu la apa la, scroll telefon la, cakap omputeh la, aku sebagai rakyat Malaysia lebih melihat kepada kejayaan yang dia raih sekali gus memperkenalkan tanah air di mata dunia.

Sekian catatan aku untuk meneruskan cabaran JDT Blogger.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger




Selasa, 10 Januari 2017

DAY 6: 31 days challenge by jdt blogger - Gambar Bermekap @ Tanpa Mekap

Hari ke-6 cabaran JDT Blogger. 

Tajuk task kali ni Gambar Bermekap @ Tanpa Mekap. Banyak kali gak aku baca tajuk task ni sebab sekali imbas bukanlah memerlukan kita buat entri jawapan macam sebelum dan selepas (before and after). Hanya perlu berikan salah satunya sahaja, kan? Tapi, takpelah. Aku buat je entri ni dengan dua gambar iaitu sebelum dan selepas mekap.



Ini gambar sebelum mekap. Wajah polos tanpa solekan. Boleh nampak la tahi lalat di kiri dan kanan pipi. Nampak la kening aku yang memang semula jadi nipis.

Ini pula gambar selepas mekap dan menyarungkan busana sponsor. Wah, ada sponsor pula gitu. Masa ni aku ada penggambaran untuk majalah bersempena Aidilfitri. Setahun sekali wartawan pun nak juga rasa glamer disolek dan dirias cantik-cantik. Masa ni aku buat majalah. Sekarang di akhbar takde dah mekap-mekap gini. :-)

Jadi, inilah entri untuk task kali ini. Kita jumpa dalam entri esok pula ya.


#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Isnin, 9 Januari 2017

DAY 5: 31 days challenge by jdt blogger - 6 Perkataan Menggambarkan Diri

Hari ni nak teruskan lagi menyahut cabaran. Tiap hari aku jenguk blog ni start hari tu. Kalau tak blog ni sunyi sepi. TQ untuk penganjur yang buat cabaran ni ya. Hehe.


Kali ni entri yang diberikan bertajuk 6 perkataan menggambarkan diri. Aku tak boleh nak gambarkan sendiri aku ni macam mana. Jadi aku minta encik suami gambarkan. Inilah dia 6 perkataan yang menggambarkan diri aku berdasarkan pendapat suami aku.

1) Gemuk: Ya, badan aku memang gemuk la. Tak pernah pakai baju saiz S atau M. Memang saiz aku L, XL dan ke atas.

2) Garang: Hahahaha. Yang ni pun selalu disebut-sebut. Adik-adik aku kata aku ni garang. Kawan-kawan diorang pun takut kat aku.

3) Comel: Encik suami kata sebab ni dia sangkut kat aku dulu.

4) Chef: Encik suami kata aku pandai masak. Masak sardin simple-simple pun sedap.

5) Berleter: Bab ni walaupun aku macam tak setuju tapi sebab encik suami dah kata macam ni, aku masukkan jugalah. Mana-mana isteri pun tentu suami dia kata dia kuat berleter, kan?

6) Penulis: Kata encik suami, aku ni suka menulis. Selain tulis atas dasar kerja, aku suka tulis surat atau nota untuk dia. Selalunya yang sweet-sweet. Ermmmmm hahahahahaha.

P/s: Masa ambik gambar dgn Amber Chia ni, dia kata i cover u. Hahaha terer betul Amber ni memang sah aku tak nampak gemuk kat dalam gambar ni kan. Sweet sweet comel gitu...

Kesimpulannya, 6 perkataan menggambarkan diri ialah GEMUK, GARANG, COMEL, CHEF, BERLETER & PENULIS.

Sekian catatan hari ni.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger