Ke Media Prima

HUJUNG minggu tidak semestinya bermakna hari untuk berehat. Sebagai wartawan, kita tetap kena kerja sekiranya diperlukan. Apa-apa sahaja bahan yang boleh dijadikan stok pergilah cari dan simpan. Ketika perlu boleh digunakan. Ada kala bahan dalam simpanan berlamba-lambak. Ada kala bahah yang diperlukan, tidak pula diperoleh. Itulah cabaran sebagai seorang wartawan. Apatah lagi majalah tempat aku kerja ni bukan semua orang boleh dijadikan bahan. Kena usia 40 tahun baru boleh masuk. Hari ini aku interview seorang lelaki yang boleh dikatakan hebat kerana boleh bertutur bahasa Arab dan dia juga bergiat dalam bidang media. Usianya baru 39 tahun. Tahun depan baru 40. Tahun depan bukanlah lama lagi. Sekarang pun aku dah buat untuk isu Disember 2010. Kalau nak jadikan stok pun tempohnya tak lama. Sebulan sahaja.
Ketika ditemu bual, ada sekali tu aku lihat air matanya bergenang kerana mengenangkan kisahnya di Palestine. Katanya, orang Palestine yang ditemui di tepi jalan mengatakan bahawa mereka tidak mahu wang, tidak mahu harta. Yang mereka mahukan ialah doa daripada umat Islam supaya mereka kekal sihat dan berani menghadapi segala dugaan hidup yang melanda mereka.
Lama juga kami bersembang. Dari jam 10 pagi hingga jam 2 petang. Selepas tamat temu bual, kami makan tengah hari di kafe Media Prima. Kemudian aku kembali ke rumah dan menyambung rehat. Oh, bilalah agaknya aku nak tengok DVD filem kungfu yang telah aku beli lima bulan yang lepas ya? Tiada kesempatan nak melayan DVD.

Catat Ulasan

2 Ulasan

MummySuri berkata…
wa...bz nyer kakak. dvd beli 5 bulan lepas pun x tengok lagik???
Maryam Elyas berkata…
Huhu. Tu la belum sempat tengok. Sedey...