4 Tip Power Jadi Queen Control Tapi Suami Tak Sakit Hati




Selama jadi bini orang ni kan, CikYam rasa memang CikYam lebih dominan berbanding Mr Mama. Banyak keputusan, CikYam yang buat. Senang cakap, Mr Mama banyak "I follow" je. Kadang tu takut gak dikatakan Queen Control. Yelah, bimbang Mr Mama sakit hati. Biasa la lelaki kan ada ego.

Tapi sepanjang tempoh kahwin ni, CikYam amalkan 4 perkara ni supaya tak nampak Queen Control sangat. Ye, memang la hakikatnya ekonomi rumahtangga ni CikYam yang pegang tapi itu tak bermaksud CikYam dah jadi ketua keluarga. Dengan 4 perkara ni, CikYam tetap jadi Queen Control tapi Mr Mama tak rasa sakit hati pun. Kan abang kan? 😆

CikYam nak share pengalaman sendiri. Manalah tahu bermanfaat untuk isteri yang lebih dominan berbanding suami dalam rumahtangga. Macam mana dominan pun kita, suami tetap King. Kita ni Queen je. 

SELALU BINCANG, MINTAK PENDAPAT & BUAT KEPUTUSAN SESAMA


Bila dah jadi isteri dominan ni, jangan la buat macam suami tak wujud. Lelagi time nak buat keputusan. Walaupun memang banyak keputusan CikYam yang buat, tapi time nak buat keputusan tu, buat-buat la tanya suami. Mintak pendapat dia, mintak dia bagi idea. Boleh jugak bantu kita buat keputusan.

Daripada sekecik-kecik perkara misalnya esok nak makan apa CikYam akan tanya. Sampailah sebesar-besar isu misalnya tahun ni nak balik raya Johor lagi, boleh ke tidak, pun CikYam akan amalkan toleransi dengan berbincang hati ke hati. Sama la jugak masa nak buat biz Haus Cosmetics ni. Dah terangkan kat Mr Mama kebizian buat biz online ni. Ngadap fon, ngadap laptop. So dia faham.

Boleh je bincang depan-depan ataupun bincang kat telegram. Tak kisah bincang kat mana, asalkan sampai objektif untuk CikYam sebagai isteri Queen Control ni untuk elak membelakangkan suami dalan membuat keputusan.

BAHAGI TUGAS


Macam CikYam, kos sara hidup keluarga CikYam adalah penyumbang utama. So, CikYam taknaklah 'menyumbang' kat semua perkara daripada hal kewangan sampailah hal buat kerja rumah. Janganlah semua kerja kita nak buat sendiri. Kita kena bahagikan kerja rumah supaya nampak suami pun diperlukan dalam rumah.

Benda ni penting supaya suami rasa diperlukan dan ada jugak benda yang kita kena mintak tolong dia. Nampak benda ni simple tapi sebenarnya sangat penting. Walaupun kerja tu kita pun boleh buat tapi tolonglah bahagikan kerja tu. Kadang mintak tolong poskan parcel, cod kan order kastemer.

Macam CikYam, hal ehwal kereta memang CikYam dah bagi terus kat Mr Mama. Sejak kahwin, takde maknanya CikYam nak gi bengkel servis kereta, isi minyak kereta, pam tayar kereta. Padahal masa bujang OK je gi bengkel servis kete bagai. Selain hal kereta, bab buang sampah, vakum rumah, lipat kain, basuh toilet, beli barang dapur, tu semua kerja Mr Mama. So Mr Mama dah tahu itu semua tanggungjawab dia. 

SURUH TAPI MACAM MINTAK TOLONG


Orang lelaki ni, ada yang jenis kalau kita tak cakap, dia tak tahu. Kadang, cakap sekali tak ingat, so kena cakap banyak kali. Jadi, kita kenalah selalu cakap dan ayat tu kena pandai adjust. Sifirnya adalah menyuruh tapi tak nampak menyuruh. Ala-ala sifir buat copywriting bisnes. Ayat menjual tapi tak nampak menjual, softsell gittew.

Masa awal-awal kahwin dulu, macam segan gak nak menyuruh. Kang nampak macam Queen Control lak kan? Gunalah ayat, abang, boleh tak tolong sidaikan kain? Abang, boleh tak lepas makan nanti abang tolong basuhkan periuk tu sekali? Abang, nanti nak tidur boleh tak tolong urutkan kaki? Abang, esok nak pakai tudung dengan blaus merah. Ada atas iron board. Boleh tak tolong ironkan? Perkataan TOLONG tu sangat mujarab. Disertai dengan puji-pujian.

Contoh CikYam bagi. Abang, nanti lepas sidai kain tolong basuhkan periuk tu ye. Hari tu abang basuh kemain kilat. Macam mana abang buat? Pandai la abang kilatkan periuk. Haaa gittew. 

BERSYUKUR DAN HARGAI


Satu lagi tip power nak elak suami sakit hati dengan kekuasaan kita sebagai isteri Queen Control adalah kita kena hargai dia. Siapa lagi nak hargai suami kalau bukan kita, kan? Takkan nak suruh Peah Anak Dara Belakang Rumah yang hargai pulak.

Mr Mama ni dahlah OKU. So bila dia buat sesuatu tu, CikYam selalu akan hargai dia. Walaupun sekadar melipat baju, ucaplah terima kasih. Ni dahlah mintak tolong itu ini, sikit ucapan tengkiu pun takde. Lelaki ni sama gak macam ompompuan. Ada masa sensitif. 

So, janganlah jadi Queen Control yang menyentapkan. Jadilah Queen Control tapi laki tak sakit hati. Kita pun semakin redha menyumbang duit untuk sara hidup keluarga, suami pulak semakin OK untuk buat kerja-kerja rumah tanpa disuruh. Moga bermanfaat atas sharing pengalaman CikYam sendiri.

#SuamiMrMama
#IsteriQueenControl

Catat Ulasan

0 Ulasan