DAY 18: 31 days challenge by jdt blogger - Kenangan Manis

Hari ni nak cerita pasal kenangan manis pula. Kenangan manis ni boleh dihadam banyak-banyak dan jangan bimbang kena diabetes. Confirm tak bahaya punya kalau kita ada banyak kenangan manis. Hehe. Hidup hanya sekali. Kumpul kenangan manis sebanyak mungkin.


Ha. Gambar pertama ni ialah kenangan yang sudah pastinya tak dapat dilupakan. Apabila dah nikah, period pula lewat, memang pregnancy test kit ni lah yang dicari. Beberapa kali aku cek, mula-mula tu negatif. Ada riak kekecewaan jugaklah. Tapi aku positif je sampailah ujian kesekian kalinya menunjukkan tanda positif. Ya Allah tak tergambar rasanya happy masa tu.


Kenangan manis seterusnya ialah detik melahirkan anak. Kisah melahirkan ni walaupun sakitnya sampai ke hujung ubun-ubun tapi sangat indah untuk dikenang.

Citer sikitlah ya. Lebih kurang jam 10 malam, aku terasa ada air tak henti keluar. Aku sangka air shishi. Rupa-rupanya air ketuban. Aku dan suami berdesup pergi ke hospital. 

Sampai hospital, doktor cek bukaan baru 3cm. Tapi disebabkan baby dah poopoo dalam perut, aku terus masuk bilik bersalin. Dari jam 12 tengah malam, sampailah jam 7 pagi, maksimum bukaan hanya 4cm sahaja. Oh, sakitnya jangan cakaplah. Bila baby mengeras tu ya Allah. Tak terucap.

Akhirnya, baby pun dah lemah. Aku akhirnya terpaksa czer. Lepas injek bius separuh badan, aku tak rasa apa dah. Tapi selepas segalanya selesai, dan apabila aku kena salin pad dan bersihkan badan dibantu suami barulah aku rasa sakitnya yang teramat kat tempat kena belah tu. Uwa...


Kenangan manis yang ini pula apabila buku kanak-kanak aku yang kedua Powerpuff Girls Mama diulang cetak kali kedua. Seronok. 



Dua gambar di atas pula saat aku menerima anugerah dalam bidang kerjaya. Anugerah Penulis Rencana Bahasa Melayu Terbaik. Masa ni aku buat liputan 8 muka surat mengenai pengemis. Artikel bertajuk Tangan Yang Di Bawah. 

Hadiah disampaikan oleh PM. Tapi masa tu beliau TPM lagi. Anugerah ini melengkapkan hidup aku sebagai seorang wartawan.

Sekian coretan hari ini. Selamat berhujung minggu ya :-)

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Catat Ulasan

0 Ulasan