Iklan Nuffnang

Selasa, 14 Julai 2009

Gambar Langkawi, Coklat

AHAD 12 Julai 2009, kami bergerak ke tempat buat gazebo, beranda dan replika rumah lama. Namun disebabkan hujan kami tidak dapat turun daripada bas. Jadi kami semua teruskan perjalanan ke Haji Ismail Group iaitu pusat beli-belah terkenal di Pulau Langkawi. Di sini aku beli coklat sahaja. Mula-mula sekali ambil coklat untuk Aleeya iaitu Smarties yang ada replika legenda puteri Inggeris (Snow White, Barbie, Cinderella dan sebagainya). Aku ambil dua, satu untuk Aleeya dan satu lagi untuk Izzah.

Kemudian pergi ke Fox Hill Homestay yang dimiliki Sharifah Maria. Cantik rumah ni kerana sangat tradisional menggunakan kayu. Kemudian kami dibawa pula ke Ulu Melaka untuk menziarahi rumah Datin Hamizah. Suzi dan Anis kena buat kerja di sini untuk menemu ramah pemilik rumah. Di sini juga pakar pastri terkenal iaitu Chef Anuar buat demonstrasi pastri yang mendapat sambutan hebat daripada ahli rombongan. Memang pembaca Jelita sangat meminati Chef Anuar.





Makan tengah hari kami makan di Kafe Sofea di Pekan Kuah yang juga dimiliki Datin Hamizah. Disebabkan restoran ini agak kecil kami dipecahkan kepada dua kumpulan mengikut bas. Kumpulan yang naik bas pertama makan dahulu sementara itu kumpulan bas kedua pergi membeli-belah lagi. Ada yang pergi ke RAM kerana di situ katanya ada menjual beg tangan pada harga murah. Kemudian kami semua balik ke hotel berehat sementara menanti acara makan malam gemilang dengan tema Arabian.
Makan malam gemilang mendapat sambutan hebat daripada pembaca. Masing-masing terutama peserta wanita memperagakan pakaian Arab yang sangat menarik. Bersinar-sinar aksesori yang mereka pakai siap dengan tocang tinggi dan menutup separuh muka. Hebat sungguh. Harapan aku nak melihat Aladdin tidak kesampaian kerana peserta lelaki tiada yang sanggup berpakaian begitu. Paling hebat pun hanya berjubah sahaja. Tahniah kepada peserta wanita. Puan Meri Lomah menang pakaian terbaik.
Acara malam itu iaalah tarian, karaoke dan cabutan bertuah. Sebagai peserta, aku pun berpeluang dapat nombor bertuah dengan nombor 01. Hadiah paling best malam itu ialah kipas berdiri, pembersih hampagas dan jam tangan jenama Titus bernilai RM1,000. Aku dapat hamper produk kecantikan Syahirah. Bolehlah bagi Tiqah sebab dia pakai produk jenama ini.
Malam ini, Anis balik awal ke bilik kerana kurang sihat. Kasihan dia.... Sampai sahaja ke bilik aku dan Suzi kemas beg kerana esok pagi-pagi lagi dah nak balik ke Kuala Lumpur.

2 ulasan:

chocinmybox berkata...

So called 'percutian' ni memanglah best walaupun kami terpaksa bekerja. Rasanya kenangan kat langkawi ni adalah titik permulaan untuk percutian kita yang akan datang. Pasni kita g bercuti lagi ek. Malam Arabian tu nasib baik ada oka onying yang mengambil berat. Siap ada yang mengurut lagi. Rasa tersentuh hati. hrm...

Mariam Elias berkata...

Oka onying memang senantiasa prihatin. Isk... kalau tidak, tidaklah I gelarkan korang berdua sebagai oka onying. Gelaran ni hanya orang yang sudah sampai tahap dewa di hati I je yang dapat tau.