Anak Kena Impetigo, Kudis Kering Dalam Tempoh 10 Hari

 


Kali ni CikYam nak share sendiri pengalaman pakai Sabun Super Sensitive Beauty Soap ni. Pengalaman mahal ni sebab memang benar-benar terjadi dan tengok depan mata macam mana ruam berkudis tu makin lama makin elok.

IMPETIGO BUKAN MASALAH KULIT BIASA-BIASA, KENA PANTAU RASA GATAL

Umur dah fosiris, baru tahu pasal impetigo. Itu pun sebab anak kena. Kalau tak kena, mungkin sampai ke sudah, CikYam tak tahu.

25 Jun lepas, CikYam balik dari opis, nampak Salma jalan terjengket-jengket. Terus tanya suami. Apasal Salma jalan macam tu? Suami kata, tadi siang tergaru-garu. Gatal katanya. Garu sampai berdarah.

CikYam ambik endah tak endah je. Sebab Salma memang ada excema tapi tahap mild je. So kalau cuaca panas, memang dia akan menggaru.

Esoknya, bila bangun tido, sekali tengok, tempat dia garu tu, dah jadi teruk! Teruk sangat! Ni dah bukan ruam ni. Ni dah jadi kudis. Teruk giler!

CikYam terkejut beruk. Takkan la ruam boleh bertukar jadi kudis yang teruk macam ni?

Mujur la ada adik keje kat SunMed. So dia tolong tanyakan kat doktor pakar. Doktor tengok gambo yang CikYam send. Doktor kata impetigo.

Sebelum pegi klinik, CikYam mandikan Salma guna sabun sensitif. Alhamdulillah, dia dah tak menggaru. Katanya dah tak gatal.

Bawak Salma gi klinik. Doktor bagi ubat sapu, antibiotik, ubat syrup untuk elergik.

ASAL CUMA BIJI BERAIR JE

Impetigo ni dia asalnya bijik kecik yang ada air dalam bijik tu. Gatal yakmat. Tu yang sedap menggaru tu. Tapi natijahnya, gatal satu badan. Lepas tu bila dah garu, confirm berdarah pedih weh.

Boleh bayang tak macam mana Salma menanggung pedih luka berdarah yang jadi kudis tu? Dahlah kena kat pelipat kaki belakang lutut. Memang daripada aktif terus tak aktif dah sebab sakit nak berjalan. Nak duduk pun sakit. Meniarap ke la kejenye. CikYam tengok kudis dia, luluh hati dan naluri keibuan iols tau! 😭

APA NAK BUAT?

Kita kena pastikan anak tak menggaru. So nak tak nak kena kasi hilang rasa gatal tu.

Bila nak bagi hilang gatal, CikYam terus teringat sabun sensitif Haus. Sabun ni dibuat untuk kulit super sensitif. So sesuai sangat la untuk impetigo ni. Masa gi klinik pun, CikYam cakap kat doktor yang CikYam sapu sabun ada shea butter ni. Then anak tak menggaru dah. Doktor kata good!

Inilah sabunnya.

Satu lagi, jangan basuh campur baju anak yang kena impetigo ni dengan baju kita. Asingkan.

Bab asing baju, ok fine. Bab nak asingkan daripada main sesama dengan adik, oh susah sangat. So, Ammar pun dapat sebijik dua bijik air tu. Alhamdulillah mandikan dengan sabun sensitif ni dan sapu ubat doktor bagi kat Salma tu, lenyap bijik air tu.

Now, dah dua minggu, Salma makin OK kulit dia. Antibiotik pun dah habis. Kudis dah makin OK. Esok Salma ada appoitment kat klinik. Doktor nak tengok kulit dia.

Alhamdulillah sabun sensitif Haus ni memang sangat bagus untuk hilangkan rasa gatal. Walaupun agak keras regenya tapi SANGAT SANGAT SANGAT BERBALOI.

Ingat senang ke nak hilangkan rasa gatal? Budak kalau rasa gatal dia bukan kira nanti makin merebak atau tak. Yang dia tahu, gatal-garu. Sabun ni sangat berkesan hilangkan rasa gatal dan Salma tak menggaru. Asbab impetigo dia mudah nak elok di samping consume ubat yang doktor bagi ❤️

Inilah hasilnya. Dengan izin Allah. Asbab pakai sabun ni, kudis yang merah-merah tu makin lama makin kering. Tak gatal.


INFO PASAL SABUN

Bahan premium dalam sabun ni.

Ini manfaat sabun tu.

HARGA SANGAT ISTIMEWA!

Sabun yang sangat bermanfaat ni, cuma RM55 sahaja seketul 50 gram. 
Beli 2 ketul, percuma postage. COD area Shah Alam.

Ada masalah impetigo atau masalah kulit lain? Jom try sabun Super Sensitive ni. Ada halal dan bahan-bahannya premium. Klik sini (Nak Order)

Sumber fb Maryam Elyas

Catat Ulasan

0 Ulasan