Iklan Nuffnang

Jumaat, 13 Januari 2017

DAY 9: 31 days challenge by jdt blogger - Seseorang Yang Membanggakan


Apabila sebut mengenai seseorang yang membanggakan, dalam fikiran aku tak terbayang orang lain selain daripada mama. Aku memang bangga dengan mama aku ni. Dia tidak bersekolah tinggi pun tetapi dia sangat memberi perangsang untuk anak-anaknya belajar setinggi yang termampu. Alhamdulillah semua anak-anak mama belajar hingga ke universiti.

Mama aku ni jugak sangat ambil berat mengenai kerjaya anak-anak. Aku masih ingat bila habis belajar dulu, mama beria-ia membeli suratkhabar untuk tengok iklan jawatan kosong. Mama jugak yang susah payah turun naik pejabat kerajaan untuk ambil borang kerja kosong.

Mama.... dia juga pendengar yang baik apabila anak-anak ada masalah. Mama juga seorang yang pandai masak dan masakan paling sedap ialah masakan mama. Aku sayang mama.

Masih aku ingat betapa masakan yang aku mengidam masa awal-awal mengandung dulu ialah sambal ikan bilis mama. Sanggup cuti dan balik kampung nak makan sambal ikan bilis mama dengan ubi rebus. Hahahaha.... 

inilah dia insan yang sangat aku banggakan. Aku bangga anak seorang ibu macam mama. Love u mama :-)

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Tiada ulasan: