6 Bulan Bersabar, Kulit Kering Pulih Cam Retis Dah Sekarang Ni


Kalau korang kat tempat CikYam, mesti korang pun akan rasa wow sangat. Siapa yang tak happy bila apa yang kita hadap bertahun-tahun lamanya, akhirnya pulih. Kan? Betul la, bila kulit kita lebih sihat, kita akan rasa lebih yakin. So hari ni, CikYam nak cerita la sikit pasal kulit CikYam yang dah makin pulih daripada masalah kering.

SEKSANYA KULIT KERING

Ada yang kata, ala setakat kering je kot. Bukannya masalah jerawat atau jeragat. Uisyhhh kulit kering pun masalah tau. Sebabnya, CikYam sangatlah rasa terseksa dengan masalah kulit kering selama ni. Kulit kering ni, dia punya seksa tu, susah nak cerita. Kulit CikYam menggelupas, gatal, kulit tu bila dipegang kasar sangat. Lagi satu, lepas cuci muka, mesti akan rasa kulit tu menegang dan pedih. Tona pun tak sekata.

Kering sekitar hidung. Bila kering, mudah garisan muncul. 
Tengok garisan sekitar mata tu. Nampak tua giler kan?

Kulit kering sampai menggelupas terkopek-kopek tau.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, CikYam jarang sangat dah selfie. Lama dah tak selfie sebab malas nak selfie. Bukan pe, kat rumah kan tak pakai tudung. Tu yang jadi malas nak selfie tu. Tapi semalam (30 April) CikYam kena live kat instagram majalah RASA. So CikYam pun mekap la.

Ramai gak yang tengok live tu. Emak CikYam kat kampung pun tengok CikYam live tau. Bila live, memang nampak la kan kulit muka. Takde filter-filter. Eh ramai yang tegur nampak peloles. CikYam pun perasan sebenarnya. Tapi takde la perasan cantik.

Cuma CikYam perasan kulit ni kalau nak dimekap, senang sangat. Senang nampak cantik. Tak macam dulu. Kalau mekap tu, nampak menggelupas. Pakai bedak pun tak cantik sebab menggelupas akibat kulit kering. Sesungguhnya CikYam istikhomah. Biar slow, namun hasilnya tak menyakitkan. Kulit tak breakout. Sebab tu CikYam tak kisah. CikYam tak peduli dan tak pernah teringin nak pakai skincare atau mekap yang bagi janji palsu. Janji bombastik. Pakai hari ini, esok confirm cantik.

MULAKAN DENGAN OIL SERUM CALENDULA

CikYam istikhomah pakai serum pada awalnya untuk bantu masalah kulit kering mama yang teruk ni. Menggelupas dan terkopek. CikYam takut nak sentuh foundation. Sebab kalau pakai pun bukan makin cantik. Makin teruk.



Serum calendula ni SANGAT BEST untuk masalah kulit kering macam CikYam. Dia bantu lembapkan kulit. Serius best. CikYam tak pernah pakai serum. Bila kenal Haus Cosmetics, inilah produk pertama yang CikYam pakai. Serum ni tak pedihkan kulit pun.

Masa memula pakai, CikYam tak letak harapan tinggi pun. Sebab CikYam rasa macam mustahil boleh elok kulit CikYam ni. Tapi CikYam letak kepercayaan pada founder yang buat serum ni. Beliau ni cerewet bab kualiti. So CikYam yakin takkanlah beliau nak buat produk cikai.

Cara Cikyam pakai serum ni adalah 1 kali lepas mandi pagi. CikYam letak 3 titis. Lepas tu gosok sekejap kat tapak tangan. Lepas tu sapu seluruh kulit muka. Dia tak berminyak sangat walau namanya oil serum. Sebab minyak dalam serum ni cepat meresap. Malam sebelum tidur, CikYam sapu lagi 3 titis.

Lepas habis 2 botol serum calendula, CikYam nampak hasilnya. Kulit dah tak kering sangat. Yang menggelupas tu dah takde. Cumanya, dia masih kasar. CikYam dah rasa OK walau masih belum puas hati sepenuhnya.

CikYam try tukar, pakai oil serum Lavender. Uisyhhhh kulit CikYam tak sesuai dengan serum tu. May be kesannya kuat sangat so kulit CikYam terkejut. Sebab oil serum lavender tu khas untuk kulit yang breakout. So CikYam kembali setia dengan Oil Serum Calendula.

TAMBAH CREAM MOISTURISER


Lepas kulit dah tak berapa kering, CikYam tambah satu lagi regim skincare CikYam. CikYam start pakai cream moisturiser. Lepas dua minggu pakai moisturiser, CikYam dapat rasa kulit tambah lembut. Ini bff CikYam sekarang. Lepas sapu serum, CikYam sapu cream pelembap ni.

Kulit kering wajib pakai pelembap. Lepas solat, selalunya CikYam tak sapu serum. CikYam sapu ni je. Tak melekit. Krim pelembap khas untuk orang kulit kering. Pelembap jenis gel pula untuk orang kulit berminyak dan jerawat. Haaa nampak tak bezanya?

CUBA JUGA SCRUB CLEANSER


Ketika pakai cream moisturiser, CikYam cuba juga scrub cleanser. CikYam tak pakai pencuci muka yang biasa pakai dulu. CikYam terus pakai scrub cleanser Haus Skin. Masa botol pertama, kulit CikYam macam OK iaitu kulit dah tak menggelupas namun masih kasar.

Bila masuk botol kedua, CikYam rasa kulit CikYam on dan off menggelupas. Pernah CikYam tanya kat member, kulit aku nampak kering tak? Dia kata ya. CikYam rasa, mungkin CikYam tak sesuai dengan scrub cleanser tu. Jadi CikYam teruskan je serum calendula dan juga moisturiser. OK, kulit CikYam kembali elok. Dah tak kering walau masih agak kasar. Tapi dah cukup happy.

Masa tempoh ni, CikYam dah berani pakai foundation Haus. CikYam rasa seronok sangat sebab dah boleh pakai foundation. Sebelum ni, tak berani pakai foundation sebab kulit menggelupas. Kering dan menggelupas hanya jadikan solekan tu tak cantik. Tak sempurna. Kecuali la kalau nak pakai foundation tebal seinci.

Masa ni kan, CikYam dah pakai serum hampir 4 botol dah.

BERALIH PADA SUPER SENSITIVE BEAUTY SOAP (SSBS)

Inilah rupa SSBS. Tak ensem pun sabun ni. Tapi best yakmat!

CikYam tak ingat bila, tapi sebulan yang lepas, CikYam start pakai Super Sensitive Beauty Soap. Ya Allah, menyesal tak pakai sabun ni lebih awal. Padahal sabun ni ada je kat rumah ni.

CikYam tertarik nak pakai sabun ni sebab tengok sharing seorang Master Guardian Haus, Adam namanya. Dia kata orang kulit kering sangatlah sesuai pakai SSBS sebab dalam sabun ni ada ingredient shea butter yang bantu melembapkan dan melembutkan kulit.

Tengok bahan-bahan dia. Semua best-best.


OK, CikYam nampak point kat sini. Kulit CikYam dah tak berapa kering. Tapi masih kasar. Mungkin shea butter tu boleh bantu masalah kulit kasar CikYam ni. Serum calendula tu dah bantu masalah kering. SSBS pula boleh bantu lembutkan kulit yang kasar macam kertas pasir ni.

Aduhai, memang sangat-sangat-sangat best! Serius tak tipu. Hasilnya, kulit muka CikYam sekarang lebih lembap dan lembut. Tak kasar macam kertas pasir lagi. Uwaaaaaaaaa kenapa tak pakai dari awal? Why? Why? Why?

Sabun ni CikYam potong 2. Simpan dalam bekas. Jimat giler kan?


JANGAN NAK CEPAT CANTIK

Cantik tak? Enam bulan hokey nak dapat cenggini.


Daripada kulit kering dan kusam serta kasar macam kertas pasir, CikYam sekarang ni dah happy giler dapat kulit yang lebih sihat. Kalau tak mekap, kulit CikYam takde la nampak menggelupas lagi. Bila dimekap, tambahlah cantik.

Gambar CikYam kat atas tu ofkos la nampak peloles sebab mekap dengan foundation. Sebab tu nampak lebih gebu. Mekap fungsinya untuk menutup cela. Tapi percayalah, tanpa kulit yang sihat dan cantik, takkan dapat mekap macam tu. CikYam pun bukan mekap tebal seinci. Mekap simple je. Tapi nampak cantik, kan?

Nanti CikYam tambah gambar tanpa mekap ye. Yang pasti tak macam kulit mama yang dulu.

Nasihat CikYam, jangan cepat nak nampak hasil. CikYam dapat kulit sihat ni lepas 6 BULAN IKHTIAR. Enam bulan. Bukan enam hari tau. Bukan nak kata CikYam cantik, tapi CikYam happy dapat kulit sihat dan masalah kulit kering teruk tu dah go away. Bye bye kulit kering. Love my new skin. Nangis tengok kulit sendiri hari ni. Syukur sangat dah tak bermasalah macam dulu. Alhamdulillah.

Oh, ada yang tanya, lipstik CikYam pakai tu awat lawa sangat kaler dia. Ha, ini lipmatte Haus. Kaler yang CikYam pakai ni SHEILA. RM25 jer sebatang.

Lawa-lawa kaler dia kan?


Akhir kata, jangan gelojoh nak rawat kulit. Dapatkan produk yang diyakini HALAL dan ada lab test. Produk Haus semuanya ada lab test. Jangan terus nak pakai satu set. Cuba satu demi satu dulu. Biar lambat asalkan kulit tak breakout. 

Love, CikYam.



Catat Ulasan

0 Ulasan