Pengalaman Akupuntur

HARI ni aku pergi buat rawatan akupuntur di Shah Alam. Sebenarnya aku takut sebab takut jarum dan entah macam la agaknya rasa apabila jarum tu ditusukkan kat kaki aku ni. Bukan satu tapi banyak. Aku pernah interview ahli akupuntur tu untuk ruangan Rawatan Alternatif dalam majalah tempat aku kerja.
Aku sampai sana dalam jam 10.30 pagi. Lepas dah isi borang sebab kali pertama datang buat rawatan, aku pun masuk dalam bilik konsultasi. Doktor tu terus cam muka aku. Haha. Lepas citer pasal kaki aku yang bermasalah lemah otot dan saraf ni, dia fahamlah apa masalah aku. Aku citer pasal kaki aku yang pernah sakit dua tahun lepas sampai tak leh diri dan tak leh jalan selama empat hari. Masa tu aku terpaksa meniarap sahaja. Baring pun sakit. Lepas dua tahun tak sakit, tiba-tiba bulan lepas aku kena lagi. Kalau dulu kaki kanan, kali ni kaki kiri. Tapi kali ni takdelah sampai tak leh jalan. Sakitnya lega apabila makan ubat tahan sakit. Cumanya, aku agak panik sebab Isnin lepas ketika turun naik tangga sambil angkut barang berat kat pejabat, tiba-tiba kaki aku lemah takleh diri. Bila aku cuba diri, aku memang takleh angkat punggung aku. Nasib baik barang yang aku angkat tu tak terlepas. Menangis aku kat tangga pejabat tu. Lepas senior aku urut dan gosok-gosok, sepuluh minit lepas tu aku boleh berdiri dan berjalan walaupun lemah.
Jadi, dipendekkan cerita aku tertarik nak buat rawatan akupuntur. Pengalamannya, aku rasa memanglah agak sakit apabila kena tusuk dengan jarum tapi tak lama. Sekejap je masa jarum tu nak ditusukkan. Doktor tusuk 10 jarum pada sebelah kaki, jadi keseluruhannya 20 jarum kat kaki aku.
Tak lama, 30 minit lepas tu jarum ditanggalkan. Lega. Ketika menaip entri ni, aku bolehlah katakan bahawa kaki aku jadi ringan sikit dan paling best time solat aku boleh bangun daripada sujud untuk berdiri dengan lebih selesa. Kesimpulannya aku memang nak ulang buat akupuntur ni minggu depan supaya kaki aku benar-benar sembuh... :-)

Catat Ulasan

2 Ulasan

chocinmybox berkata…
nak tgk gamabr!nak tgk gamabr! huiyooo...jarum terpacak!!!!
Maryam Elyas berkata…
hi anis.... hahahaha kena cucuk jarum dowhhhh