Dua Hari Satu Malam di Tasik Kenyir, Terengganu

KHAMIS hingga Jumaat aku berada di Tasik Kenyir atas tuntutan kerjaya. Seronok, kali pertama aku menaiki penerbangan Fire Fly. Kapal terbang dan krew penerbangan menggunakan tema warna putih dan jingga. Di atas kapal juga kami diberi minuman sama ada jus oren atau epal berserta biskut dan kacang. Hari pertama, aku pergi ke Air Terjun Lasir dan juga Taman Herba dengan menaiki bot selama 45 minit. Satu bot muat lapan penumpang tidak termasuk pemandu bot. Dari jeti untuk sampai ke air terjun itu perlu mendaki tangga yang tinggi. Atas sebab kesihatan, aku tidak naik dan hanya menunggu di pondok berdekatan jeti bersama dua lagi peserta. Kemudian pergi pula ke Taman Herba dan kembali ke hotel untuk bersiap sedia bagi acara makan malam yang bertemakan serba ungu. Keesokan harinya, kami menghadiri bengkel kecantikan kulit dan pergi ke sessi rawatan spa. Kemudian kami dibawa ke Kuala Terengganu untuk membeli keropok dan ikan kering. Selepas itu, kami berangkat ke lapangan terbang untuk kembali ke Kuala Lumpur....

Catat Ulasan

2 Ulasan

suziey berkata…
wow bestnya g kenyir...tp gara2 ko ke kenyir aku n anis terpaksa tido dlm keta sbb smpai terlalu awal di ofc selepas menghantar kamu di airport...
Maryam Elyas berkata…
Oh koranglah sahabat sejati....