Ulang tahun perkahwinan Mama dan Abah

NOVEMBER adalah bulan paling bermakna bagi mama dan abah aku kerana mereka menyambut ulang tahun perkahwinan. Pada 19 November 2008, mereka menyambut ulang tahun perkahwinan ke-32 tahun. Pada tahun ini keluarga berbincang untuk meraikannya di sebuah resort di Punggai, Johor. Adik aku, Masitah sudah menempah calet untuk kami sekeluarga. Tarikh yang dipilih ialah 5 Disember 2008, Jumaat. Awalnya nak ambil hari Sabtu namun calet sudah penuh.
Aku berfikir untuk mengambil cuti pada 5 Disember 2008 ini. Cuti tahunan yang aku mohon pada awal bulan masih ada baki sehari. Aku mohon tiga hari namun aku hanya bercuti dua hari kerana ada mesyuarat Kelab Sukan. Namun, selepas selesai urusan menempah calet, baru aku dimaklumkan bahawa 5 Disember ada majlis sambutan Aidiladha di rumah warga emas di Sungai Buloh….
Aku hampa kerana tidak dapat bersama keluarga meraikan hari ulang tahun perkahwinan mama dan abah. Pun begitu mama menasihatkan aku. Katanya "Pekerjaan itu tanggungjawab. Tanggungjawab itu pula adalah amanah Tuhan kepada hamba-Nya. Justeru aku mesti mengutamakan tanggungjawab itu dahulu." Itu kata mama.
Untuk mama, abah dan adik-adik semua aku ucapkan semoga bergembira dengan sambutan itu nanti. Untuk mama dan abah, semoga sentiasa berbahagia dan harmoni sentiasa. Seronoknya bercuti bersama keluarga. Apatah lagi, adik aku Masitah yang bekerja sebagai pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai, Non yang bekerja sebagai jururawat di Sunway Medical Centre, Atiq yang belajar di Universiti Malaysia Terengganu, Atiqah yang belajar di Maktab Perguruan Durian Daun Melaka, Jiha di MRSM Pontian, semuanya balik untuk meraikan majlis ini. Apakan daya. Kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan.

Catat Ulasan

3 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
errrrrr.. correction.. lom pensyarah lagi lorrrr.. tutor.. :)

it' ok.. maybe u can join lenkali..

adik ipar k yam pon tak dpt join gak.. atas urusan keje..
Kifli Bujang berkata…
It's ok Yam...doakan mereka panjang umur and you and others can sambut lagi next year ok!

p/s: I pun doakan you panjang umur...
Maryam Elyas berkata…
Hi Kifli Bujang.
Wow surprise you pun baca blog I. Hahaha.
Thanks doakan I dan keluarga I panjang umur. Same to you too.