Tip Jodoh 6 - Ikhtiar Rawatan Alternatif



Selain berfikiran positif, hati terbuka dan berpenampilan menarik, ada jugak tip jodoh lain yang Cik Yam ikhtiarkan. Yang ni lain sikit tau. Korang kena baca dengan fikiran matang tanpa prasangka.
.
Siapa sini yang asyik rasa susah nak suka dengan orang? Susah nak feel in love, susah nak rasa tertarik waima lelaki yang cuba mendekati tu ensem cam retis, kerja elok, mak ayah baik. Mungkin tip ni sesuai dengan korang.
.
Masa buat majalah MIDI (2009-2014), Cik Yam handle ruangan Rawatan Alternatif. Banyak yang Cik Yam explore pasal rawatan alternatif. Salah satunya rawatan guna ayat al-Quran. Cik Yam interview ustaz di Gombak. Agak terkenal orangnya.
.
Lepas interview, sembang punya sembang, tersembang pasal jodoh. Ada la ustaz sebut pelalau la apa la. Benda ni macam menyusahkan seseorang tu dekat dengan jodoh.
.
Lepas bersembang, ustaz scan Cik Yam. Masa tu berdebar rasa hati. Daripada wartawan, den jadi pesakit. So lepas scan, ustaz terangkan sesuatu kat Cik Yam. Ada beberapa ayat al-Quran yang ustaz bagi untuk Cik Yam amalkan.
.
Selepas beberapa lama, Cik Yam rawat sekali lagi di Darul Syifa, Bangi atas sebab untuk ikhtiar jodoh jugak.
.
Cik Yam tanya ustaz, saya ni memang ada sesuatu ke ustaz? Ustaz jawab, saya nampak masalah awak ni dah dirawat.
.
Meremang bulu roma Cik Yam. Ustaz bekalkan air yang dah dibacakan ayat al-Quran untuk Cik Yam minum.
.
Kita tak sangka kadang kita ni ada masalah lain yang kita tak nampak. Cik Yam bersyukur sesangat asbab tugas, Cik Yam jumpa ustaz dan ustaz nampak masalah Cik Yam. Cik Yam anggap kahwin lambat sebab belum ada jodoh. Rupa-rupanya... ermmmm.
.
So gais, tak salah kita ikhtiar untuk jodoh kita. Jangan ingat pompuan gemuk tak berapa nak cutting retis dan berwajah pan asian ni takde yang menaruh hati dari kejauhan tau. Kita ikhtiar, Allah yang tentukan. Semoga bertemu dengan jodoh kalian.
.
Dah 6 tip jodoh Cik Yam bagi. Nak tip jodoh lagi ke? Ke cukup dah?
.

.
Nak baca TIP JODOH sebelum ni? Klik link di bawah tau.

Catat Ulasan

0 Ulasan