Tip Jodoh 3 - Niat Kena Betul Ye Dik




Hari ni Cik Yam teruskan dengan tip jodoh yang seterusnya. Sebelum ni dah dua tip Cik Yam bagi. Korang boleh baca kat sini. 

TIP JODOH 2

Selepas usia dah masuk 35 tahun, memang ada rasa resah gelisah kenapa belum berjumpa jodoh lagi. Tertanya-tanya apa dosa, apa lagi ikhtiar yang aku kena buat. Macam-macam. 
.
Antara yang Cik Yam buat sebagai ikhtiar jodoh adalah tiap kali kaki melangkah keluar rumah, niat nak bertemu jodoh yang baik-baik. Kita tak tahu jodoh kita ada kat mana. Kadang kita susah payah cari kat setiap pelosok yang jauh-jauh, padahal jodoh ada je kat tepi rumah. Jiranku, suamiku kekdahnye.
.

.
Yang penting keterbukaan. Jangan silap pulak ye. Keterbukaan ni bukan menerima tanpa usul periksa. Bukan semberono. Tapi terbuka nak terima seseorang tu seadanya dia sebagaimana mudah-mudahan dia juga menerima kita seadanya kita. Bak kata orang tu, saling melengkapi.
.
So, pasni tiap kali kuar rumah nak gi ngepos barang niaga ke, nak gi kedai ke, niat je sahaja aku keluar rumah untuk mencari rezeki dan semoga bertemu dengan bakal jodohku. Amin.
.
Opsss satu lagi. Jangan lupa senyuman di bibir. Senyum kan sedekah. Sedekah memurahkan rezeki kita. Jodoh pun salah satu rezeki kan? Nak manis lagi senyuman tu, sapu je Magic Lipstik HAUS. Semoga magic berlaku dalam hidup kita. 💙💙💋💋
.
#TipJodohByCikYam

Catat Ulasan

0 Ulasan