Biar Sampai Ke Bintang - Asmidar

Pernah dengar lagu Biar Sampai Ke Bintang tak? Aku tak pernah dengar. Hari ni Suzi bagi aku dengar lagu Biar Sampai Ke Bintang nyanyian Asmidar. Aku google nak cari siapakah gerangannya penyanyi ni. Nama Asmidar macam familiar sangat tapi bukan familiar sebagai penyanyi. Familiar sebagar watak dalam filem Ali Setan. Watak Ogy Ahmad Daud. Huhuhu. Selepas google aku baru tahu inilah pemenang rancangan realiti televisyen baru Tv3 iaitu Vokal Bukan Sekadar Rupa. Aku pernah tengok rancangan tu masa minggu yang awal-awal. Lepas tu aku tak ikuti sangat rancangan tu. Bukan tak minat tapi sebab tak sempat. Lepas dengar suara Asmidar ni, aku tak sangkal pemilihan dia sebagai pemenang sebab suara dia memang sedap. Apatah lagi dia ialah salah seorang penuntut di ASWARA. Haruslah berbakat, kan? Ini lirik lagu tu aku sertakan kat bawah...

Biar mimpi-mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah tapi mimpi ini harus satu
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir Tuhan mendengarnya
Untuk membawa mimpi-mimpi kita (menuju ke bintang)
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian setiap satu dari kita
Oh...

Catat Ulasan

0 Ulasan