Tip Jodoh 7 - Calon Jodoh Kiriman Keluarga :-)





Cakap soal jodoh, ya memang time memuda dulu Cik Yam terlepas pandang. Time tu kerja sebagai wartawan di majalah Jelita kat KL, bukan Karangkraf. Kat Jelita, peluang nak dihantar buat liputan tu tinggi sebab staff tak seramai di Karangkraf. Time tu Cik Yam dapat pergi Thailand, Jakarta, Bandung dan Korea Selatan. Kalau dalam negara pulak, Cik Yam pergi Hutan Belum, Pulau Redang, Pulau Langkawi, Sabah, Perak, Kedah eh banyaklah.
.
So, sibuk kerja, enjoy life sampai lupa lom kahwin.
.
Salah satu ikhtiar untuk berjodoh, Cik Yam serahkan pada orang tua untuk carikan. So, adalah beberapa calon yang diperkenalkan. Ada orang macam ni, ada orang macam tu.
.
Korang tahu tak, antara kebaikan calon yang diperkenalkan oleh orang tua adalah mereka lebih utamakan latar belakang keluarga calon jodoh tu. So korang tak yah susah-susah nak risik-risik. Dah tentu keluarga si calon tu mak ayah kita dah kenal. Tu satu.
.
Satu lagi, selalunya bab kahwin tu lebih mudah sebab mak ayah dah tentu nak cecepat korang ni kahwin. Diorang tak nak korang lama-lama membujang. So straight to the point, kenal memang sebab nak dikahwinkan.
.
Dari sini bolehlah dikatakan hubungan korang dengan calon jodoh tu nanti ibarat bercinta selepas nikah. Yelah, korang tak kenal antara satu sama lain. Tahu-tahu diperkenalkan atas nama calon jodoh. Biasanya dalam bab ni, korang berkenalan melalui gambo je.
.
Orang tua akan bagi gambo dan dari gambo tu lah korang akan kenal muka si dia. Selebihnya, kalau nak jumpa, calon tu akan dijemput ke rumah. Kalau korang jenis huha cam Cik Yam, boleh la korang bersembang. Kalau jenis memalu, keras la korang berdua kat situ kan. Yelah, tak kenal. Nak sembang apa pun tak tahu. Hahahahahaha.
.
Macam Cik Yam dulu, dapat nombor fon. So berWhatsapp la dengan si dia. Cuba berkenalan melalui Whatsapp. Sembang apa yang perlu. Nak kenal isi hati kononnya. Tapi kadang, ada yang kat Whatsapp sembang riuh, tapi bila jumpa... err...
.
So gais, ini salah satu ikhtiar untuk korang jumpa jodoh. Jangan malu, jangan segan, minta mak ayah tolong carikan. Semoga bertemu dengan jodohnya ye. Love, Cik Yam.
.

.
#TipJodohByCikyam

Nak baca TIP JODOH sebelum ni? Klik sini.
TIP 1
TIP 2
TIP 3
TIP 4
TIP 5
TIP 6


Catat Ulasan

0 Ulasan