Iklan Nuffnang

Jumaat, 17 Julai 2009

Hari terakhir di Jelita

HARI ini sepatutnya aku bolehlah kata hari terakhir di Jelita kerana dalam surat letak jawatan tarikh 17 Julai 2009 adalah hari terakhir. Namun disebabkan aku menghantar mama balik ke JB selepas dia pulang daripada umrah, aku kenalah ganti cuti hari ini kepada Isnin depan. Lagipun aku ada kerja yang belum siap iaitu cover story dan advertorial Olay untuk Oktober. Sampai di JB, aku tengok rumah sangatlah bersepah. Maklumlah surinya tiada jadi memang huru-hara sikitlah. Aku sapu lebih kurang dulu. Dalam bilik pun aku sapu sebab memang tak leh tidur kalau tak sapu. Jam 10 malam bertolak dari rumah Sita, jam 2.30 baru sampai JB sebab aku pandu Kancil ala-ala sahaja. Bangun solat Subuh, aku terus proses rumah. Bersihlah berbanding mula-mula sampai. Mama membasuh pakaian yang menggunung. Non pula... tidur, tidur dan tidur. Abah pergi kerja dan Azam pergi sekolah.
Tidak lama kemudian seorang makcik datang ke rumah. Kononnya nak melawat mama yang baru balik daripada Mekah. Aku sebenarnya agak hangin dengan dia kerana diberitakan yang dia tidak pernah walau sekali menjenguk abah yang bersendirian bersama Azam di rumah. Apalah salahnya jenguk abah dan berikan makanan sedikit sebanyak kepadanya. Kasihan abah aku. Makcik aku ni datang bersama anak-anaknya. Makan itu dan ini kemudian pergi ke Larkin menjemput anaknya yang bijaksana itu kemudian tinggalkan semua anaknya di rumah aku untuk keluar ke mana entah. Ah malaslah aku nak menyambung cerita pasal si dia ni.
Tengah hari aku ambil Azam di sekolah dan bawa dia pergi solat Jumaat. Aku dan Non membeli barang-barang dapur di Maslee. Jumpa pula dengan kawan lama yang bekerja di situ di kaunter timbang. Banyak juga soalan yang ditanya. Soalan biasa, eh kenapa makin gemuk? Eh, dah kahwin ke? Berapa anak? Kerja di mana?
Dia agak terkejut apabila aku katakan yang aku bekerja sebagai wartawan. Katanya belum ada lagi kawan-kawan sama sekolah dulu yang kerja sebagai wartawan. Kebanyakannya bekerja sebagai guru, guru sandaran, askar, kerja kilang dan kalau perempuan sudah tentu suri rumah tangga. Katanya, oh patutlah kau kan dulu ambil sastera....

Khamis, 16 Julai 2009

Gambar Langkawi Lagi

HAI semua. Esok adalah hari terakhir di Jelita. Waktu makan tengah hari tadi, aku diraikan bersama Jabatan Pemasaran BPSB. Yang menjemput ialah Sally Wong, ketuanya. Terima kasih Sally. Sally belanja aku makan di Sate Kajang Hj Samuri di Uptown Damansara. Sedapnya makan sate. Turut ada bersama ialah KK Wong, Sabrina dan Fred. Terima kasih semua. Di bawah ini aku muatkan lagi gambar kenangan di Langkawi (10 Julai 2009 hingga 13 Julai 2009).



1) Nak naik bas sebelum gimik bas mewah.
2) Nampak tak aku kat belakang Chef Anuar tu?

1) Gambar ni Chef Anuar yang ambil. Ketika sarapan di Restoran Mona, Jeti Kuala Perlis.
2) Dalam bas mewah. Bantal tu ditaja oleh Ain Furnishing.

1) Gambar kenangan bersama bas mewah.
2) Di jeti nak naik feri.

1) Membeli gamat ke mak minah?
2) Aku posing di tingkap rumah homestay FoxHill.

1) Anis, Suzi, aku dan Chef Anuar di rumah Mahsuri.
2) Posing lagi di sofa homestay.

1) Gambar kenangan ramai-ramai di homestay.
2) Membeli coklat di kedai Hj Ismail Group.

1) Ketika acara Majlis Makan Malam Gemilang. Tema pakaian Arabian. Ada macam mak Arab tak? Takde kan. Sebab kami memang takde bajet nak membeli pakaian Arab. Bajet untuk beli coklat dan pinggan mangkuk je.
2) Jom beli coklat.

1) Hahaha, aku dapat cabutan bertuah hamper barangan Syahirah. Kat sini ambil surat je. Balik KL nanti baru tuntut hadiah. Nampak aku macam gemuk sangat je dengan jubah Marjinah ni kan?
2) Masa ni kat Beras Terbakar. Lokasi terakhir sebelum pulang ke KL.

1) Inilah lori yang bertanggungjwab membawa beg-beg kami semua ke KL sebab bas mewah sudah tidak muat untuk membawanya. Shopping sakanlah diorang ni.
2) Di Beras Terbakar.

1) Di depan ialah bas. Di belakang ialah lori. Mereka ni bergambar selepas siap angkut semua beg ke dalam lori.
2) Bergambar lagi dalam bas sebelum bas bergerak ke KL.

Rabu, 15 Julai 2009

Gambar Langkawi, Lompat Lebih Tinggi

HARI ini aku sampai awal ke pejabat. Senang je dapat parkir bawah pokok yang redup yang biasanya menjadi rebutan kakitangan di sini. Tadi pagi sebelum bergerak dari rumah, Suzi cakap kat aku macam ni "Yam, hari ni bawak kereta akulah. Dah lama sangat tak gerak kereta tu. Takut lak apa-apa jadi." Sebenarnya dalam hati aku risau juga bila Suzi cakap macam tu sebab pepagi hari ni biasanya mulut kita ni macam masin sikit. Masin maksudnya kata-akata kita boleh jadi doa. Dan... sah! Bila Suzi hidupkan enjin kereta dia langsung tak hidup. Mungkin bateri atau starter yang ada masalah. Untuk menghiburkan hati Suzi, aku masukkan entri ini yang aku namakan sebagai MELOMPAT LEBIH TINGGI yang dirakam di Jeti Pulau Langkawi.

Langkah pertama. Suzi dah galak nak lompat.
Anis masih berdiri tegak.
Langkah kedua. Kedua-dua sudah mula nak melonjak ke atas.


Langkah ketiga. Naikkan tangan ke atas supaya lompatan lebih tinggi.

Langkah keempat. Suzi sudah mula nak naik atas.
Anis masih di bawah sebab dia berat sikit berbanding Suzi.

Ya, itulah dia lompatan yang berjaya dilakukan. Tahniah Suzi dan Anis.

Selasa, 14 Julai 2009

Gambar Langkawi, Coklat

AHAD 12 Julai 2009, kami bergerak ke tempat buat gazebo, beranda dan replika rumah lama. Namun disebabkan hujan kami tidak dapat turun daripada bas. Jadi kami semua teruskan perjalanan ke Haji Ismail Group iaitu pusat beli-belah terkenal di Pulau Langkawi. Di sini aku beli coklat sahaja. Mula-mula sekali ambil coklat untuk Aleeya iaitu Smarties yang ada replika legenda puteri Inggeris (Snow White, Barbie, Cinderella dan sebagainya). Aku ambil dua, satu untuk Aleeya dan satu lagi untuk Izzah.

Kemudian pergi ke Fox Hill Homestay yang dimiliki Sharifah Maria. Cantik rumah ni kerana sangat tradisional menggunakan kayu. Kemudian kami dibawa pula ke Ulu Melaka untuk menziarahi rumah Datin Hamizah. Suzi dan Anis kena buat kerja di sini untuk menemu ramah pemilik rumah. Di sini juga pakar pastri terkenal iaitu Chef Anuar buat demonstrasi pastri yang mendapat sambutan hebat daripada ahli rombongan. Memang pembaca Jelita sangat meminati Chef Anuar.





Makan tengah hari kami makan di Kafe Sofea di Pekan Kuah yang juga dimiliki Datin Hamizah. Disebabkan restoran ini agak kecil kami dipecahkan kepada dua kumpulan mengikut bas. Kumpulan yang naik bas pertama makan dahulu sementara itu kumpulan bas kedua pergi membeli-belah lagi. Ada yang pergi ke RAM kerana di situ katanya ada menjual beg tangan pada harga murah. Kemudian kami semua balik ke hotel berehat sementara menanti acara makan malam gemilang dengan tema Arabian.
Makan malam gemilang mendapat sambutan hebat daripada pembaca. Masing-masing terutama peserta wanita memperagakan pakaian Arab yang sangat menarik. Bersinar-sinar aksesori yang mereka pakai siap dengan tocang tinggi dan menutup separuh muka. Hebat sungguh. Harapan aku nak melihat Aladdin tidak kesampaian kerana peserta lelaki tiada yang sanggup berpakaian begitu. Paling hebat pun hanya berjubah sahaja. Tahniah kepada peserta wanita. Puan Meri Lomah menang pakaian terbaik.
Acara malam itu iaalah tarian, karaoke dan cabutan bertuah. Sebagai peserta, aku pun berpeluang dapat nombor bertuah dengan nombor 01. Hadiah paling best malam itu ialah kipas berdiri, pembersih hampagas dan jam tangan jenama Titus bernilai RM1,000. Aku dapat hamper produk kecantikan Syahirah. Bolehlah bagi Tiqah sebab dia pakai produk jenama ini.
Malam ini, Anis balik awal ke bilik kerana kurang sihat. Kasihan dia.... Sampai sahaja ke bilik aku dan Suzi kemas beg kerana esok pagi-pagi lagi dah nak balik ke Kuala Lumpur.

Gambar Langkawi, Hari Pertama

JUMAAT 10 Julai, jam 8.30 malam aku dan ahli rombongan pembaca Jelita serta Anjung Seri berkumpul di pejabat Berita Publishing Sdn Bhd untuk memulakan perjalanan ke Pulau Langkawi. Kami menaiki bas yang tidak berapa menarik. Namun aku reda dengan keadaan. Tak apalah, yang penting aku dapat bersuka ria buat kali terakhir dengan pembaca Jelita. Wajah mereka semua dekat di hatiku kerana asyik-asyik muka yang sama menyertai aktiviti yang diadakan oleh Jelita. Bas bergerak lalu berhenti di Stesen Kereta Api yang lama. Kata Syasyiela, bas berhenti untuk minum malam dan untuk ke tandas. Rupa-rupanya gimik sahaja kerana kami semua berpeluang menaiki bas baru daripada Plusliner iaitu Plusliner Extreme. Bas ini bermuatan 72 penumpang, dua tingkat dan ada pelbagai ciri keselamatan serta keselesaan. Aku, Suzi, Anis dan Razali (jurugambar) duduk di tingkat atas di barisan paling hadapan. Syok wei dapat tengok pemandangan....
1) Di hadapan bas Plusliner Extreme.
2) Suzi dan Anis membantu angkat barang dari feri ke Jeti Pulau Langkawi.

SABTU, 11 Julai jam 5.30 pagi, kami sampai di Masjid Al-Mustaqim di Kuala Perlis untuk solat Subuh. Kemudian sarapan di Restoran Mona di pekan Kuala Perlis. Kemudian naik feri dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi dengan tambang RM12.50 seorang. Perjalanan ambil masa selama 1 jam. Keadaan dalam feri ini boleh dikatakan selesa, cuma nak naik tu agak seksa jika anda bawa beg yang banyak.
Sampai sahaja di Pulau Langkawi, kami naik dua buah bas dan memulakan perjalanan menuju ke pusat pembuatan produk berasaskan gamat dan pengedar iaitu Nusantara Gamat Enterprise. Aku beli banyak ubat gamat termasuk makjun untuk pulihkan otot. Habis sampai RM55 di sini.
Selepas itu kami pergi pula ke Makam Mahsuri iaitu wanita cantik yang menjadi mangsa hukum sula akibat fitnah dan iri hati masyarakat sekampung. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di sini. Cantiknya rumah Mahsuri. Aku bergambar di sana, di sini termasuklah mengabadikan foto aku, Anis dan Suzi di piring kecil berlatarbelakangkan gambar rumah Mahsuri yang dibeli dengan harga RM10 setiap satu.
1) Aku dan Razalai di hadapan rumah Mahsuri.
2) Aku dan Suzi di tangga rumah Mahsuri.
Suzi dan Anis posing di gerai di dalam lokasi rumah Mahsuri.

Kemudian kami semula dibawa ke hotel iaitu Aseania Resort. Letih boleh tahan juga. Kami makan tengah hari dulu kemudian barulah masuk ke bilik masing-masing. Selepas mandi, kami menanti di lobi hotel untuk perjalanan seterusnya pada jam 3.30 petang petang. Namun disebabkan kesilapan maklumat aku terpaksa tidur dulu di lobi kerana perjalanan sebenarnya ialah pada jam 5 petang.
Seterusnya, kami pergi ke Idaman Suri iaitu pusat beli-belah pinggan mangkuk, coklat dan beg. Aku beli pinggan mangkuk, cawan dan teko. Aku juga beli beg kerana beg sedia ada pasti tidak muat. Bukan aku sahaja, ahli rombongan yang lain juga banyak yang beli beg kerana sudah lupa diri membeli-belah.
Makan malam kami pada malam ini ialah di Restoran Wan Thai. Makan ikan siakap, tom yam merah, telur dadar dan sayur campur. Selepas itu kami dibawa ke hotel. Bas yang dinaiki Suzi singgah ke hospital kerana ada ahli rombongan kurang sihat kerana lupa makan ubat kencing manis. Balik ke bilik, aku mandi dan lepak-lepak sambil makan jajan serta mi segera. Hahaha... seronoknya. Maaflah Zali, tak dapat ikut pergi karaoke. Penatlah.

Jumaat, 3 Julai 2009

Kisah Umrah

HARI ini aku dan keluarga Sita menghantar mama, Non dan Atiq ke KLIA. Bangun Subuh-Subuh lagi dan kami bertolak dari Seri Putra jam 7 pagi. Dari rumah Sita hendak ke KLIA hanya ambil masa setengah jam. Sayu je hati aku melihat pemergian mereka. Belum ada rezeki untuk aku turut serta walaupun mama pada mulanya mengajak aku untuk ikut ke sana. Namun akhirnya Non yang pergi dulu ke sana. Tak apalah ada rezeki aku nanti.
Kapal terbang mereka berlepas jam 10.30 pagi dan mereka check-in jam 9 pagi. Aku perlu pulang awal kerana hari bekerja. Selepas bersalam dan berpelukan dengan mama, Non dan Atiq, aku berlalu pergi ke tempat letak kereta cepat-cepat sebelum air mataku jatuh.
Doa kukirimkan kepada mereka supaya mendoakan aku memperoleh kebaikan dalam hidup. Insya-Allah....