Jalan-jalan di Nilai 3

SABTU, jam 10 pagi aku dah siapkan sarapan untuk Suzi dan Anis. Aku buat ringkas-ringkas aje. Goreng keropok lekor, popia otak-otak Kempas dan nuget ayam. Aku ada buat soto ayam tetapi Anis tak sempat nak rasa.... Dia dah nak balik. Jam 1 tengah hari, aku pergi ke rumah adik di Bandar Seri Putra. Hajatnya ialah nak hantar sedikit coklat yang aku beli di Langkawi tempoh hari. Sampai di sana rupa-rupanya dia ada buat makan-makan untuk kawan-kawan dia. Apa lagi... langkah kananlah nampaknya. Makan nasi lauk rendang ayam, udang, ayam goreng, sambal belacan dan sayur campur. Yum yum.... pastu ada pencuci mulut apa entah nama dia. Kata adik aku dia belajar resipi kuih tu masa dia belajar di UK dulu.
Sempat juga aku bergambar dengan anak saudara aku yang nombor dua ni, Izzah. Baru kali ini dia sudi nak bergambar dengan aku. sebelum ni jangan haraplah. Nampak je muka aku terus nangis. Kali ni siap minta aku tolong ajar mewarna.
Lepas makan, aku pergi ke Nilai 3. Beli tikar buluh untuk diletak di ruang tamu rumah aku. Lepas tu jalan-jalan lagi tengok-tengok kain ela. Berkenan pulak dengan satu kain ni. Warna coklat. Belilah, Isnin nanti bagi pada Zali nak minta isteri dia jahit. Masuk kain yang ini, dah empat pasanglah aku minta isteri Zali jahit baju kurung aku. Puas hatilah dengan jahitan isteri Zali.

Izzah oh Izzah.

Beramah mesra dengan anak saudara aku yang kedua, Izzah.
Baru-baru ini je dia nak 'kawan' dengan aku.


Izzah ni memang suka bergambar.


Antie Ayam, ajar Izzah colour please...


Macam sama pulak muka kami ni, kan?


Inilah tikar buluh yang aku beli di Nilai 3.

Catat Ulasan

6 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Nama dessert tu trifle.. :)
Sampai bile la anak-anak sedara nak panggil kak yam, Auntie 'ayam' ekk.. even Izzah skang ni panggil ibu dia 'Abu'.. budak baru belajar nak ckp.. camtu la kot.. so for the time being kenalah terima panggilan auntie 'ayam' dengan hati terbuka ye.. :)
rynas berkata…
haruslah ruang tamu bertikar baru bleh lah ajak puan rynas lunch kat umahmu itu
chocinmybox berkata…
chomelnye...anak buah uol...erm thnks k yam n k suzi cuz menyediakan bekfes pagi tu.wa inagt nak kirim tikar kat lu,tapi susan kate kete die tak muat.huhu.takpe..takpe..nanti wa pun nak rembat satu.hahaha
suziey berkata…
eh uols anis serius ke nak tikar buluh tuh. wa ingat lu memain je..aduiyai...nanti bebila kita p lagi ek. sebba kekwat nak beli lagi cuz yg nih belang-belang mcm silau plak mata...hahahahaha
MummySuri berkata…
wah, nih dah ke nilai 3 mesti tengok2 barang kawen skali ye ta??? tak lama lagi la tu....
Maryam Elyas berkata…
Ewah-ewah.... sesedap je cakap ek. Kita gi NIlai 3 sebab dekat dengan rumah adik kita la. Beli tikar je.... bukan beli bunga telur, langsir atau dulang hantaran cik suri oiiii......