Tak tau nak cakap macam mana. Tapi, tapi, tapi, aku jadi tetamu Allah hari ni. Masuk je flight, dengar alunan Talbiah, terus sayu hati.
.
.
.
.
.
Flight jam 7 malam, delay kepada jam 8.20 malam waktu Malaysia.
.
.
Alhamdulillah touch down Jeddah jam 1 pagi (jam 6 pagi waktu Malaysia). Selesai urusan imigresen dan ambik beg bagai, naik bas dan tiba di Mekah jam 4.30 pagi (9.30 pagi waktu Malaysia).
.
Masa bertalbiah dalam bas, sayu giler rasa. Aku rasa macam seorang pendosa yang kerdil sungguh. Tak tau nak kata, macam tak layak je jadi tetamu Allah. Allahu. Meleleh air mata bertalbiah.
.
Kalau kita fahami maksud talbiah tu, lagilah sayu.
.
"Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.".
Kami dalam bas bertalbiah beramai-ramai.
.
Flight aku terus ke Jeddah dan kami terus masuk Mekah. Jadi kami niat umrah di atas kapal terbang sebaik saja melintasi kawasan miqat Qarnul Manazil. Mr Mama dan jemaah lelaki yang lain memang dah siap-siap pakai ihram di KLIA lagi.
.
Tarikh 21 Disember 2019 pastinya tersemat dalam jiwa sebagai tarikh yang amat bermakna dalam hidup aku.
0 Ulasan