Hari terakhir di Jelita

HARI ini sepatutnya aku bolehlah kata hari terakhir di Jelita kerana dalam surat letak jawatan tarikh 17 Julai 2009 adalah hari terakhir. Namun disebabkan aku menghantar mama balik ke JB selepas dia pulang daripada umrah, aku kenalah ganti cuti hari ini kepada Isnin depan. Lagipun aku ada kerja yang belum siap iaitu cover story dan advertorial Olay untuk Oktober. Sampai di JB, aku tengok rumah sangatlah bersepah. Maklumlah surinya tiada jadi memang huru-hara sikitlah. Aku sapu lebih kurang dulu. Dalam bilik pun aku sapu sebab memang tak leh tidur kalau tak sapu. Jam 10 malam bertolak dari rumah Sita, jam 2.30 baru sampai JB sebab aku pandu Kancil ala-ala sahaja. Bangun solat Subuh, aku terus proses rumah. Bersihlah berbanding mula-mula sampai. Mama membasuh pakaian yang menggunung. Non pula... tidur, tidur dan tidur. Abah pergi kerja dan Azam pergi sekolah.
Tidak lama kemudian seorang makcik datang ke rumah. Kononnya nak melawat mama yang baru balik daripada Mekah. Aku sebenarnya agak hangin dengan dia kerana diberitakan yang dia tidak pernah walau sekali menjenguk abah yang bersendirian bersama Azam di rumah. Apalah salahnya jenguk abah dan berikan makanan sedikit sebanyak kepadanya. Kasihan abah aku. Makcik aku ni datang bersama anak-anaknya. Makan itu dan ini kemudian pergi ke Larkin menjemput anaknya yang bijaksana itu kemudian tinggalkan semua anaknya di rumah aku untuk keluar ke mana entah. Ah malaslah aku nak menyambung cerita pasal si dia ni.
Tengah hari aku ambil Azam di sekolah dan bawa dia pergi solat Jumaat. Aku dan Non membeli barang-barang dapur di Maslee. Jumpa pula dengan kawan lama yang bekerja di situ di kaunter timbang. Banyak juga soalan yang ditanya. Soalan biasa, eh kenapa makin gemuk? Eh, dah kahwin ke? Berapa anak? Kerja di mana?
Dia agak terkejut apabila aku katakan yang aku bekerja sebagai wartawan. Katanya belum ada lagi kawan-kawan sama sekolah dulu yang kerja sebagai wartawan. Kebanyakannya bekerja sebagai guru, guru sandaran, askar, kerja kilang dan kalau perempuan sudah tentu suri rumah tangga. Katanya, oh patutlah kau kan dulu ambil sastera....

Catat Ulasan

0 Ulasan