Iklan Nuffnang

Selasa, 15 Jun 2010

Caj Tersembunyi Dalam Bil Maxis

AKU tak ingat sejak bila aku mula bertukar daripada prabayar kepada bil. Aku mula menggunakan nombor Hotlink sejak belajar di UiTM dulu pada tahun 2000. Sekarang dah tahun 2010. Sepuluh tahun dah kan. Lama tu. Setia sungguh aku dengan nombor ni dan juga dengan syarikat telekomunikasi Maxis.
Ketika Suzi nak beli broadband Maxis dulu, lelaki yang jaga booth tu menawarkan Suzi bertukar daripada prabayar kepada bil. Tawaran yang menarik, apa tunggu lagi. Suzi pun sign up. Beberapa bulan Suzi pakai bil, aku pun tertarik juga nak pakai bil sebab memang murah bil telefon Suzi sedangkan dia selalu bergayut dengan mak dia kat kampung. Kalau bergayut dengan mak dia, dia akan telefon nombor kakak dia yang menggunakan talian Celcom. Walaupun talian syarikat lain tapi masih murah. Jadi aku pun terfikir nak masuk plan family plus di bawah nama Suzi. Setelah sekian lama menggunakan cara bil ni, aku puas hati sebab memang agak murah. Sebulan aku bayar dalam RM50 hingga RM80 sahaja. Penggunaan biasa saja. Tak adalah ganas sangat. Cuma yang best boleh masuk Internet tengok e-mel Yahoo, e-mel Gmail dan Facebook.
Tetapi sejak empat bulan kebelakangan ni aku dan Suzi rasa terseksa dengan bil yang sampai setiap bulan. Bilnya mencecah hampir lebih RM400 sebulan dan aku mulai berasa pelik. Apasal pula pakai macam biasa tetapi bil yang sampai jumlahnya luar biasa? Itu tak masuk lagi kehangatan perasaan apabila nak buat panggilan tiba-tiba suara perempuan bagitahu, maaf jumlah bil anda telah melebihi had... bla bla bla. Bulan lepas aku buat pembayaran dua kali. Sekali bayar RM200 dan kali kedua bayar RM284.50. Jumlah tu bukan ke dah dekat RM500??? Aku bukan kaki gayut yang senantiasa membuat panggilan. Biasanya aku hanya hantar SMS kerana aku lebih suka ber'SMS.
Disebabkan tidak tahan bayar bil yang melampaui batas pemikiran bagi pengguna biasa seperti aku ni dan keadaan hangin satu badan apabila talian kena block pada hari Ahad lepas, aku dan Suzi menjenguk Maxis Center di The Garden yang mana aku tak suka dengan staff di situ yang tidak mesra. Aku pun potong bil dan bayar semua bil yang berbaki (bukan tertunggak). Aku turut minta staff di situ cetak bil aku sebab aku tak ambil pakej bil bercetak dikirim ke rumah. Yang dikirim ke rumah hanya bil standard sahaja. Terkejutnya aku sebab bil aku tu jumlahnya 38 muka surat. Malas nak membelek di Maxis, aku balik rumah dan barulah membelek.
Ini bil aku. Setiap SMS daripada pembekal kandungan luaran tu jumlahnya RM5. Kalau dah berderet macam tu berapa hengget aku kena bayar?
Aku tengok jumlah yang mahal. Erm... OK, aku ada download klip video Shahir... RM18. Takkanlah download klip video tu boleh menyebabkan bil aku mencecah ratus-ratus. Aku belek lagi dan inilah dia. Di bawah label pembekal kandungan luaran. Benda nilah yang menyebabkan bil aku dan Suzi mencanak-canak macam apa entah. Aku pun tak pasti apa benda pembekal kandungan luaran tu. Apabila aku tanya Anis, yang menggunakan line DiGi, pembekal kandungan luaran tu ialah SMS yang dihantar kepada kita tanpa kita minta. Kadang-kadang SMS mengenai fesyen, MMS dan macam-macam lagi. Oh.... aku ada terima juga SMS seperti itu. SMS yang memberitahu kita di mana ada jualan murah atau pakej di kelab malam yang menawarkan arak pada harga promosi. Kita tak minta SMS dihantar tetapi kita dicaj pada harga yang tak masuk akal. Setiap SMS kita perlu bayar antara RM3 hingga RM5. Tengoklah bil aku kat atas tu. Berderet-deret macam gerabak kereta api. Kuang hasam!!!


Ini bil Suzi. Setiap SMS pembekal kandungan luaran tu nilainya RM3. Melampau kan? Kita tak suruh pun dia SMS kita. Inilah caj tersembunyi yang membebankan pengguna.

Pun begitu aku masih setia dengan Maxis. Ikutkan hati aku tukar ke talian lain. Sabar jelah. Broadband pun aku masih setia dengan Maxis kerana berpuas hati dengan perkhidmatannya. Cuma bil telefon ni jelah yang aku tak sanggup nak guna. Selamat tinggal talian postpaid Maxis.

5 ulasan:

suziey berkata...

inilah bil telefon yang dinamakan 'ngok'...

suziey berkata...

inilah bil telefon yg dinamakan 'ngok'...

Jamak Aton Habi Mahmood berkata...

hohoho sama la aku pun kena rasa better pakai prepaid jer ..

xpernah aku guna prepaid beratus ratus

baru2 ni aku roaming bwk g mekah
dlm masa 2 weeks jer tipon kena barred
aku igt dh lebih limit aku rm200

sekali call maxis.. bil aku cecah rm500+++
giler ke hapa..

mmg la aku ada call dr mekah ke msia
tp xkan leh 500++

adoooo rasa nk tkr ke prepaid smula la...

bil yg mcm suzi kena RM3 tu call dorg suh dorg block number tu..
dh kalo berderet RM3 aku pernah kena dkt rm5o hohoho

Mariam Elias berkata...

Cik Ton, ha tu la kan. Stress mcm bodoh je byr bil mahal untuk benda yg kita tak mintak. Menyakitkan hati. Suzi pun dah tukar prepaid balik. Malas nak layan kerenah. Kalau staff kat Maxis Centre tu bagi nasihat kat kita masa kita nak tukar drpd line kepada prepaid, mungkin tak tukar prepaid kot. Still pakai line. Patutnya diorang kena bagitahu la kat kita bil tu mahal sebab caj tersembunyi tu. Kalau tahu boleh block nombor yg sms 'sampah' tu, aku rasa aku tak tukar ke prepaid.

Mariam Elias berkata...

Cik Ton, ha tu la kan. Stress mcm bodoh je byr bil mahal untuk benda yg kita tak mintak. Menyakitkan hati. Suzi pun dah tukar prepaid balik. Malas nak layan kerenah. Kalau staff kat Maxis Centre tu bagi nasihat kat kita masa kita nak tukar drpd line kepada prepaid, mungkin tak tukar prepaid kot. Still pakai line. Patutnya diorang kena bagitahu la kat kita bil tu mahal sebab caj tersembunyi tu. Kalau tahu boleh block nombor yg sms 'sampah' tu, aku rasa aku tak tukar ke prepaid.