Iklan Nuffnang

Jumaat, 15 Januari 2010

Selamat Hari jadi 2010 Untuk Jiha

Happy birthday!!!!!!!
Si cantik manis dalam gambar di sebelah ini ialah adik aku yang kelima tapi kalau adik-beradik dia yang keenamlah. Dalam ramai-ramai adik-beradik aku, dia ni yang paling tinggi. Atiq pun kalah. Tahun ni Jiha belajar dalam tingkatan 3 di MRSM Pontian. Dah nak PMR dah. Dah besar kau rupa-rupanya Jiha....
Bersempena hari jadi Jiha ni, Kak Yam doakan supaya semakin matang. Udah-udahlah macam budak-budak. Belajar rajin-rajin dan jangan lupa bersiap sedia untuk peperiksaan yang bakal mendatang.

Isnin, 4 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010

HARI ini ialah 4 Januari 2010. Sudah terlewat empat hari untuk aku mengucapkan selamat tahun baru. Nampaknya usia aku meningkat satu angka lagi menjadikan 33 tahun bagi kali ini. Oh mak oiiii.... sudah 33 tahun aku hidup di dunia ini. Pejam celik, pejam celik dah 33 tahun hidup kat dunia ni. Cepat sungguh masa berlalu. Dari sekolah tadika di Sembawang, Singapura, aku melangkah ke Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting dari darjah satu sampai darjah enam. Kemudian mengambil SRP dan SPM di Sekolah Menengah Dato' Abdul Rahman Yassin, Tampoi Johor Bahru. Selepas itu sambung pula STPM di Maktab Sultan Abu Bakar atau English College Johor Bahru. Kemudian sambung ijazah sarjana muda di UiTM Shah Alam, Selangor. Itu dari segi pendidikan. Kalau dari segi kerjaya pula, aku memulakan kerjaya sebagai guru sandaran. Diam tak diam dah tiga sekolah aku mengajar iaitu di SMK Taman Johor Jaya 1, SMK Manek Urai dan SK Taman Johor Jaya 3. Kerjaya kewartawanan pula aku mulakan di Majalah Jelita di Berita Publishing Sdn Bhd, kemudian di Majalah MIDI di Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd. Dari segi apa lagi ya? Erm... kehidupan masih lagi bujang, belum ada apa-apa kejayaan sebagai isteri. Hahaha. Pun begitu aku bahagia bersama mama, abah dan adik-adik yang kerenahnya sangat pelbagai.