Iklan Nuffnang

Rabu, 25 Julai 2012

Buka Puasa & Cabutan Bertuah


SELAMAT berpuasa semua. Hari ini hari kelima berpuasa. Kisah yang aku nak cerita ini ialah kisah pada malam ketiga berpuasa. Aku, Suzi, Anis dan Zam berbuka bersama di Hotel Empire Subang. Huh, dengar macam hebat je kan sebab harga bufet Ramadan di sana ialah RM89++. Bukan harga nett tau. Kalau ada tanda ++ tu maknanya harga dia lebih mahal daripada itu.

Kami berani makan di sana sebab ada potongan harga sebanyak 50 peratus. Sebab itulah kami rasa kalau tak pergi macam rugi sikit. Kami nak pergi sebab nak makan sub gear box. Aku dan Anis pergi majlis pelancaran bufet Ramadan di sini bulan lepas. Sebab tu la aku tahu betapa sedapnya sup gear box tu.

Gambar kat atas tu ialah gambar aku dan Zam dapat cabutan bertuah. Hadiahnya ialah makan malam secara bufet untuk dua orang. Tarikh akhir bufet tu ialah pada November nanti. Haha. Zam pun dapat hadiah sama. Jadi maknanya kami berempat boleh makan lagi di sini. Huhuhu berbaloi. Ada lagi... iaitu empat bungkus coklat Kisses daripada Hershey's. Mantap!

Sebelum balik, kami diberikan buah tangan untuk bersahur dan memang aku makan waktu sahur pun. Kiranya kalau pergi bufet Ramadan kat sini memang tak rugi. Makanan sedap, berpeluang dapat lucky draw dan dapat makanan sahur pulak. Apa tunggu lagi? Pergilah... best!
  
Bestfriend forever and ever...
Sup gear box, sate, kambing....

Sedap makan kat sini...

Aku pakai selendang hari tu... comel tak?

Jumaat, 20 Julai 2012

Bersama Adibah Noor

ESOK sudah bermulanya Ramadan bagi tahun ini. Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah kerana aku masih berpeluang untuk merebut pahala berganda dengan segala ibadat yang hanya ada pada bulan penuh keberkatan ini.

Semalam aku ada penggambaran bersama penyanyi, pelakon dan hos yang sangat aku minati iaitu Adibah Noor. Aku minat dengan suaranya, aku minat dengan lakonannya dan paling aku bangga dengan wanita ini ialah beliau tidak rasa terkongkong dengan berat badannya.

Ini adalah kali kedua aku bertemu dengan Kak Adibah. Kali pertama dulu masa beliau menyertai Juara Lagu untuk lagu Terlalu Istimewa. Kak Adibah tanya aku dari mana. Aku jawab dari majalah Jelita. Tapi mesti Kak Adibah tak ingat kisah tu. Hehe... Itu kisah tahun 2006. Kali ni, selepas enam tahun berlalu, aku bertemu lagi dengan penyanyi yang aku minati ini.

Dalam pertemuan kami semalam, dia sempat menasihatkan aku supaya tidak menggunakan sebarang produk pelangsingan badan kerana produk itu ada kesan sampingan. Aku tanya, apa kesan sampingannya? Katanya produk-produk pelangsingan itu banyak protein dan protein menyebabkan hati serta buah pinggang kita bekerja lebih untuk memproses. Oh, kenyataan Kak Adibah sama dengan apa yang aku pernah daripada adik ipar aku yang juga seorang dietition.

Kak Adibah sangat sporting. Suka ketawa dan menceriakan suasana. Nasi lemak yang dihidangkan selepas kami selesai bergambar bersama sungguh sedap. Kucing Kak Adibah yang comel-comel belaka turut melengkapkan penggambaran kami. Terima kasih Kak Adibah dan pembantu peribadinya, Hakim. Kalau nak tahu apa lagi yang kisah yang kami kongsi, jangan lupa beli MIDI.... :-)