MAMA JANGAN STRES KALAU BABY KENA JAUNDIS. IKUT CARA NI. 



Ketika dalam pantang, kita mak-mak ni kena ready kuatkan mental dan fizikal. Macam-macam benda boleh berlaku yang menyebabkan kita stres.

Salah satunya bila baby kena jaundis atau demam kuning. Dahlah masih sakit sebab bersalin. Badan masih lemah. Nak kena ulang alik klinik pulak check kuning baby.

Tu belum masuk nak injek ubat cair darah kat klinik sebab tak berani nak injek sendiri kat rumah. Sudahnya kita ni macam orang bukan dalam pantang. Hari-hari kena keluar rumah gi klinik. Arghhhh stres. Kan?

Ni Cik Yam nak bagitahu. Dalam pantang, anak kena jaundis, sila jangan stres.

KENAPA TAK BOLEH STRES? 


Sebabnya, stres tak memulihkan keadaan pun. Malah memburukkan keadaan. Ini kerana stres boleh menyebabkan susu badan menyusut.

KALAU SUSU KURANG, APA MASALAHNYA? 


Di sinilah ibu akan makin stres sebab bila susu kurang, baby tak dapat susu badan secukupnya. Ubat demam kuning adalah susu badan ibu itu sendiri. Bagi susu badan secukupnya.

Kalau baby tidur, kejutkan baby sejam sekali dan susukan. Biar dia kenyang, dia berak banyak dan insya-Allah demam kuning akan sembuh.

MACAM MANA NAK SUSU BANYAK? 


Salah satu cara berkesan nak tambah susu badan adalah dengan kita minum Postmamma. Ini adalah suplemen moden untuk ibu berpantang.

Dalam Postmamma ada makanan sunah dan herba yang bagus untuk cepatkan luka bersalin sembuh dan banyakkan susu badan.



BABY KUNING BOLEH KE KITA MINUM SUPLEMEN NI? 


Mesti ada soalan macam ni. Yalah, dalam Postmamma ada herba. Jadi timbul persoalan boleh atau tidak nak minum. Bimbang kuning si anak makin terjejas, tak kunjung sembuh.

Sebenarnya, kalau anak kena jaundis, ibu masih boleh teruskan pengambilan Postmamma. Apa sebabnya? Meh nak citer.



Dalam Postmamma memang ada herba. Misalnya temulawak, kunyit, serapat, lada pintal, manjakani, asam jawa. Namun peratusannya sangat rendah berbanding jamu tradisional.

Bahan yang tinggi peratusan dalam Postmamma ialah makanan sunah. Antaranya madu, buah tamar, delima, habatusauda, buah tin.


Jadi, teruskan minum Postmamma. Suplemen ni merangsang susu ibu. Banyak susu ibu, anak dapat minum susu sampai kenyang, jaundis lebih cepat sembuh. Ubat jaundis ni susu ibu je. Bagi susu sampai kenyang, pastikan anak berak, insya-Allah sembuhlah kuning tu.

Elakkanlah bagi anggur hitam la, apa la kat baby. Perut baby yang usia tak sampai sebulan tak leh terima semua tu kecuali susu ibu.

PRODUK DIPANTAU PENASIHAT SAINTIFIK 



Ini sangat penting korang kena tahu. Produk Postmamma dipantau oleh Pakar Kimia No 1 Asia, Prof Dr Azizan Ahmad dari UKM. Selamat dan bermanfaat.

TIP KALAU BABY JAUNDIS 

👍Jangan selimut dan bedung baby. Biar dia terdedah pada cahaya sikit.
👍Jangan bergelap. Bagi dia cahaya terutamanya cahaya matahari.
👍Pastikan bagi baby susu sejam sekali. Bila dia berak, itu tanda bagus.
👍Ibu jangan stres. Kawal emosi.

Leader Ellsee Rich Angels,
Cik Yam
012-262 3977

Catat Ulasan

1 Ulasan

Hernee Nazir berkata…
fuhhh doakan baby sy nanti dijauhkan dari jaundis..seriau..abang2 semua ada kes..