SABTU, jam 10 pagi aku dah siapkan sarapan untuk Suzi dan Anis. Aku buat ringkas-ringkas aje. Goreng keropok lekor, popia otak-otak Kempas dan nuget ayam. Aku ada buat soto ayam tetapi Anis tak sempat nak rasa.... Dia dah nak balik. Jam 1 tengah hari, aku pergi ke rumah adik di Bandar Seri Putra. Hajatnya ialah nak hantar sedikit coklat yang aku beli di Langkawi tempoh hari. Sampai di sana rupa-rupanya dia ada buat makan-makan untuk kawan-kawan dia. Apa lagi... langkah kananlah nampaknya. Makan nasi lauk rendang ayam, udang, ayam goreng, sambal belacan dan sayur campur. Yum yum.... pastu ada pencuci mulut apa entah nama dia. Kata adik aku dia belajar resipi kuih tu masa dia belajar di UK dulu.
Sempat juga aku bergambar dengan anak saudara aku yang nombor dua ni, Izzah. Baru kali ini dia sudi nak bergambar dengan aku. sebelum ni jangan haraplah. Nampak je muka aku terus nangis. Kali ni siap minta aku tolong ajar mewarna.
Lepas makan, aku pergi ke Nilai 3. Beli tikar buluh untuk diletak di ruang tamu rumah aku. Lepas tu jalan-jalan lagi tengok-tengok kain ela. Berkenan pulak dengan satu kain ni. Warna coklat. Belilah, Isnin nanti bagi pada Zali nak minta isteri dia jahit. Masuk kain yang ini, dah empat pasanglah aku minta isteri Zali jahit baju kurung aku. Puas hatilah dengan jahitan isteri Zali.

Izzah oh Izzah.
Baru-baru ini je dia nak 'kawan' dengan aku.
6 Ulasan
Sampai bile la anak-anak sedara nak panggil kak yam, Auntie 'ayam' ekk.. even Izzah skang ni panggil ibu dia 'Abu'.. budak baru belajar nak ckp.. camtu la kot.. so for the time being kenalah terima panggilan auntie 'ayam' dengan hati terbuka ye.. :)