Iklan Nuffnang

Sabtu, 21 Januari 2017

DAY 17: 31 days challenge by jdt blogger - Kenangan Pahit

Gambar: google

Kenangan pahit. Apa ya kenangan pahit dalam hidup aku ni? Susah nak ingat sebab aku selalu cepat-cepat buang kenangan pahit supaya boleh move on.

Tapi ada satu yang aku ingat. Kisah ni aku ingat supaya boleh bagi semangat dalam hidup.

Kisah betapa susahnya nak memulakan hidup selepas tamat belajar. Masa tu susah nak dapat kerja. 

Berbekalkan saki-baki duit yang ada, aku cari kerja kat Shah Alam ni. Hajat hati tak nak balik kampung sebab tak nak susahkan hati mak abah.

Masih aku ingat macam mana sayunya beli ikan sekor, sebelah ikan tu makan siang, malam pula makan sebelah lagi. Bukan tak pernah aku beli nasi hanya berlaukkan kuah masak lemak. Harganya 50 sen. Haha.

Namun akhirnya aku akur dengan keadaan. Aku balik jugak ke kampung sebab takde kerja. Kat kampung aku dapat kerja guru sandaran. Tiga bulan je aku kerja sebab minat tidak ke situ lagi. Ditambah pula jawatan yang aku dapat tu bergaji STPM sahaja kerana aku belum konvo degree lagi masa tu.

Akhirnya aku kembali ke Shah Alam dengan duit RM50. Gaji guru sandaran belum dapat lagi masa tu sebab memang jawatan ni gaji hanya diberi selepas tiga bulan atau lebih lewat dari tu. Haha.

Aku gigih cari kerja. Jadi kerani data entri. Ditipu konon kerja kerani tapi kena jual pakej apa entah. Pastu aku kerja kat pusat tuisyen. Kemudian kerja pembaca pruf. Yang ni aku kerja lama gak dua tahun sebab kena dengan jiwa kot.

Akhirnya aku dapat interview sebagai penulis di majalah Jelita dan aku berjaya sedangkan yang datang interview tu boleh tahan ramai.

Lebih kurang enam bulan bekerja, ada sorang kakak tu datang jumpa aku. Katanya dia minta maaf kerana pernah berprasangka buruk terhadap aku. Katanya kenapalah editorial Jelita ambil orang gemuk kerja di majalah ni sedangkan yang datang interview lebih ramai yang cantik, freehair dan bijak berfesyen. Hehe. Aku OK je. Takde rasa marah atau sentap pun. Malah aku bangga sebab dapat kerja tu dengan bakat menulis yang aku ada dan bukannya atas dasar cantik menarik kau memang dabom.

Namun jodoh bersama Jelita hanya bertahan selama tiga tahun. Tahun 2009 aku berhijrah ke Karangkraf. Oh, bukan mudah aku nak tinggalkan majalah ni. Sedihnya hanya Allah yang tahu. Aku sayang giler kot kat majalah ni. Inilah tempat pertama aku kenal erti dunia orang media. Ya, inilah kenangan pahit yang ingin aku ceritakan iaitu aku terpaksa meninggalkan majalah kesayangan ni untuk mencari sesuatu yang baru di tempat lain.

Cukuplah imbasan kenangan pahit setakat ni sahaja kerana aku percaya pahit akan manis akhirnya.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Tiada ulasan: