Jom poco-poco!

SELESAI kisah biskut batikku yang masih berbaki separuh loyang di dalam peti sejuk. Yalahkan, manis dan agak lembik. Lambatlah habisnya. Kalau tak lembik, sedap dan tak manis sangat tentu cepat habis. Lagipun sapa je lah yang ada di rumah tu. Kalau tak aku yang makan, sapa lagi? Suzi? Erm... dia lambat sikitlah nak makan benda-benda manis. Yang dia suka masin dan masam. Letaklah jeruk setempayan pun tentu habis.
Apa aku nak berkisah hari ni? Tak ada yang menyeronokkan. Semuanya biasa-biasa sahaja. Oh mungkin pasal kelas poco-poco di pejabat. Setiap Isnin dan Rabu ada kelas poco-poco. Aku selalu datang. Nak ikutkan cuma dua kelas je aku tertinggal sebab ada tugasan. Kalau tak tentu kedatangan aku 100 peratus.
Kelas ni percuma je. Yang jadi cikgu poco-poco ialah cik adik manis nama Aqma. Kelas pula buat di studio foto. Studio foto ni besar. Bolehlah dimanfaatkan sebagai kelas poco-poco. Nak keluarkan peluh. Berpeluh juga tau uols.... Seronok kelas ni. Macam-macam langkah (step) dah diajar. Aku ni takdelah pandai sangat menari. Badan macam aku ni manalah cantik menari. Setakat goyang sikit-sikit tu bolehlah. Tapi apa yang aku pelajari dalam kelas poco-poco ni ialah usahlah kita merendah diri dengan saiz badan kita sebab orang yang kurus pun belum tentu boleh menari. Hehehe... kita serupa... Jadi, kaedahnya, ada kebaikan ke kelas ni? Bagi aku, ADA. Sebab boleh gerak-gerakkan tubuh, senam sikit dan manfaatkan masa terluang serta boleh buang sedikit tekanan mengenai masalah dalam kehidupan seharian... :-)

Catat Ulasan

5 Ulasan

raihanah berkata…
Salam
wah sedap tu biskut batik. hantar ofis kak ana lah, mesti cepat habis. seorang sikit makan, habislah. kalau nak lagi cepat, hantar di rumah, dua kali pandang, tentu dah beres sebab ramai kanak2.

kelas poco2 tentu menarik. boleh kuruskan badan..
Maryam Elyas berkata…
Waalaikumsalam Kak Ana, biskut batik memang sedap tapi saya buat kurang menjadi. Kali pertama buatlah katakan. Nanti saya cuba lagi buat. Insya-Allah lama-lama Oklah kot. Malu nak bagi orang makan sebab tak berapa jadi. Poco-poco best!
Maryam Elyas berkata…
Waalaikumsalam Kak Ana, biskut batik memang sedap tapi saya buat kurang menjadi. Kali pertama buatlah katakan. Nanti saya cuba lagi buat. Insya-Allah lama-lama Oklah kot. Malu nak bagi orang makan sebab tak berapa jadi. Poco-poco best!
Ibu kami berkata…
best le menari k.yam xkira le tarian apa pun.. lina ni x start2 balik dancing class tu.. baby pun dh 4bln skrg.. windunyaaa..
Maryam Elyas berkata…
Tu la. Best gak menari ni. Dulu masa kat UiTM memang ada paper menari. So kenalah belajar betul2 sebab masuk exam. Yang ajar kelas tu Dida tau... dia sekarang ada bukak kelas dancing nama DiDance.