Iklan Nuffnang

Sabtu, 25 April 2009

Badminton Lagi...

HAI. Hari ini aku, Suzi, Anis dan Eddy (Edi atau Edy) main badminton lagi. Seronok sangat. Kali ini aku main lebih semangat berbanding Selasa lepas kerana tangan sudah tidak sakit. Kali ini aku kalah semua perlawanan. Dan paling kelakar sesiapa sahaja yang berpasangan dengan aku juga akan kalah. Hahaha nampak sangat aku tak pandai main. Maaflah ya kawan-kawan. Aku main sebab nak keluarkan peluh. Kalah atau menang belakang kira. Nantilah, kalau dah selalu main barulah kita boleh lawan betul-betul ek. Kihkihkih.







SELEPAS main badminton, kami lepak di Kampung Baru. Makan bubur nasi dan kerang bakar. Biasalah, di Kampung Baru sentiasa sibuk dan ramai orang. Lepas makan kami jalan-jalan tengok barang yang dijual di tepi-tepi jalan. Ada banyak koleksi kelab bola sepak. Sesiapa yang suka kumpul barang-barang sebegini bolehlah beli.

Add Image




5 ulasan:

suziey berkata...

Bestkan dapat keluarkan peluh. Rasa ringan badan. Jadi kawan2 kita main 4 kali seminggu ya. Sekali main dua jam...Ok lah tuh kan daripada tak main langsung...

Mariam Elias berkata...

Haha... tapi lepas main tu kita makan ramai-ramai....

Ibu 3 Abdul berkata...

hari2 boleh main kt sini ke k.yam? sbb ada kawan nk main badminton dia suruh survey kt bangsar sport complex tu.. tp mmg penuh je memanjang kt situ, parking pun payah..

lama x main badminton, last dulu zaman sekolah le..

Mariam Elias berkata...

Boleh main kecuali sabtu ahad sebab biasanya ada wedding. Kalau nak main kena datang sini kat tingkat 2 untuk book court.

Ibu 3 heroes berkata...

orait thx... cantek jugak.. boleh gak cuba main nanti.