Projek Kuih Raya Tamat

Alhamdulillah... yahoo. Berjaya buat kuih tat nanas. Masa mula-mula buat minggu lepas tepungnya rasa sedap tapi inti nanas tu keras. Lama sangat bakar. Kali ni, tepungnya Ok-OK saja, tak lemak sangat tapi lebih cantik dan intinya tak keras. Kira berjayalah. Jadi, secara keseluruhan kuih raya dah ada enam jenis. Rasanya cukuplah setakat ini sahaja projek membuat kuih raya. Jadi, secara rasminya projek membuat kuih raya berakhir di sini dan hujung minggu kembali seperti biasa, lepak depan TV dan tengok TV, tidur... meredakan kepala otak yang sesak dengan perkara-perkara yang menyesakkan. Semua manusia ada masalah masing-masing, kan?

Senarai kuih raya aku:
1. Biskut oat kacang.
2. Biskut nestum.
3. Biskut kacang.
4. Biskut Aiskrim.
5. Biskut Milo Coklat.
6. Tat nanas.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Ibu kami berkata…
tart nenas, my fav tuu... bleh le hulur sebalang k.yam :)
Maryam Elyas berkata…
Memang ramai orang suka tat nanas kan. Hehe, nanti kalau dah terer buat leh ar bagi. Kiki, malu la nak kasi, buat makan sendiri leh la.