Lagi Tinggi Alkohol, Lagi Bagus Hand Sanitizer. Betul Ke?





Bila kes Covid-19 semakin menular, kita nampak hand sanitizer jadi femes. Semorang nak dapatkan hand sanitizer. Sampaikan kat farmasi atau kedai yang jual produk hand sanitiser, sold out. Ramai kuciwa jiwa tak dapat hand sanitizer.

Sebelum membeli, apa kriteria hand sanitizer yang kita patut tahu? Ramai yang nak dapatkan produk yang claim ada alkohol tinggi dan tinggi peratusan keberkesanan boleh basmi bakteria. Maka berduyunlah yang beli produk tu tanpa tahu betul atau tidak.

OK, ni CikYam ulas sikit apa yang pemilik kilang GIM Cosmetic merangkap founder Haus, Eiyma Jalil cakap dalam fb live beliau. 

Tonton fb live Puan Eiyma Jalil (Klik Sini)


Informasi yang betul pasal hand sanitizer

Hand sanitizer ada dua jenis iaitu:
👉Ada alkohol
👉Tanpa alkohol

Alkohol memang terbukti boleh basmi kuman. Korang tahu berapa peratus alkohol perlu digunakan untuk basmi kuman?

Ada yang kata lagi tinggi peratus alkolhol, maka lagi tinggi la keupayaannya untuk basmi kuman. Betul ke? Alkohol yang efektif nak bunuh bakteria adalah antara 60 hingga 75% alkolhol saja. Kalau 60 hingga 75 peratus je dah cukup nak basmi kuman, kenapa perlu nak letak banyak?

Hand Sanitizer (pembersih tangan) adalah cecair atau gel yang biasanya digunakan untuk mengurangkan dan membunuh bakteria dan kuman di tangan. Formulasi hand sanitizer mempunyai 2 jenis iaitu jenis yang tidak mengandungi alkohol dan juga seperti kebanyakkan di pasaran adalah yang berasaskan alkohol yang mana formula berasaskan sekurang-kurangnya 60 peratus alkohol telah terbukti mampu membunuh bakteria dan kuman sekiranya digunakan dengan langkah yang betul. Secara amnya, hand sanitizer lebih berkesan untuk membunuh mikroorganisma dan lebih baik daripada sabun dan air. - Eiyma Jalil

Dekat market ada banyak jenis alkohol dengan pelbagai gred. Alkohol yang ada di pasaran mengandungi gred 60-90 peratus. GIM pakai bahan yang ada kandungan alkohol sebanyak 96 peratus. So kalau letak 60 atau 65 peratus dalam bancuhan hand sanitiser pun dah cukup nak bunuh kuman. Namun, GIM menghasilkan Haus Sanitizer yang mengandungi 70 peratus kandungan alkohol dalam setiap botol.

Kalau anda jenis kulit sensitif dan tak pakai hand sanitiser yang ada alkohol pulak, produk tu kena jalani lab test untuk pastikan formula itu boleh bunuh kuman atau tak. Lab test akan dapat tahu kuman apa yang boleh dibasmi menggunakan produk tu.

Untuk info lanjut, anda boleh baca tulisan Eiyma Jalil di website beliau di sini

HAND SANITIZER BY HAUS PREMIUM



HAUSANITIZER- RM 50 (5 botol) + FREE DELIVERY
👉HAUSanitizer adalah produk terbaru keluaran HAUS di bawah rangkaian HAUS Premium. Mengandungi formula istimewa untuk membantu pengguna melindungi diri daripada bakteria dan kuman. 
👉Penghasilan hand sanitizer ini boleh dikatakan sebagai satu inisiatif khas pihak HAUS kepada masyarakat mengekang wabak pandemik COVID-19 oleh virus dari sejenis keluarga coronavirus.
👉Dibuat di kilang GIM Cosmetic Industries Sdn. Bhd. Staff kilang 100 peratus muslim bumiputera. Diiktiraf HALAL oleh JAKIM dan ada sijil Good Manufacturing Practice (GMP) oleh KKM.  Mengamalkan Amalan Perkilangan Baik mengikut garis panduan yang ditetapkan.
👉Mengandungi 70 peratus alkohol dan ada lab test menunjukkan Haus Sanitizer boleh  menghapuskan 99.9% bakteria dan kuman.
👉HAUSanitizer tidak mengeringkan kulit dengan penggunaan kerap kerana kandungan Aloe Vera berfungsi memberikan kelembapan yang optimum.
KKM NOTIFICATION NUMBER: NOT200304544K

Berminat untuk dapatkan HAUS SANITIZER? Klik sini 👉 (SAYA NAK HAUS SANITIZER)

Catat Ulasan

0 Ulasan