Mari Lakukan Sendiri


Gubahan
Bunga
Ringkas
Bersempena
Hari
Kekasih




















SALAM semua... Hari ini aku membuat penggambaran untuk Ruangan Lakukan Sendiri. Sudah lebih setahun aku mengendalikan ruangan ini. Aku mula menjadi penyelaras tetap Ruangan Lakukan Sendiri sejak isu Ramadan tahun 2007. Sejak itu aku mencari ilham untuk membuat kraf tangan setiap bulan. Bersempena isu Februari 2009 yang bertemakan Hari Kekasih, aku cuba mengilhamkan gubahan bunga ringkas untuk dihadiahkan kepada insan yang disayangi.
Jurugambar yang bertugas hari ini ialah Jasmin. Aku puas hati bekerjasama dengan Jasmin hari ini kerana dia cepat dan sesekali dia memberi idea untuk gambar nampak cantik. Jasmin ialah seorang jurugambar berpengalaman di BPSB. Terima kasih kepada Jasmin kerana memberi kerjasama baik hari ini. Gambar pun dapat cepat. Ambil gambar jam 11 pagi, lepas makan tengah hari aku tengok gambar dah ada di folder Jelita. Bagi anda yang ingin tahu langkah demi langkah membuat gubahan bunga ringkas ini, sudi-sudikanlah menatap Jelita bulan Februari 2009 nanti ya.
Di bawah ini aku sertakan beberapa gambar yang sempat aku rakam menggunakan telefon bimbit aku. Ha... tengoklah gaya seorang jurugambar profesional ambil gambar.
Yang perempuan itu ialah jurugambar pelatih.





Catat Ulasan

4 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
hrm...mood bagus la jasmin ni..cantik gubahan kak yam.pastu,bunga tinggi2 tu letak kat atas meja depan muka u ye...hrm...
Maryam Elyas berkata…
Ya... benda baik kita puji. Benda tak baik, kita cakap belakang. Hahahah. Takde lah... benda tak baik kita nasihat la kan.
suziey berkata…
Cntek gubahan tuh...Kreatip gak ko nih ek...Rasanya benda mcm nih yg aku paling tak boleh buat. Aku tak retilah...Dulu masa sekolah, kalu pendidikan seni kena gubah2 nih, mesti aku sangap je lebih...
Maryam Elyas berkata…
Aku bukan kreatif sangat pun. Tapi bila dah kena buat setiap bulan, terpaksa mengkreatifkan diri. Tiap-tiap bulan nak minta orang tolong buatkan, letih gak. So, senang sikit kalau kita buat sendiri. Tapi yang susah tu bila kena beli sendiri barang. Sakit gak la poket.