UMRAH DAY 3 - Ziarah Kenang Sejarah Zaman Nabi, Kisah Segar Sepanjang Zaman


23 Disember 2019.
Pagi ni Mr Mama keluar awal. Buat tawaf sunat dan solat subuh kat Masjidil Haram. Pastu kami sarapan sesama kat hotel. Balik bilik kejap, Mr Mama ambil kain ihram sebab nak berihram kat Miqat Jaaranah.
.
Mr Mama cerita yang dia dapat solat betul-betul depan Multazam. Untungnya, sebab situ adalah tempat paling bagus untuk berdoa. Moga doa yang dibacakan dimakbulkan Allah. Amin.
.
OK, apa-apa hal, kita selfie dulu. Ni kat depan hotel, tengah tunggu bas.
.

.
PENGORBANAN SAHABAT DEMI ISLAM

.
Kami naik bas ke Jabal Thur. Kat sini lokasi Saidina Abu Bakar membantu Nabi Muhamad SAW bersembunyi daripada tentera Quraisy.
.
Di sinilah jugak ada kisah labah-labah yang buat sarang menutup lubang kecil pintu Gua Thur. Ada jugak burung merpati yang bermain di depan sarang labah-labah tu sampaikan tentera Quraisy memang tak sangka Nabi Muhamad bersembunyi di dalam gua yang sempit tu.
.
Ustaz yang menyampaikan kisah ni jugak ada cerita bahawa Saidina Abu Bakar menutup lubang kecil yang ada ular dengan kakinya. Sampai kakinya dipatuk ular. Menahan kesakitan sampaikan air matanya menitik lalu terkena air mata itu di badan Nabi Muhamad.
.
Pengorbanan Saidina Abu Bakar ni membuatkan Nabi bersabda mengenai perihal La Tahzan (jangan bersedih).
.
Kisah di Jabal Thur ni daripada apa yang aku faham adalah kisah dua sahabat yang saling berkorban demi menegakkan agama Islam. Sanggup berkorban demi sahabat. Kan?
.
JABAL RAHMAH, BUKIT CINTA

.

Selesai ziarah di Jabal Thur, kami naik bas terus ke Jabal Rahmah. Di sinilah lokasi Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu selepas terpisah selama 100 tahun.
.
.
Bayangkanlah betapa seksanya jiwa raga mereka berdua. Ketika sedang hangat berbulan madu di syurga, namun disebabkan melampaui batas sehingga tidak patuh pada larangan Allah, mereka dikeluarkan dari syurga ke muka bumi. Selepas 100 tahun barulah bertemu semula. Tak tergambar penyesalannya.
.


Masa aku sampai kat sini, memang ramai sungguh umat manusia. Ramai yang dah sampai atas bukit tu. Kat kaki bukit pun ramai. Kami disaran tak perlu daki bukit tu. Cukuplah sekadar bergambar, berdoa dan ambil iktibar daripada kisah sejarah Nabi Adan serta Siti Hawa. 💜
.
Sempat la bergambo dengan Serum Lavender. Sekarang musim sejuk kat Mekah ni. Elok jugak pakai serum ni biar kulit tak kering. Aku kan kulit kering. So pakai serum dan pelembap adalah satu kemestian.
.

.
SAUJANA MATA MEMANDANG DI MINA


.
Salah satu wajib haji adalah bermalam di Mina. Aku terpesona dengan apa yang dapat aku tengok di sini. Banyak giler khemah dipasang untuk memudahkan jemaah berkumpul dan bermalam di sini. Banyak tak terkira la khemah-khemah ni. Kalau time musim haji, memang penuh kawasan ni dengan jemaah haji dari seluruh pelosok dunia.
.
MIQAT DI JAARANAH


.
Seterusnya bas menuju ke Jaaranah. Jemaah yang dah selesai buat umrah masa niat kat atas flight hari tu, boleh niat umrah lagi kat sini. . Diorang boleh buat umrah untuk diri sendiri atau badal umrah untuk orang yang dah meninggal dunia.
.
Macam aku, aku tak boleh niat umrah kat sini sebab aku masih berhutang umrah wajib dengan niat di atas flight hari tu. . Lepas zuhur, Mr Mama terus buat umrah kedua. Aku dalam bilik, teruskan berdoa, berselawat dan berzikir.
.
Tahniah abang dah buat umrah kedua.
.


Bagi lelaki, kalau dah bercukur habis satu kepala, bila buat umrah kedua, jangan lak cukur janggut atau bulu kaki ya. Lalukan je pisau atau gunting.

Catat Ulasan

0 Ulasan