Rumah Terbuka, Yey

SALAM semua. Hari ni nak cerita pasal rumah terbuka buat julung-julung kalinya yang aku adakan kat rumah. Mana pernah buat rumah terbuka selama ni. Entah macam mana Aidilfitri kali ni hati aku 'terbuka' untuk buat rumah terbuka. Semuanya sebab idea Suzi. Dia yang sarankan buat rumah terbuka untuk menjamu kawan-kawan yang masih berstatus bujang.
Bukan apa... sebab maklumlah rumah kami ni rumah bujang. Semua yang ada di rumah ni hanya ala kadar sahaja. Jadi malu nak jemput mereka yang dah berpasangan yang semestinya sudah terbiasa dengan segala peralatan lengkap di rumah. Rumah rang bujang selalunya sempoi. Rumah aku tak ada meja makan, jadi semuanya hanya makan di lantai sahaja. Sempoi, kan?
Satu-satunya orang yang dah kahwin yang dijemput ialah adik aku yang kat Bandar Seri Putra tu. Dengan adik sendiri takde la malu. Hikhik

Suzi dan aku selaku tuan rumah. Suzi masak laksa, aku masak soto, rendang, sambal tumis, bergedil.

Azza yang sampai selepas penat bertugas.
Azza, Zidni dan Irsyad, tetamu paling lewat balik. Syok lepak sampai Maghrib...

Julida dengan ehem-ehemnya.
Masa ni Azza baru je sampai. Jalan jem.


Tu dia, makan dengan duduk bersila sahaja.
Suzi dengan adiknya. Eh adik ke?


Anis dan Zam, tetamu paling awal balik. Sakit perut katanya...
Yey, anak sedara datang umah. Best best...


Anis sebelum kejadian sakit perut. Syean Zam tak sempat makan. Iskkkk nak pukul Anis. Aku ucapkan terima ksih kepada semua tetamu yang sudi hadir ke rumahku yang tak seberapa ni. Harap juadah yang disediakan memenuhi cita rasa kamu semua. Segala kekurangan harap dimaafkan ya. Untuk Anis, tima kasih sebab bawak kek batik. Sedap na.... begitu juga dengan Zid, bawa kuih peneram yang sangat best. Seronok panggil kengkawan makan kat rumah. Insya-Allah tahun depan kami buat rumah terbuka lagi ye. Harapan aku, dapatlah buat di rumah baru.

Catat Ulasan

1 Ulasan

chocinmybox berkata…
ampunkan saya penunggu gua!ampunkan saya penunggu gua! entah kenapa hari tu plak naks akit perutnyerr..sampai nak pitam...anyway,food nest.tuan rumah pun best. tak sabar nak celebrate kat rumah baru mariam tu nanti!