Iklan Nuffnang

Isnin, 24 April 2017

ISU KAHWIN LEWAT: PART 1: Faktor orang anggap anda sudah patut kahwin



Hai. Bagi menyempurnakan janji akak kat kawan-kawan fb, akak akan tulis tip mengenai isu kahwin lewat. Supaya penulisan ini lebih mudah nak dihadam, akak tulis part by part ya.

Isu kahwin lewat ni memang tak habis-habis jika nak dibincangkan. Kadang-kadang bukan tak nak kahwin pada usia sesuai, tapi dah jodoh takde time tu, nak buat macam mana, ya tak?

Jodoh itu rahsia Allah. Cepat atau lambat, bukan kita penentunya. Kita usaha, Allah yang tentukan.

Tekanan demi tekanan yang datang, selalunya lebih daripada orang sekeliling iaitu makcik, sepupu, jiran. Ibu bapa kita selalunya lebih tenang. Tiada tekanan pun daripada mak bapak. Itu pengalaman akak.

Part 1 ni akak nak cakap soal faktor orang sekeliling anggap anda sudah patut kahwin.

Pertama - Adik anda dah kahwin.
Faktor pertama ni selalu sangat terjadi. Lebih-lebih lagi kalau anda anak sulung. Apabila adik anda dah kahwin, orang sekeliling akan anggap dah terlewat kahwin. Orang tak akan anggap adik anda yang kahwin awal sangat.

Di sinilah bermulanya tekanan akan timbul. Tak percaya? Hahaha. Hanya orang yang melaluinya akan faham perasaan orang sebegini.

Kedua - Usia mula cecah 30.
Faktor kedua ialah usia. Walaupun mak ayah kita selalunya relaks je, tapi orang sekeliling mula heboh dan sibuk soal ni.

Mulalah akan timbul pertanyaan-pertanyaan yang kita sendiri tak ada jawapannya. Serba salah pun ada gak time nak menjawab tu.


Kadang-kadang nak juga menjawab alahai baru 30 kot. Sabarlah.

Ketiga - Hidup dah lengkap
Faktor ketiga yang membuatkan orang sekeliling rasa kita dah patut kahwin ialah apabila hidup kita dah mula lengkap. Maksudnya apabila balik kampung tu kita bawa kereta, rumah pun dah ada, kerjaya dah mantap.

Mesti akan ada yang cakap macam ni. Rumah dah ada, kerja ok, kereta besar... bila nak ada calon?

Keempat - Apabila mula dikenenkan.
Ha... yang ni faktor serius. Memang orang sekeliling dah anggap anda sebenarnya patut kahwin. Namun malangnya anda tak pandai cari calon. Hahahaha. Tercabar tak?

Mesti anda rasa malu-malu alah, kan? Seolah-olah anda ni tak kahwin lagi sebab takde boyfriend atau girlfriend. Dalam bahasa lebih sinisnya, anda tak laku-laku. Padahal ramai kot... kikiki cuma belum ke arah nak berumahtangga. Sebaliknya orang sekeliling rasa mereka patut bantu anda cari jodoh.

Apabila tiba situasi begini, anda janganlah cepat melenting. Anda harus positif. Anggaplah mereka cuba membantu anda. Terima atau tidak calon yang mereka kenenkan itu, belakang kira.

Rasanya cukuplah empat faktor akak huraikan. Mungkin ada lagi faktor lain yang orang anggap anda sudah patut kahwin. Namun mengikut pengalaman akak, inilah faktor yang selalu bermain di fikiran suatu ketika dulu sampai akak rasa seriau tiap kali nak balik kampung.

Kita jumpa dalam sesi part 2 nanti ya.

#isukahwinlewat

Rabu, 1 Mac 2017

Hanani Yusri - teaser 5

#teaser5 #hananiyusri #belumadatajuk

Andai orang mudah lupakan kita, maknanya kita bukan yang terpilih. Mungkin selain kita, dia ada ramai lagi senarai menunggu yang boleh dijadikan calon pasangan sehidup semati. Ya, mungkin aku salah seorang calon yang tersenarai namun kini sudah tersingkir. Mujur tak ada beg sorong. Kalau tak, dah macam peserta Akademi Fantasia pula, tersingkir di hujung rancangan.

#belumadatajuk #hananiyusri


Hanani Yusri - teaser 4

Betullah orang kata rindu itu menyeksa jiwa. Bila dekat, kita tak hargai pun orang itu. Tapi bila jauh, baru kita tahu nilainya.
Kini segala apa yang Yusri suka lakukan padanya, Hanani bagai mengimbas kembali. Dulu, pagi-pagi Yusri akan melintas di hadapan meja Hanani sambil mengucapkan 'good morning'
Mulut manisnya bukan sekadar mengucapkan good morning sahaja. Malah turut memuji-muji penampilan Hanani. Walau memakai pakaian seringkas mungkin namun pujian Yusri bagaikan Hananilah wanita tercantik di pejabat itu.
Tiada Yusri, tiadalah WhatsApp. Tiada Yusri, tiada lagi ucapan good morning dan pujian pada pagi hari untuk Hanani.
"Yusri, kau ke mana?" Lirih hati Hanani.
Ayooo... aku dilanda rindu ke kat mamat ni?
Oh, no!
#teaser4 #hananiyusri #belumadatajuk

Hanani Yusri - teaser 3

Malam itu hujan. Suasana agak suram. Siaran Astro pun kelam mengikut jejak suramnya pabila hujan muncul.
Secawan kopi panas dibancuh dengan harapan dapat menghangatkan sedikit tubuh yang kesejukan.
Hanani termenung di sofa. Kopi dihirup sedikit. Nyaman.
Entah kenapa fikirannya tak putus-putus terhadap Yusri. Sudah masuk empat hari Yusri tak hadir ke pejabat. Kenapa ya?
Lebih parah, selama empat hari itu jugalah tiada kiriman WhatsApp daripada jejaka berusia 29 tahun itu.
Erm... jika sebelum ini dia jengkel dengan WhatsApp yang saban masa dihantar. Namun malam ini dia umpama pungguk rindukan bulan.
Hahahahaha.. padan muka Hanani.
#belumadatajuk #hananiyusri

Hanani Yusri - teaser 2

Saat matanya hampir terpejam, tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi telefon bimbit yang menandakan ada WhatsApp masuk. Tangannya mengambil telefon yang diletakkan berhampiran.
'Good nite Hanani. Jangan lupakan saya dalam mimpi indah malam ni ya :-)'
Hanani menggumam.
Tak jemu-jemu Yusri menghantar mesej WhatsApp walaupun amat jarang sekali Hanani membalasnya.
Saat Hanani mahu meletakkan kembali telefon bimbitnya, masuk satu lagi mesej.
'Saya tau awak tengah senyum baca WhatsApp ni kan?'
Hanani mencebik. Eeeeeee tolonglah! Lantas mata dipejam rapat.
#belumadatajuk #hananiyusri

Hanani Yusri - teaser 1

"Kau tak payahlah hari-hari nak hantar WhatsApp kat aku. Kang aku block nombor kau baru kau tahu," kata Hanani.
Hanani menyimpan telefon bimbit ke dalam beg tangan. Hatinya sakit melihat Yusri yang tersengih-sengih di depannya.
"Salah ke aku WhatsApp nak tanya kau dah makan ke, kau dah solat ke, kau dah mandi ke," kata Yusri selamba.
"Aku tahulah jaga diri aku sendiri," pintas Hanani pantas.
"Dah 34 tahun jaga diri sendiri sorang-sorang, tak penat ke?" tanya Yusri sambil angkat kening?
Hanani mendengus dan berlalu keluar dari pejabatnya.
#belumadatajuk #hananiyusri

Selasa, 28 Februari 2017

Biar Aku Sendiri

Separuh jiwaku terbang, 
kala kau lafaz tidak lagi mencintaku.
Separuh jiwaku hilang,
 kalau kau kata aku bukan lagi suri hatimu.
Mengapa perlu ada dia saat kita sedang menyulam bahagia?
Andai ini episod cinta kita, 
pergilah kau. 
Aku rela sendiri daripada berkongsi kasih.
Usah aku dicari lagi jika cintamu pudar dibawa sinar kegelapan nanti. 
#maryamelyas