Iklan Nuffnang

Rabu, 15 Julai 2009

Gambar Langkawi, Lompat Lebih Tinggi

HARI ini aku sampai awal ke pejabat. Senang je dapat parkir bawah pokok yang redup yang biasanya menjadi rebutan kakitangan di sini. Tadi pagi sebelum bergerak dari rumah, Suzi cakap kat aku macam ni "Yam, hari ni bawak kereta akulah. Dah lama sangat tak gerak kereta tu. Takut lak apa-apa jadi." Sebenarnya dalam hati aku risau juga bila Suzi cakap macam tu sebab pepagi hari ni biasanya mulut kita ni macam masin sikit. Masin maksudnya kata-akata kita boleh jadi doa. Dan... sah! Bila Suzi hidupkan enjin kereta dia langsung tak hidup. Mungkin bateri atau starter yang ada masalah. Untuk menghiburkan hati Suzi, aku masukkan entri ini yang aku namakan sebagai MELOMPAT LEBIH TINGGI yang dirakam di Jeti Pulau Langkawi.

Langkah pertama. Suzi dah galak nak lompat.
Anis masih berdiri tegak.
Langkah kedua. Kedua-dua sudah mula nak melonjak ke atas.


Langkah ketiga. Naikkan tangan ke atas supaya lompatan lebih tinggi.

Langkah keempat. Suzi sudah mula nak naik atas.
Anis masih di bawah sebab dia berat sikit berbanding Suzi.

Ya, itulah dia lompatan yang berjaya dilakukan. Tahniah Suzi dan Anis.

3 ulasan:

chocinmybox berkata...

kak yam...kak yam..mana gambar kak yam yang melompat lebih tinggi tuh?ala..letaklah gambo tu. comel na...

Mariam Elias berkata...

Anis, itu bukan gambar wa melompat lebih tinggilah. Itu terapung.

suziey berkata...

Gambo yang tuh namanya 'Terapung Lebih Lama" ...hahahahaha (ooo gambor sendiri, ko sorok ya. Tgklah esok aku letak kat youtube)