15 Perkara Yang Menyebabkan Bala

Ali bin Abi Thalib r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1. Apabila harta milik umum atau negara hanya berkisar dalam kalangan tertentu sahaja.
2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri.
3. Zakat dianggap sebagai beban dan diperniagakan.
4. Suami dikuasai oleh kehendak isteri atau Queen Control.
5. Anak menderhakai ibunya.
6. Anak patuh kepada kawannya.
7. Anak menyingkir ayahnya.
8. Orang ramai bercerita mengenai hal keduniaan di dalam masjid.
9. Orang yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah).
10. Seseorang dimuliakan kerana hendak menghindari kejahatannya.
11. Arak menjadi minuman lumrah.
12. Sutera menjadi pakaian golongan lelaki.
13. Golongan artis disanjung-sanjung.
14. Muzik menjadi budaya pujaan.
15. Generasi akhir zaman menyalahkan generasi pertama iaitu sahabat dan ulama.

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus dan manusia bertukar sifat (jahat dan bersifat binatang). Dalam hadis riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut. Dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu.

* Dalam senarai di atas, aku lihat semua sudah pun berlaku. Arak memang sudah menjadi minuman lumrah. Tak payah jauhlah, kalau di tempat tugasan yang aku pergi pun memang arak disediakan. Islam ke tak Islam ke minum arak bersuka ria. Artis dijadikan pujian dan muzik diagung-agungkan memang sudah biasa pada zaman ini. Harta milik umum menjadi hak milik pihak tertentu pun begitu juga. Yang lain-lain tu anda semua bolehlah baca dan fikir-fikirkan sendiri. Sebab itulah banyak bala berlaku pada masa sekarang. Tapi bagi orang bijak pandai, mereka akan mengatakan bahawa kejadian gempa tu semua adalah disebakan faktor geografi dan bukannya sebab bala. Kita sebagai orang Islam perlulah berfikir dengan kritis. Subhanallah.

Catat Ulasan

0 Ulasan