Iklan Nuffnang

Rabu, 19 Mei 2010

Walau Penat, Aiskrim Tetap Kubuat Jua...

HARI ni nak cerita pasal malam tadi. Balik kerja dalam jam 8.30 malam gitu. Tinggal kereta Suzi kat pejabat dan balik dengan kereta Anis. Kereta aku masih tersadai di Bandar Seri Putra. Entah bila nak kujenguk. Belum ada masa lagi. Kesian Kancil... dengar cerita dah kong baterinya walau baru sebulan aku tukar bateri baru. Lama sangat tak hidupkan enjin.
Sampai rumah terus mandi. Kemudian aku ke dapur tengok aiskrim buatan sendiri dan semakin sikit. Jeruk pelam yang mak Suzi bagi dari Kelantan masih ada banyak lagi. Orang Kelantan panggil jeruk pauh. Aku pun apa lagi, bersemangat terus buat aiskrim jeruk pelam tu. Dapat banyaklah jugak dalam lebih kurang 25 batang. Sedap aiskrim ni. Takde di tempat lain, hanya kat rumah aku je. Nak tahu macam mana buat? Aku bagi resipi ye... tapi mana nak dapat lagi aiskrim ni sebab jeruk pelam kalau nak beli mahal wooo. Pakai timbang. Berat 100 gram harga dah RM1.70. Sekilo RM17. Erm... kena tunggu musim pelam berbuah le nampaknya pastu tunggu mak Suzi buat jeruk.
Aiskrim Jeruk Pelam
Bahan-bahan:
1 mangkuk jeruk pelam (dikisar halus)
1 liter air masak
8 hingga 10 sudu gula pasir
1/2 mangkuk jeruk pelam
Cara membuat:
1. Kisar jeruk pelam bersama air dan gula pasir sehingga betul-betul halus.
2. Masukkan jeruk pelam ke dalam sarung plastik.
3. Masukkan bahan kisar tadi.
4. Ikat kemas dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk dibekukan.
5. Nak sedap lagi masukkan asam boi. Tapi aku takde stok asam boi...

4 ulasan:

Jamak Aton Habi Mahmood berkata...

mcm sedapppp jer hehehhe

Mariam Elias berkata...

Aton, selamat mengunjungi blog aku kembali. Heheh, sedap la aiskrim tu Ton. Masam-masam manis. Aku rajin buat aiskrim mcm tu. Kadang2 Milo, kadang2 asam boi, kadang2 coklat. Tengok kepada keadaan dan stok yang ada.

Ibu kami berkata...

kak yam, 1st time dengor aiskrem jeruk tu, tp cam best je harus cuba.. sama le kt umah tu bila ada freetime wat gak aiskrem mesia tp most of d time x sempat keras tu 3 abdul dh kebas.. adehhh ;(
hehe

Mariam Elias berkata...

Lina, ha kan dah bitau kan, aiskrim tu memang ada kat rumah kakyam je. Kira mcm resipi ciptaan sendiri ar. Hehehe. Banyak sangat jeruk tu kat rumah. So buatlah aiskrim sebab tak larat nak makan mcm tu je. Try la...