DAH dua kali aku ke Jalan TAR nak beli novel Lagenda Budak Setan karya Ahadiat Akashah. Malam tadi kemuncaknya aku pergi ke KL Sentral untuk cari novel ni di kedai buku di sana. Hampa juga. Malam Isnin hari tu pun aku cari novel ni di Suria KLCC pun hampa juga. Semalam aku call beberapa MPH di sekitar Shah Alam dan Subang, yang ada cuma di Subang Summit. Susahlah pula nak pergi. Akhirnya malam tadi aku surf internet dan jumpa laman web Roket Kertas Sdn Bhd yang terbitkan novel ni. Aku
call dia dan hari ni dia
call aku nak jumpa nak serah buku ni kat aku. Kitorang jumpa di depan 7 Eleven. Dapatlah novel ni. Tapi yang lagi dua novel sambungan iaitu Katerina dan Kasyah takde. Semua stok dah dihantar ke kedai buku, katanya. Jadi kalau nak kenalah beli di kedai buku. Aku rasa ini semua penangan filem adaptasi novel ni Lagenda Budak Setan lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani. Disebabkan filem ni, maka orang kembali mengimbau kenangan zaman dulu-dulu. Samalah macam aku. Disebabkan filem ni, aku kembali menjajau mencari novel ni (yang dulu pernah aku miliki tapi lesap dipinjam tak dipulangkan). Aku baca novel ni masa aku muda-muda dulu. Dah lupa jalan ceritanya. OK... nak tenggelam jap baca novel ni. Hahaha, novel Cinta Sang Ratu tak habis baca, dah nak baca novel ni pulak.... adui. ---> Teringat Farid Kamil pakai baju kurung lengkap bertudung pergi kelas masa kitorang sama-sama belajar kat UiTM dulu. Katanya nak sahut cabaran seseorang yang mencabarnya hayati watak apa entah. Aku pun dah lupa. Ko memang best Farid!
4 Ulasan
nnti jgn lupa kasik sinopsis cite ye? :)