.
Ya Allah, happy sungguh aku. Ustazah Raihanah yang juga merangkap mutawif kata aku kena tunggu 24 jam bagi pastikan betul-betul suci. Dah lebih elok kalau tahlul dibuat selepas 2 waktu solat..
So aku dah tunggu 24 jam. Subuh aku solat. Lepas zuhur aku buat umrah dan selesai umrah lepas asar. Jadi lepas asar, aku dah boleh tahlul.
.
Aku buat umrah ditemani Mr Mama. Dia yang ajar aku kat mana nak niat tawaf, kat mana nak mula tawaf, kat mana nak melambai, apa nak baca masa melambai tu dan segalanya. Dia tunjuk jalan dan berada di sisi aku. Dia ikat pinggang dengan beg dan suruh aku pegang tali beg tu, jangan lepas.
.
Masya-Allah, masa tawaf tu memang ramai sungguh manusia. Kena tolak tu perkara biasa. Ada macam-macam pesen manusia. Yang mengesot pun ada. Ada sekumpulan lelaki dan perempuan yang berganding bahu dan berjalan sambil melaungkan doa. Diorang main rempuh je. Eh, pendek kata memang macam-macam pesen.
.
Selesai tawaf, Mr Mama tarik aku keluar dari barisan tawaf tu dan kami solat sunat selesai tawaf 2 rakaat di depan Multazam. Macam-macam aku doa kat sini. Sambil bacakan doa yang dikirimkan.
.
.
Kemudian, Mr Mama bawak aku ke tempat saie. Dia terangkan macam mana nak baca niat. Ngadap kiblat, pandang kaabah. Lafaz niat dan mula di Bukit Safa.
.
Aku pun berlari-lari anak. Tapi sekejap je larat nak lari anak. Selebihnya jalan je. Boleh tahan hokey penatnya tu. Nak habiskan 7 kali pusingan dari Safa ke Marwah tu boleh tahan la jugak penat.
.
Aku tak henti zikir dan doa sepanjang perjalanan saie. Macam-macam aku doakan. Sampai bergenang-genang air mata. Salah satunya aku tak sangka, suami aku yang akan bawak aku mengerjakan umrah, dia yang tunjukkan aku satu demi satu aktiviti ibadah umrah ni kat aku. Tak sangka.
.
15 MINIT DI MUZIUM HARAMAIN, HUDAIBIYAH
.
Pagi, lepas sarapan pegi ke Muzium Haramain. Dengar cerita, ada yang dapat permit nak masuk dan ada yang gagal. Bas kami dibolehkan masuk. Tapi tak boleh lama. Cuma 15 minit je.
.
Kat sini dapat tengok sejarah kaabah, air zamzam. Banyak info. Tapi masa sangat mencemburui. . Seterusnya, kami ke Masjid Hudaibiyah untuk bermiqat di sana. Mr Mama tak niat ihram sebab dia dah buat 2 kali umrah. Kaki dia yang cacat belah kanan tu dah tak berapa kuat nak buat aktiviti umrah hari ni. 💪🏾 Tapi, tapi, tapi masa aku buat umrah, dia teman jugak. Dia ikut buat tawaf. Dia niat tawaf sunat. Masa aku saie, dia ikut jugak saie. Sayang jugak awak kat saya kan. 💜
.
0 Ulasan