Iklan Nuffnang

Khamis, 29 Oktober 2009

E-mel Mengenai Persahabatan

SALAM...
Hari ini aku nak copy paste e-mel yang aku terima daripada seorang sahabat. Rasa terharu kerana menerima e-mel seperti ini. Aku memang cepat sayu kalau bercerita mengenai erti persahabatan kerana bagiku cerita begini mudah sangat menyentuh jiwa. Inilah e-melnya....

Assalamualaikum...
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perasaan.......

1. Sekurang-kurangnya Ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.
12... Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15... Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun. Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-Nya..."

Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda?
Mereka berkedip bersama,
Bergerak bersama,
Menangis bersama,
Melihat bersama dan tidur bersama
Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain PERSAHABATAN seharusnya seperti itu. Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa SABAHAT. Siapa kawan anda siapa sahabat anda?

Selasa, 13 Oktober 2009

Selamat Hari Jadi Untuk Diriku

HARI ini aku sangat gembira. Kenapa? Sebabnya ada kejutan sambutan hari jadi aku. Paling tak disangka, majlis ini bermula daripada bilik tidur aku. Masa tu aku dah nak tidur sebenarnya. Ketika mata sudah hampir terlelap, tiba-tiba Suzi dan Anis datang membawa kek sambil nyanyi lagu Selamat Hari Jadi versi Inggeris.
Aku pun tak tahu dari mana datangnya si Anis. Tiba-tiba je ada dalam bilik. Masa tu aku tengah dengar lagu dalam telefon bimbit.
Apa lagi, aku pun terus bangun dan melihat boyfriend Anis ada di ruang tamu. Hahahaha.... Erm... jadi kaedahnya aku pun sambut hari jadi dengan pakaian baju kelawar. Sangat eksklusif, kan.
Makan pun dah terhidang di atas meja. Bila masa diorang mengemas semua tu pun aku tak perasan. Maklumlah aku dah nak tidur masa tu.
Kepada kawan-kawan baikku yang boleh kuanggap sebagai sahabat, terima kasih kerana menyambut hari jadiku ini. Kamulah yang menggembirakan hari-hariku. Kamulah yang menceriakan kehidupan dengan gelak tawa dan berkongsi susah serta senang. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.










Jumaat, 9 Oktober 2009

15 Perkara Yang Menyebabkan Bala

Ali bin Abi Thalib r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1. Apabila harta milik umum atau negara hanya berkisar dalam kalangan tertentu sahaja.
2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri.
3. Zakat dianggap sebagai beban dan diperniagakan.
4. Suami dikuasai oleh kehendak isteri atau Queen Control.
5. Anak menderhakai ibunya.
6. Anak patuh kepada kawannya.
7. Anak menyingkir ayahnya.
8. Orang ramai bercerita mengenai hal keduniaan di dalam masjid.
9. Orang yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah).
10. Seseorang dimuliakan kerana hendak menghindari kejahatannya.
11. Arak menjadi minuman lumrah.
12. Sutera menjadi pakaian golongan lelaki.
13. Golongan artis disanjung-sanjung.
14. Muzik menjadi budaya pujaan.
15. Generasi akhir zaman menyalahkan generasi pertama iaitu sahabat dan ulama.

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus dan manusia bertukar sifat (jahat dan bersifat binatang). Dalam hadis riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut. Dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu.

* Dalam senarai di atas, aku lihat semua sudah pun berlaku. Arak memang sudah menjadi minuman lumrah. Tak payah jauhlah, kalau di tempat tugasan yang aku pergi pun memang arak disediakan. Islam ke tak Islam ke minum arak bersuka ria. Artis dijadikan pujian dan muzik diagung-agungkan memang sudah biasa pada zaman ini. Harta milik umum menjadi hak milik pihak tertentu pun begitu juga. Yang lain-lain tu anda semua bolehlah baca dan fikir-fikirkan sendiri. Sebab itulah banyak bala berlaku pada masa sekarang. Tapi bagi orang bijak pandai, mereka akan mengatakan bahawa kejadian gempa tu semua adalah disebakan faktor geografi dan bukannya sebab bala. Kita sebagai orang Islam perlulah berfikir dengan kritis. Subhanallah.

Rabu, 7 Oktober 2009

Seronoknya Bersama Maria Tunku Sabri

HARI Rabu nan indah, aku bersama jurugambar menaiki Kancil milik syarikat ke rumah seorang personaliti TV3 yang terkenal iaitu Maria Tunku Sabri. Temu janji dibuat pada minggu lepas selepas aku saling ber'SMS dengan personaliti yang pernah menjadi penghias muka depan majalah MIDI iaitu Azizah Ariffin. Aku dan Azizah pernah bekerjasama untuk majalah Jelita sebelum ini. Azizah memperkenalkan aku dengan Maria.
Jam 11 aku sampai di rumah Maria. Maria pun baru sampai juga dari pejabatnya di Media Prima kerana mekap di sana. Penggambaran dibuat mengenai hobi Maria dan juga resipi makaroni goreng. Kalau nak tahu apa hobinya, kenalah baca MIDI selalu......
Masuk saja ke rumah Maria, kami dijamu dengan Ribena dan coklat yang sungguh sedap. Jurugambar pun cakap sedap. Selepas siap penggambaran, Maria menjamu aku dan jurugambar makan tengah hari. Lauknya ialah ayam masak lemak cili padi, udang goreng, rendang tok dan sayur campur. Ada juga ikan masin tenggiri goreng bercili sebagai pembuka selera. Sedapnya.....
Selepas makan, kami dijamu pula dengan teh tarik. Erm... memang kenyanglah hari ni dijamu dengan makanan dan minuman sedap di rumah Maria. Sebelum pulang, Maria memberikan aku plak Jalan Jalan Cari Makan. Peramah sungguh Maria. Sama peramah dengan Azizah Ariffin, kawan baiknya itu. Suami dan anak-anaknya pun sungguh menyenangkan.
* Gambar di atas diambil sebelum aku pulang. Isk... gemuknya aku. Tak leh jadi ni, kena diet sikit. Entahlah, makin lama aku perasan memang aku semakin gemuk terutama bahagian perut, punggung dan paha. Dah jadi mcm anak gaj** dah. Mungkin sebab kurang bersenam. Tapi orang lain pun bukannya bersenam sangat pun. Maria ada cakap kat aku, mungkin disebabkan ketidakseimbangan hormon dan Maria menyarankan aku buat peperiksaan perubatan di hospital. Dia mencadangkan aku pergi ke Hospital Pantai di Bangsar. Kata Maria, benda-benda di dalam badan perlu diambil perhatian apatah lagi usia sudah mencecah 30-an. Isk... inilah kita ni kan, kalau tak sakit tak nak pergi hospital. Insya-allah aku akan pergi buat pemeriksaan secepat mungkin. Mana tahu, bila hormon dah seimbang, aku jadi kecik sikit. Bukan sebab nak cantik, tapi sebab nak sihat.... Satu lagi, kenalah kurangkan makan. Ya, mungkin kena kurangkan makan benda-benda yang kurang sihat macam makanan segera, tinggi lemak dan karbohidrat. Aku ni makan banyak sangat ke ek? Rasanya takdelah banyak sangat. Erm... entahlah. Bila sampai bab gemuk ni memang aku surrender. Ada sesapa boleh tolong?

Isnin, 5 Oktober 2009

Jurutol Tidak Amanah

Khamis lepas aku balik dari pejabat ikut Lebuhraya Persekutuan. Untuk elak sesak di PJ, aku masuk NPE. Masa tu di belakang aku ialah Anis Nor. Anis nak lepak-lepak di rumah aku dulu. Lepas makan malam barulah dia nak balim rumah. Disebabkan Anis nak lepak rumah aku dan aku yang cadangkan supaya lalu NPE (tol RM1.60) aku pun dengan niat suci murni nak bayarkan tol dia. Aku tak telefon dia bagitahu yang aku nak bayar. Aku memang kurang gemar bercakap telefon ketika memandu.
Sampai di pondok tol tunai, aku pun serah duit RM4 kat jurutol lelaki tu dan beritahu dia aku bayarkan sekali untuk kereta belakang aku, Kelisa BGW.....
Mamat tu senyum dan mengesahkan kereta belakang aku memang Kelisa dan plate number BGW****. Lepas bayar aku pandang cermin depan dan aku nampak Anis hulur duit dan mamat tu ambik. Aku pelik la kenapa pulak mamat tu ambik duit Anis padahal aku dah bayar. Aku terus capai telefon dan telefon Anis.
"Anis kau bayar ke tol tadi?"
"A'ah kenapa?"
"Aku dah bayarlah. Kenapa mamat tu ambik duit kau?"
"Oh, patutlah tadi mamat yang sorang lagi tu cakap, eh dah bayarlah." --> dalam pondok tu ada dua lelaki.
"Hisyh, teruk betul la. Aku dah bayar tapi dia ambik juga duit kau."
"Takpe ek Kak Yam. Anggap je takde rezeki."
Aku marah sebab mamat tu tak amanah. Aku terus teringat cerita seorang rakan di tempat kerja lama yang bercerita memang jurutol kadang-kadang ambil duit. Tetapi mereka kata tak kisah ambil duit tu dan buat beli benda-benda mcam kasut ke, beg ke. Jangan beli makanan sebab nanti jadi darah daging. Erm.... sesat budak-budak ni. Duit curi, buat beli apa pun hukumnya haram. Berdosa.... kepada jurutol, insaflah ya. Carilah rezeki halal.

Khamis, 1 Oktober 2009

Selamat Hari Jadi Suzi

Selamat Hari Jadi Suziana....
Pada 28 September hari itu aku dan Anis merancang untuk menyambut hari jadi Suzi. Lokasinya ialah di rumah aku. Heheheh.
Nampaknya Suzi gembira walaupun hanya majlis kecil-kecilan sahaja. Tiadalah istilah menonton wayang tengah malam sebagai mana majlis Anis pada April lalu. Namun kami gembira kerana sambutan ini diadakan dengan penuh keikhlasan ketika otak sedang bergelut dengan tugasan pejabat yang semakin menghampiri deadlinenya.
Pada majlis ini juga pelbagai berita baik kami terima daripada panggilan telefon yang menerjah saat majlis berlangsung. Semuanya menggembirakan. Tahniah Suzi. Nampaknya doa kita setiap kali selepas solat dimakbulkan Tuhan. Semoga kita terus menjadi orang yang merindui kasih Allah. Anis, terima kasih kerana sama-sama sambut hari jadi Susan ya.... Thanks to Eddie too. Wah dengan Eddie aku kena speaking Omputeh sikit.


Kek coklat daripada Secret Recipi menjadi pilihan. Hadiah daripada Anis.... menutupi separuh muka Suzi. Anis, lain kali beli kotak besar sikit biar tutup muka dia semua terus.

Sesi memberi hadiah. Empat sekawan yang menyambut hari jadi Suzi untuk tahun ke 32... opssss terlebih sudah....

Raya Di KL

Ya, inilah gambar kenangan beraya di KL. Takde la beraya sakan pun. Cuma raya di rumah aku dan raya di rumah Cik Yam di Bukit Subang. Kat rumah Suzi masak laksa. Satu Pantai Dalam mencari bahan nak masak laksa. Kira-kira 10 kedai aku dan Suzi masuk untuk mencari laksa, ikan, daun kesum, bunga kantan. Nasib baik sedap. kalau tak sedap mesti hangin sebab susah nak dapat barang nak masak.



Kiranya ini sesi maaf-maaf dan bagi duit raya. Yang Anis suap tu ialah otak-otak Kempas yang aku beli di Kempas masa balik JB hari tu.

Posinglah Cik Kak....


Aku pun posing gak.


Ini pula gambar di rumah Cik Yam. Anak Cik Yam panggil aku Big Bos. Entahlah kenapa dia panggil aku Big Bos ek? Sebab aku nampak macam bos ke atau sebab aku big????? Hahahaha