Suzi & Televisyen LCD

TAHNIAH! Itulah perkataan yang sesuai untuk Suzi. Nak tahu kenapa aku ucap tahniah kepada dia? Sebabnya ialah dia dapat salah satu hadiah utama cabutan bertuah pada majlis pelancaran barangan Farmasi Colour Cosmetics. Ada tiga hadiah utama iaitu haruman bernilai RM900, percutian di Pulau Langkawi dan televisyen LCD jenama Toshiba berukuran 32 inci. Suzi tersenyum sampai ke telinga apabila membawa pulang hadiah televisyen.
TERIMA KASIH. Ini pula ucapan aku kepada Suzi kerana sudi meletakkan televisyen baru ini di ruang tamu menggantikan televisyen lama aku. Jadi televisyen lama aku dimasukkan ke dalam bilik untuk menonton DVD. Di ruang tamu khas untuk menonton siaran Astro melalui televisyen baru ni. Memberangsangkan juga televisyen ni. Sistem bunyi pun boleh tahan. Skrin pun mantap.

Sebelum.

Selepas.

Catat Ulasan

10 Ulasan

suziey berkata…
Erm...rasa tak adil plak kalu letak TV tuh dalam bilik. So untuk bersikap adil letak je kat luar biar semua leh tgk...
rynas berkata…
yer betol tengok berdua lebih baik drp berseorangan. tahniah yerrkk..nampak bergaya plak TV tuh kat atas rak tv tuh..
Maryam Elyas berkata…
Erm... siti kita nak tanya dgn jujur. TV yg bergaya ke atau rak tv yang bergaya? hahaha... Rak TV yg bergaya kan? sebab rak tu kita punya.
Tanpa Nama berkata…
wahhh mmg murah rezki betul la Su...

Kak yam tpt tv tu mcm sama jer kat umh I ehhehe
Unknown berkata…
Itu dia tempias luck akak tu sebab gi ngan akak. nak gak 'nama' ni... Bila nak ajak nonton lcd baru tu???
Maryam Elyas berkata…
Erm... rak TV tu memang ramai org yg ada. Rasanya kat rumah Siti pun mcm tu jugak. Beli murah je kat Cavenzi. Murah dan seswai untuk rumah ala-ala flat atau apartmen.
Maryam Elyas berkata…
Kak Azeda,
Datanglah ke rumah kalau nak tgk LCD. Nanti saya masak mihun goreng ke. Kita tgk TV sambil makan2 ek.
suziey berkata…
Erm...sebenarnya CIk Ton, dah lama aku nih ngidam nakkan LCD tuh, tup3 dapat lucky draw LCD, wah terkata makcik gembiranya....hehehehehe
Rashidah Ibrahim berkata…
tahniah untuk kedua-dua rakan baik
Maryam Elyas berkata…
Kak Syidah komen kat post yg dah 2 tahun usianya... TQ ek.