22 Disember 2019, hari kedua aku dan Mr Mama di Mekah.
.
Selepas sarapan, aku dan suami check in dalam bilik. Hotel Mira Ajyad. Lebih kurang 130 meter dari Masjidil Haram atau 7 minit jalan kaki.
.
.
.
Lepas solat Subuh dalam bilik hotel, Mr Mama gi tunaikan umrah. Aku? Dalam bilik je sebab uzur. Uwaaaaa. . Mr Mama balik ke bilik dah siap tahlul. Bercukur satu kepala. Selesai sudah umrah wajib dia.
.
.
.
Kemudian pegi lunch. Sarapan tadi pagi makan kari kambing. Lunch ni ada sup kambing. Fuhhhhhh puas makan kambing.
.
.
.
.Bila sembang dengan Mr Mama, apa perasaan kali pertama nampak kaabah? Dia jawab tak tergambar perasaan tu. Susah nak citer dan hanya air mata jadi perantara. Besar sungguh kan makna Rumah Allah ni. Mampu buat diri tersentuh tak terucap. Tak sabar untuk aku pulak tengok kaabah.
.
Hari ni aku pakai blaus labuh yang Kak Awie Manik hadiahkan untuk aku. Selesa sesangat. Sesiapa nak gi umrah atau haji, nak blaus labuh yang boleh dipakai dengan seluar bercerut di kaki, boleh tempah dengan Awie Manik. Paling penting, baju ni memang ngam sangat untuk orang plus size cam aku ni. Susah weh nak dapat blaus selesa dipakai especially kat bahagian lengan, punggung dan perut. Payah nak eksplen tapi memang serius selesa. Lepas pakai, basuh, gantung je kat bilik air. Esok leh pakai lagi. Aku amik bilik berdua, bolehlah basuh baju sesukati aku. Kahkahkah.
.
.
Selesa sangat pakai blaus labuh ni tau!
.Jam 5 petang, bergerak ke Muszdalifah untuk bersama Pengerusi Zahafiz Travel, Dato Seri Zainal Abidin Yusof. Majlis kecil diadakan untuk meraikan jemaah Zahafiz terutamanya OKU yang dibawa bersama. Kami solat, bertahlil dan berdoa kesyukuran. Alhamdulillah, 6 orang OKU dapat lagi hadiah di Tanah suci ni. Rezeki Allah tak pernah salah alamat, kan?
.
.
.
.
0 Ulasan