Berpantang Lagi Selepas Hampir Setahun Caesar




Korang percaya tak, orang bersalin czer tetap boleh kena bentan walaupun dah nak dekat setahun tempoh czer tu.
.
Cik Yam pun baru ni percaya sebab ingatkan dah nak setahun, badan ni dah ðŸ’ª.
.
Ini kisah September 2018 yang lalu. Dah nak setahun dah. Time tu, balik kerja je terus kemas rumah yang macam kapal pecah disebabkan proses pasang tiles yang gelembung dan pecah.
.
Angkat meja la, kerusi la, bakul isi kain la. Siap angkat rumah playground tu ha. Malam tu tak rasa lagi badan ni. Tapi pagi Jumaat tu rasa sakit kat perut tempat czer tu. Badan pun dah start rasa seram sejuk.
.
Jumaat tu keje macam biasa. Keja wartawan ni ada kala susah nak cuti. Balik keje memang rasa flat sungguh. Nak bangun susah, perut rasa sakit bila nak bangun. Tak boleh duduk bawah dah.
.
Pagi Sabtu, proses pasang tiles masih ada lagi. Kat tempat nak pasang tu ada rak kasut. Berat rak kasut tu entah kayu apa entah. So Cik yam dengan encik suami pun angkat la nak memudahkan kerja.
.
Hasilnya, kaki dah naik sejuk, badan suam-suam dedar nak demam plus dengan sakit kat tempat czer ni. Badan rasa gigil-gigil gitu. Cik Yam baru sedar yang Cik Yam ni sebenarnya bentan sebab angkat barang berat-berat.
.
So, yang bersalin czer tu, janganlah ingat korang dah sihat walau dah nak setahun perut tu kena belah. Luar memang nampak OK. Yang dalam tu takde sapa tahu.
.
Selamat berpantang kali ke-3. Hahahaha. Pakai stoking la kita ye... 
.
Alhamdulillah Cik Yam cepat sembut lepas amalkan jus Postmamma. Jus yang sedap dan boleh bantu rawat dalaman.
.
Cik Yam ada buat posting kat facebook tahun lepas. Posting tu dapat lebih 1K share kat facebook. Kalau korang nak baca, bolehlah pergi ke sana. Nah, Cik Yam bagi link ye.
.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2161804574099798&set=a.1641556859457908&type=3&theater

Mungkin korang suka artikel ni.

Catat Ulasan

0 Ulasan