Iklan Nuffnang

Ahad, 24 Oktober 2010

Ke Media Prima

HUJUNG minggu tidak semestinya bermakna hari untuk berehat. Sebagai wartawan, kita tetap kena kerja sekiranya diperlukan. Apa-apa sahaja bahan yang boleh dijadikan stok pergilah cari dan simpan. Ketika perlu boleh digunakan. Ada kala bahan dalam simpanan berlamba-lambak. Ada kala bahah yang diperlukan, tidak pula diperoleh. Itulah cabaran sebagai seorang wartawan. Apatah lagi majalah tempat aku kerja ni bukan semua orang boleh dijadikan bahan. Kena usia 40 tahun baru boleh masuk. Hari ini aku interview seorang lelaki yang boleh dikatakan hebat kerana boleh bertutur bahasa Arab dan dia juga bergiat dalam bidang media. Usianya baru 39 tahun. Tahun depan baru 40. Tahun depan bukanlah lama lagi. Sekarang pun aku dah buat untuk isu Disember 2010. Kalau nak jadikan stok pun tempohnya tak lama. Sebulan sahaja.
Ketika ditemu bual, ada sekali tu aku lihat air matanya bergenang kerana mengenangkan kisahnya di Palestine. Katanya, orang Palestine yang ditemui di tepi jalan mengatakan bahawa mereka tidak mahu wang, tidak mahu harta. Yang mereka mahukan ialah doa daripada umat Islam supaya mereka kekal sihat dan berani menghadapi segala dugaan hidup yang melanda mereka.
Lama juga kami bersembang. Dari jam 10 pagi hingga jam 2 petang. Selepas tamat temu bual, kami makan tengah hari di kafe Media Prima. Kemudian aku kembali ke rumah dan menyambung rehat. Oh, bilalah agaknya aku nak tengok DVD filem kungfu yang telah aku beli lima bulan yang lepas ya? Tiada kesempatan nak melayan DVD.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Bunga Bunga Bunga & Coklat

WEEEEEEE. Tak pernah dapat bunga. Tiba-tiba hari ni dapat bunga. Ingatkan sapa la yang bagi. Huhu perasan ada secret admire. Si penghantar bunga yang handsome menunggu di tepi pengawal keselamatan di tepi pagar pintu masuk pejabat. Bila tengok je tulisan di atas kad, sudah kukenal siapa yang mengirim bunga dan coklat. Siapa lagi kalau bukan adik aku yang kerja jururawat tu. Non. Huhu terima kasih Non. Walaupun dah seminggu hari jadi aku, masih ada yang sudi memberi hadiah. Memang special la hadiah ni sebab aku tak pernah dapat bunga. Ada sesapa nak bagi bunga????? Datanglah cinta!


Khamis, 21 Oktober 2010

Ada Apa Dengan Sungai Lui?

KALI pertama aku dengar lagu Sungai Lui ialah di dalam kereta Suzi ketika nak ke pejabat. Hikhik kereta aku mana ada radio. Suzi tengah drive dan aku rancak bercakap. Tetiba Suzi suruh diam sebab nak dengar lagu Aizat. Aku pun diam dan dengar. Erm... best sesangat. Malamnya bila balik dari pejabat, aku lepak dalam bilik dan cari lirik lagu ni dan lagunya sekali. Banyak kali aku baca lirik lagu ni tapi aku masih tak dapat nak tangkap apakah maksudnya. Payah sungguh. Tercabar rasanya tak dapat nak faham lirik lagu ni sebab tesis aku dulu pun pasal lirik lagu jugak dan aku diberi markah A+ oleh penyelia tesis aku iaitu A. Gaffar Ibrahim (AGI). Masa buat tesis tu aku guna teori semiotik. Tapi maklumlah, itu cerita 10 tahun lalu. Kini teori-teori tu dah ala-ala tak berapa nak ingat sangat. Mungkin sebab itulah aku tak leh nak mentelah apakah maksud di sebalik lirik lagu ni. Sedikit yang boleh aku fahamkan secara lalu ialah mengenai orang yang berasal dari kampung. Dia harap tidak lupa kepada asal-usulnya. Kalau nak kupas setiap perenggan, panjang entri ni nanti. Lagu ni liriknya yang membawa makna hanya dua perenggan sahaja. Yang lain-lain tu hanya ulangan. Jadi dua perenggan susahlah kita nak faham maksud yang hendak disampaikan. Walau apa pun, lagi ni sangat best melodinya. Tahniah Aizat. Secara tak langsung, orang akan kenal Sungai Lui.

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang kuinginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Kuharap kumasih percaya

Adakah semua ini yang kuinginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Kuharap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

Rabu, 20 Oktober 2010

Kursus Dengan Kak Yati Rahim

Hari ini aku sertai Kursus Deko Makanan Bersama Yati Rahim. Banyak info pasal cara nak buat penggambaran makanan bagi ruangan Resipi. Bukan mudah tau nak nampakkan makanan yang kita ambil gambar tu nampak hebat dan menyelerakan. Korang semua masih ingat lagi tak dulu-dulu punya gambar resipi kan penuh dengan props macam lesung batu, batu giling, pelita, buluh, cili kembang, tomato kembang dan macam-macam lagilah props yang digunakan. Namun kini, dalam era moden penggambaran gambar makanan menggunakan istilah less is more. Gambar makanan tu lebih diutamakan. Erm... kursus yang sangat bagus untuk menambah ilmu. Terima kasih Kak Yati.

Ahad, 17 Oktober 2010

Hujung Minggu - Bukit Mahkota - KLCC

SABTU, pagi-pagi aku dah bertolak ke Bukit Mahkota sebab ada interview untuk ruangan Mertua Menantu. Lepas habis interview aku pergi rumah Sita, dekat je dengan lokasi interview tu. Kat situ aku posing sakan. Kikiki. Lepas makan tengah hari (tima kasih Sita sebab bagi aku makan), aku terus bertolak ke KLCC cari buku yang Sita nak. Balik rumah dah dekat nak Maghrib. Letihnya.... lepas mandi terus tido.


1) Aku ketika interview.
2) Suzi dan Anis.


1) Pokok kelapa kecik.
2) Cantik na Anis....




Jumaat, 15 Oktober 2010

Anugerah Ibu Mithali Ke-10

PAGI ini aku tak masuk pejabat. Dari rumah terus ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ada Anugerah Ibu Mithali Ke-10. Ketika anugerah ke-9 dulu pun aku pergi juga. Kali ini sambutannya masih tetap meriah macam dulu. Penuh dewan. Ada empat finalis. Calonnya dari Johor, Kelantan, Sabah dan Selangor. Pemenangnya ialah calon dari Johor iaitu Puan Hajah Awiah Binti Awi. Beliau ada sembilan anak dan semuanya lelaki. Paling aku kagum mengenai beliau ialah penubuhan Madrasan Tahfiz Al-Quran An-Nuur. Madrasah ini dibina di atas tanah beliau yang diwakafkan. Ada 200 penuntut di sini. Beliau juga turut membiayai pembelajaran penuntut yang kurang berkemampuan. Ketika aku interview wanita ini, ada satu perkara yang aku ingat sangat. Katanya, dia tidak akan benarkan anak-anaknya merokok dan tidak sekali-kali bawa teman wanita ke rumah. Kalau nak naik rumah, teman wanita itu perlulah datang bersama keluarga. Senang cakap selagi belum ada ikatan nikah, jangan harap nak berdatinglah. Cukup berbeza dengan keluarga zaman kini yang membenarkan teman lelaki atau teman wanita bebas keluar masuk ke rumah. Erm... didiklah anak ikut lunas ajaran Islam. Kalau pernah melakukan kesalahan, berubahlah. Pintu taubat sentiasa terbuka. Janganlah jadi semakin buruk... pesanan untuk semua dan diri aku juga. Bab merokok tu pulak, ada keluarga yang anak dan bapa merokok bersama-sama. Malah ada juga ketika aku sekolah dulu, aku lihat ada anak yang pergi ke kedai runcit membelikan rokok untuk ayahnya. Masya-Allah.

Hadiah daripada Rakan Sepejabat

MASIH cerita pasal hari jadi. Pagi-pagi sampai di pejabat aku tengok ada sebungkus makanan siap dengan kertas tertulis 'For Birthday Girl with love. Happy eating. From Kak Pah' Aku tengok rupa-rupanya ialah yong tau fu sup. Mak aiiii sedapnya. Jadi pagi itu haruslah aku bersarapan dengan hidangan tersebut. Terima kasih Kak Pah. Selalu Kak Pah bawa makanan untuk aku. Roti jangan cakaplah. Tiap-tiap hari mesti ada roti. Roti kejulah, roti sosejlah, roti flosslah. Ada juga hadiah daripada Kiffy Razak. TQ semua...

Kereta Terbakar di Lebuhraya Persekutuan

PAGI hari jadi aku. Macam biasa dalam jam 7.30 pagi aku, Suzi dan Anis bertolak dari rumah nak ke pejabat. Tiba-tiba bau hangit dan aku tengok ada api yang marak sedang membakar sebuah kereta. Kalau tak silap aku Satria Neo. Ngeri jugalah tengok kejadian macam tu. Tak tahulah pula apa punca kereta tu terbakar. Jalan yang memang sedia sesak setiap hari dari Shah Alam ke KL menjadi semakin sesak. Tak tahulah pukul berapa orang yang lalu kat situ akan sampai ke destinasinya. Sedey!

My Birthday

Alhamdulillah, Subhanallah, Ya Tuhan, umur aku kini meningkat satu anak tangga lagi tahun ini. Pagi-pagi dah dapat kad hari jadi yang dibuat sendiri oleh Anis. Terharunya. Terima kasih ya Anis. Kemudian malam pula Suzi dan Anis bawa aku ke MidValley untuk makan di tempat makan yang sangat aku suka pergi iaitu Sweet Chat. Aku paling suka pankek durian. Minum pulak dengan hot chocolate. Tak hengat! Menurut Anis sambutan ini ialah pre-birthday. Maknanya selepas ini ada sambutan lain yang lebih hebat. Eleh. Sudahlah. Jangan haraplah aku nak pergi kalau diorang bawak aku ke lokasi-lokasi panas seperti yang Suzi kena. Sampai nak naik atas kerusi. Oh tidak...















Maher Zain di Pejabat

SELASA, 12 Oktober yang lalu Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. menerima kunjungan penyanyi berketurunan Lebanon tetapi menetap di Sweeden iaitu Maher Zain. Pada awalnya, aku kenal Maher Zain ni melalui Suzi yang hari-hari nyanyi lagu genre ketuhanan dalam bahasa Inggeris. Aku selalunya dengar lagu ketuhanan kan dalam bahasa Melayu, jadi aku tak ambil kisah sangat pasal penyanyi ni sebab aku ni pencinta lagu dalam bahasa yang aku lebih mudah fahami. Huhu. Lama-kelamaan nama Maher Zain ni makin disebut-sebut sampailah aku dengar dia akan datang ke Shah Alam untuk mengadakan konsert. Aku mulai mendengar lagu-lagunya. Erm... best juga. Rugi kalau tak dengar. Kemudian lagu Maher Zain juga ada dimainkan di pejabat sebab sesuai dengan persekitaran pejabat kami yang mementingkan semangat patriotik. Hinggalah akhirnya aku berpeluang melihat wajah penyanyi ini dari jarak dekat. Malah kami semua turut berpeluang mendengar dia berbicara dan menyanyi. Aku tak bawa kamera digital jadi lihat sahajalah gambar yang sempat aku rakam guna kamera telefon bimbit.

Gambar kenangan Di Tapak Lama

TAPAK apa? Tapak kaki? Bukan. Inilah tapak lama pejabat tempat aku bekerja. Tapak ini dalam proses pembikinan. Bangunan pejabat yang baru dibeli kini dalam proses pembikinan. Tapak letak kereta yang dulunya kurang cantik, kini sedang dalam proses memperindahkannya. Luasnya... saujana mata memandang. Katanya kami bahagian editorial akan berpindah ke sini. Pun begitu semuanya masih belum ada keputusan muktamat. Buat masa sekarang ni, aku simpan semua kasut tumit tinggi aku tu. Maklumlah kawasan pejabat dalam proses baik pulih jadi jalan diturap dengan batu kerikil. Rosaklah kasut tumit aku tu kalau aku pakai buat jalan atas batu kerikil. Jadi, kasut aku simpan dalam kereta. Kalau nak keluar tugasan barulah aku pakai. Di pejabat berselipar sahajalahnya.... selipar pun takdelah selipar buruk. Selipar ala-ala sesuai untuk ke pejabatlah. Personaliti kena jaga, kan? Betul tak? Tak sabar nak tengok bangunan dan kawasan sekitar pejabat ni berubah wajah. Mesti cantik dan selesa, kan.


1) Suzi & Anis di hadapan parking lot yang baru.
2) Inilah bangunan baru yang dalam proses baik pulih.

1) Tapak parkir lama yang dah cantik.
2) Ini bangunan lama....

Pergi Kenduri Kahwin

HUJUNG minggu mesti ada orang kahwin. Sekarang ni orang kahwin dah tak ikut musim. Dulu-dulu orang akan kahwin pada musim cuti sekolah. Tapi sekarang ni aku tengok di kebanyakan tempat mesti ada kenduri kahwin pada Sabtu dan Ahad. Patutlah sekarang ni ramai orang buat bisnes perunding perkahwinan. Bangsa lain pun dah banyak bukak kedai jual barang-barang kahwin Melayu. Jual bunga telur, jual renda, reben, macam-macam lagilah. Aku sempat pergi ke majlis kahwin anak saudara Suzi di Taman Medan. Dekat je dengan rumah. Sabtu aku pergi ke majlis akad nikah. Ahad pula pergi majlis makan-makan. Pasangannya muda lagi. Yang lelaki baru 21 tahun dan yang perempuan baru 18 tahun. Bagus juga kahwin muda-muda ni. Nanti umur 50 tahun, anak-anak dah besar. Bolehlah rilek.... Tak perlu kerja, anak-anak akan bagi duit tiap bulan. Semoga pasangan ini berkekalan hingga ke hujung nyawa... amin.

Ahad, 3 Oktober 2010

Selamat Hari Jadi Suzi...

JUMAAT lalu, aku merancang untuk meraikan hari jadi Suzi yang ke-ehem2 bersama Anis di TGI FRiday The Curve. Walaupun aku dah pun raikan secara 'tidak rasmi' di MidValley hari tu tapi kali ni nak raikan bersama Anis. Anis sebenarnya tak berapa sihat. Dia dah pergi ke klinik dan juga TDMC untuk ambil darah. Kasihan Anis... Pun begitu, demi Suzi, Anis sanggup luangkan masa untuk meraikan hari jadi sahabat ini. Lokasi sambutan bertukar dari The Curve ke Pavilion kerana lebih dekat dengan rumah Anis memandangkan masalah kesihatannya.
Hahaha... rasanya sambutan hari jadi Suzi ni sangat-sangat meriah walaupun hanya kami bertiga. Terima kasih kepada krew TGI Friday yang sudi menyambut hari jadi Suzi. Suzi siap kena naik atas kerusi, menyanyi dan meniup lilin kek hari jadi yang disponsor oleh TGI Friday. Terima kasih... tengoklah gambar-gambar di bawah ni ya.