Produk Ada Notifikasi KKM Sah Selamat Ke? Korang Tolong Faham Benda Ni



Korang pernah tak bila sekodeng fb atau ig ejen yang menjual produk kosmetik, korang nampak dia tulis produk dia tu dapat kelulusan KKM atau KKM approved. Lepas tu up gambo nombor notifikasi KKM tu. Lepas tu, korang pun pakai la produk tu dengan harapan produk tu selamat dan bebas merkuri kerana korang anggap produk tu dah disahkan selamat oleh KKM. Pernah tak jadi macam ni?
.
Sebenarnya kan, korang kena tahu benda ni. Produk yang ada nombor notifikasi KKM sebenarnya bukan jaminan bahawa produk tu selamat digunakan. Sebab, sebelum dapat nombor notifikasi tu tak ada sebarang ujian pun yang dibuat oleh KKM. 
.
Notifikasi KKM tu secara mudahnya CikYam nak bagitahu kat sini adalah macam syarikat mintak kebenaran untuk memasarkan produk. Sebab kalau takde nombor notifikasi KKM tu, sesuatu produk tak boleh dipasarkan. Takkan buat produk lepas tu nak simpan bawah katil, kan? Buat produk mesti la nak jual? So salah satu syarat untuk membolehkan produk tu dipasarkan adalah dengan adanya nombor notifikasi KKM.

SENANG JE NAK DAPAT NOMBOR NOTIFIKASI NI



Bukan susah pun nak dapatkan nombor notifikasi KKM ni. Pemilik produk tu kena declare segala ingredient yang ada dalam produk tu dan beberapa fakta lain misalnya buat di mana kilangnya.

Sebelum nak dapat notifikasi KKM tu takde ujian dibuat pun. Semua ujian dibuat selepas produk tu dipasarkan. Biasanya KKM akan dapatkan produk untuk dijadikan sample dari HQ atau ejen. Kalau kantoi dalam produk tu ada bahan terlarang, so notifikasi KKM tu akan ditarik balik. Yelah, sebabnya masa mohon notifikasi dulu dalam dokumen tulis semua yang murni-murni je. Bila ujian dibuat, nan hadooooo. Gittew. So, KKM pun tarik la balik notifikasi tu yang membawa maksud, produk tu tak boleh terus dipasarkan disebabkan ada bahan terlarang.

PLEASE TAKE NOTE YE



So, kesimpulannya yang boleh CikYam bagitahu kat sini

๐Ÿ‘‰ Bila produk yang korang guna tu ada nombor NOTIFIKASI KKM, bukan bermaksud produk tu takde bahan terlarang.

๐Ÿ‘‰Notifikasi KKM tu penting untuk esok lusa kalau produk tu nak dibuat ujian secara random oleh KKM. Mudah untuk KKM tahu detail produk tu sapa punya, buat kat mana, bla bla bla. Ha gitu.

๐Ÿ‘‰ Founder atau ejen jangan perbodohkan pembeli dengan kata produk korang selamat dengan hanya ada notifikasi KKM seolah-olah produk korang tu dah lulus ujian makmal.

๐Ÿ‘‰ Jangan guna ayat LULUS KKM, KKM APPROVED dengan hanya ada bukti nombor notifikasi KKM. Sebab KKM bukan bagi kelulusan pun. KKM cuma keluarkan nombor notifikasi untuk produk. Tu jerrrr.

๐Ÿ‘‰ Tolong faham nombor notifikasi KKM tu hanyalah pemberitahuan ada buat produk dan nak pasarkan produk. Bukan pengesahan produk tu bebas bahan terlarang.

Sekian. So korang, please take note ye.

Catat Ulasan

0 Ulasan