Gambar Langkawi, Hari Pertama

JUMAAT 10 Julai, jam 8.30 malam aku dan ahli rombongan pembaca Jelita serta Anjung Seri berkumpul di pejabat Berita Publishing Sdn Bhd untuk memulakan perjalanan ke Pulau Langkawi. Kami menaiki bas yang tidak berapa menarik. Namun aku reda dengan keadaan. Tak apalah, yang penting aku dapat bersuka ria buat kali terakhir dengan pembaca Jelita. Wajah mereka semua dekat di hatiku kerana asyik-asyik muka yang sama menyertai aktiviti yang diadakan oleh Jelita. Bas bergerak lalu berhenti di Stesen Kereta Api yang lama. Kata Syasyiela, bas berhenti untuk minum malam dan untuk ke tandas. Rupa-rupanya gimik sahaja kerana kami semua berpeluang menaiki bas baru daripada Plusliner iaitu Plusliner Extreme. Bas ini bermuatan 72 penumpang, dua tingkat dan ada pelbagai ciri keselamatan serta keselesaan. Aku, Suzi, Anis dan Razali (jurugambar) duduk di tingkat atas di barisan paling hadapan. Syok wei dapat tengok pemandangan....
1) Di hadapan bas Plusliner Extreme.
2) Suzi dan Anis membantu angkat barang dari feri ke Jeti Pulau Langkawi.

SABTU, 11 Julai jam 5.30 pagi, kami sampai di Masjid Al-Mustaqim di Kuala Perlis untuk solat Subuh. Kemudian sarapan di Restoran Mona di pekan Kuala Perlis. Kemudian naik feri dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi dengan tambang RM12.50 seorang. Perjalanan ambil masa selama 1 jam. Keadaan dalam feri ini boleh dikatakan selesa, cuma nak naik tu agak seksa jika anda bawa beg yang banyak.
Sampai sahaja di Pulau Langkawi, kami naik dua buah bas dan memulakan perjalanan menuju ke pusat pembuatan produk berasaskan gamat dan pengedar iaitu Nusantara Gamat Enterprise. Aku beli banyak ubat gamat termasuk makjun untuk pulihkan otot. Habis sampai RM55 di sini.
Selepas itu kami pergi pula ke Makam Mahsuri iaitu wanita cantik yang menjadi mangsa hukum sula akibat fitnah dan iri hati masyarakat sekampung. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di sini. Cantiknya rumah Mahsuri. Aku bergambar di sana, di sini termasuklah mengabadikan foto aku, Anis dan Suzi di piring kecil berlatarbelakangkan gambar rumah Mahsuri yang dibeli dengan harga RM10 setiap satu.
1) Aku dan Razalai di hadapan rumah Mahsuri.
2) Aku dan Suzi di tangga rumah Mahsuri.
Suzi dan Anis posing di gerai di dalam lokasi rumah Mahsuri.

Kemudian kami semula dibawa ke hotel iaitu Aseania Resort. Letih boleh tahan juga. Kami makan tengah hari dulu kemudian barulah masuk ke bilik masing-masing. Selepas mandi, kami menanti di lobi hotel untuk perjalanan seterusnya pada jam 3.30 petang petang. Namun disebabkan kesilapan maklumat aku terpaksa tidur dulu di lobi kerana perjalanan sebenarnya ialah pada jam 5 petang.
Seterusnya, kami pergi ke Idaman Suri iaitu pusat beli-belah pinggan mangkuk, coklat dan beg. Aku beli pinggan mangkuk, cawan dan teko. Aku juga beli beg kerana beg sedia ada pasti tidak muat. Bukan aku sahaja, ahli rombongan yang lain juga banyak yang beli beg kerana sudah lupa diri membeli-belah.
Makan malam kami pada malam ini ialah di Restoran Wan Thai. Makan ikan siakap, tom yam merah, telur dadar dan sayur campur. Selepas itu kami dibawa ke hotel. Bas yang dinaiki Suzi singgah ke hospital kerana ada ahli rombongan kurang sihat kerana lupa makan ubat kencing manis. Balik ke bilik, aku mandi dan lepak-lepak sambil makan jajan serta mi segera. Hahaha... seronoknya. Maaflah Zali, tak dapat ikut pergi karaoke. Penatlah.

Catat Ulasan

3 Ulasan

Ibu kami berkata…
syoknya langkawi kan? xpuas2.. kami xpenah naik bas ke sana tp kalau bas best cam k.yam naik tu mmg boleh sgt... rumah mahsuri tu masa pegi dulu tengah renovate lagi sama ngan makam dia... cantik skrg ye... nx trip kami ke sana on Oct, insyaAllah... jom k.yam gi lagi..
Maryam Elyas berkata…
Oktober? Lepas raya ek? Boleh je nak pergi tapi kena apply cuti awal sebab kakyam kan baru dapat kerja tempat baru. So kalau nak cuti panjang kenalah apply awal-awal.... heheh
Ibu kami berkata…
a'ah.. kami plan 23-25 oct.. xlama trip kali ni sbb sblm ni dh gi lama.. nk gi island hopping kali ni... jom! nanti roger2 tau.