TAHNIAH! Itulah perkataan yang sesuai untuk Suzi. Nak tahu kenapa aku ucap tahniah kepada dia? Sebabnya ialah dia dapat salah satu hadiah utama cabutan bertuah pada majlis pelancaran barangan Farmasi Colour Cosmetics. Ada tiga hadiah utama iaitu haruman bernilai RM900, percutian di Pulau Langkawi dan televisyen LCD jenama Toshiba berukuran 32 inci. Suzi tersenyum sampai ke telinga apabila membawa pulang hadiah televisyen.
TERIMA KASIH. Ini pula ucapan aku kepada Suzi kerana sudi meletakkan televisyen baru ini di ruang tamu menggantikan televisyen lama aku. Jadi televisyen lama aku dimasukkan ke dalam bilik untuk menonton DVD. Di ruang tamu khas untuk menonton siaran Astro melalui televisyen baru ni. Memberangsangkan juga televisyen ni. Sistem bunyi pun boleh tahan. Skrin pun mantap.
Sebelum.
Selepas.
10 Ulasan
Kak yam tpt tv tu mcm sama jer kat umh I ehhehe
Datanglah ke rumah kalau nak tgk LCD. Nanti saya masak mihun goreng ke. Kita tgk TV sambil makan2 ek.