Iklan Nuffnang

Ahad, 27 Jun 2010

Ayam Masak Lemak Cili Api

AHAD, hari bersantai merehatkan badan walaupun sebenarnya takdelah rehat sangat. Teman Suzi pergi melawat pameran MIHAS di Matrade. Aku pun sambil menyelam minum air; beli sedikit barangan makanan dan juga ambil contact untuk buat ruangan Produk Makanan. Besar juga pameran tu. Balik dari Matrade, singgah di pasar raya halal Metamorf untuk beli barang nak masak. Ketika duit gaji semakin menyusut, saki-baki gaji yang ada dicatu sebaik mungkin supaya cukup untuk sampai kepada gaji akan datang. Masak sendiri lebih jimat daripada beli. Hehe. Lagipun hari ni kan hari cuti. Kalau hari bekerja memang tak laratlah nak memasak. Masuk kedai, selera rasa nak makan ayam masak lemak cili api. Jadi belilah barang yang patut. Ayam RM11.40 dan rempah-ratus yang lain lebih kurang RM12. Sedang elok. Lihatlah hasilnya:

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:
Ayam
Bawang putih
Bawang merah
Cili api
Cili besar
Serai
Lengkuas
Daun kunyit
Kunyit
Santan
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Kisar bawang, cili api, serai, kunyit dan lengkuas.
2. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan ayam dan biarkan sekejap.
4. Masukkan santan dan garam.
5. Ikat daun kunyit dan masukkan ke dalam periuk.
6. Potong cili besar dan masukkan. Biarkan mendidih.

5 ulasan:

Jamak Aton Habi Mahmood berkata...

sedapp plak ayam lemak

Mariam Elias berkata...

Hehe. Ala Ton, ko lagi terer memasak. Ini resipi orang bujang Ton. Kalau ko masak lagi lengkap bahan-bahan dia kan? Betul tak?

Rashidah Ibrahim berkata...

Eh cik yam, hari tutup, tak dapat baca... sekarang dah buka balik dah? okeylah tu.

Ibu kami berkata...

xpenah try lak ayam masak lemak, since tgk resepi k.yam ni cam menarik lak.. nk try le nnti.. thx 4 d recipe :)

Mariam Elias berkata...

Lina, senang-senang nanti try la masak. Taoi jgn letak cili api byk sgt. Kesian lak kat hero dan princes comel tue...