Seronoknya Bersama Maria Tunku Sabri

HARI Rabu nan indah, aku bersama jurugambar menaiki Kancil milik syarikat ke rumah seorang personaliti TV3 yang terkenal iaitu Maria Tunku Sabri. Temu janji dibuat pada minggu lepas selepas aku saling ber'SMS dengan personaliti yang pernah menjadi penghias muka depan majalah MIDI iaitu Azizah Ariffin. Aku dan Azizah pernah bekerjasama untuk majalah Jelita sebelum ini. Azizah memperkenalkan aku dengan Maria.
Jam 11 aku sampai di rumah Maria. Maria pun baru sampai juga dari pejabatnya di Media Prima kerana mekap di sana. Penggambaran dibuat mengenai hobi Maria dan juga resipi makaroni goreng. Kalau nak tahu apa hobinya, kenalah baca MIDI selalu......
Masuk saja ke rumah Maria, kami dijamu dengan Ribena dan coklat yang sungguh sedap. Jurugambar pun cakap sedap. Selepas siap penggambaran, Maria menjamu aku dan jurugambar makan tengah hari. Lauknya ialah ayam masak lemak cili padi, udang goreng, rendang tok dan sayur campur. Ada juga ikan masin tenggiri goreng bercili sebagai pembuka selera. Sedapnya.....
Selepas makan, kami dijamu pula dengan teh tarik. Erm... memang kenyanglah hari ni dijamu dengan makanan dan minuman sedap di rumah Maria. Sebelum pulang, Maria memberikan aku plak Jalan Jalan Cari Makan. Peramah sungguh Maria. Sama peramah dengan Azizah Ariffin, kawan baiknya itu. Suami dan anak-anaknya pun sungguh menyenangkan.
* Gambar di atas diambil sebelum aku pulang. Isk... gemuknya aku. Tak leh jadi ni, kena diet sikit. Entahlah, makin lama aku perasan memang aku semakin gemuk terutama bahagian perut, punggung dan paha. Dah jadi mcm anak gaj** dah. Mungkin sebab kurang bersenam. Tapi orang lain pun bukannya bersenam sangat pun. Maria ada cakap kat aku, mungkin disebabkan ketidakseimbangan hormon dan Maria menyarankan aku buat peperiksaan perubatan di hospital. Dia mencadangkan aku pergi ke Hospital Pantai di Bangsar. Kata Maria, benda-benda di dalam badan perlu diambil perhatian apatah lagi usia sudah mencecah 30-an. Isk... inilah kita ni kan, kalau tak sakit tak nak pergi hospital. Insya-allah aku akan pergi buat pemeriksaan secepat mungkin. Mana tahu, bila hormon dah seimbang, aku jadi kecik sikit. Bukan sebab nak cantik, tapi sebab nak sihat.... Satu lagi, kenalah kurangkan makan. Ya, mungkin kena kurangkan makan benda-benda yang kurang sihat macam makanan segera, tinggi lemak dan karbohidrat. Aku ni makan banyak sangat ke ek? Rasanya takdelah banyak sangat. Erm... entahlah. Bila sampai bab gemuk ni memang aku surrender. Ada sesapa boleh tolong?

Catat Ulasan

1 Ulasan

Ibu kami berkata…
besar itu comey apa kak yam... janji sihat & amalkan cara hidup sihat :)