Tip Jodoh 5 - Ego Campak Dalam Gaung





Tahu tak apa benda paling salah dalam bab jodoh? Benda tu adalah EGO. Misalnya kita cakap cenggini, ah aku tak perlu la kahwin. Aku ada cukup duit, aku mampu hidup sorang-sorang.
.
Benda ni la sebenarnya yang jadi blockage pada rezeki termasuklah jodoh. Jodoh kan rezeki.
.
Bila ada sekelumit perasaan tu dalam hati kita, tak mustahil jodoh liat nak datang menjelma. Ya, dulu CikYam ada rasa macam tu. Cik Yam rasa tak perlu pun kahwin ni sebab semua dah ada. Walau dalam hati terasa syok gak kahwin tapi cuba menidakkan perasaan tu sebab ego.
.
Hanya selepas bff Cik Yam kahwin, keegoan tu berjaya Cik Yam runtuhkan sebab bff merangkap kawan serumah dah kahwin so Cik Yam takde kawan dah.
.
Yelah, orang dah kahwin, balik keje manade lepak-lepak lagi. Rutin kami berubah 360 darjah. Time tu la Cik Yam macam tersedar, aku dah umur 36 tahun tapi belum kahwin dan aku ego dengan jodoh.
.
Buang ego dan buka hati. Panggil jodoh dekat dengan kita. Usaha kena ada. Berkenalan, saling kenal dan bersedia dari segi mental.
.
Kenapa Cik Yam cakap kena sedia dari segi mental? Sebabnya dalam tempoh perkenalan pasti ada yang mengecewakan. Sebelum bertemu dengan Mr Right, kita pasti jumpa dulu dengan si pematah hati, kan? So ready gais. Tak thrill la berkenalan tanpa air mata. Mesti nangis-nangis dulu baru la love keluar banyak-banyak berterbangan di awangan.
.
#TipJodohByCikYam
.




PS: Gambo kahwin kitorang masuk majalah Keluarga. Kalau baca teks kat majalah tu, Kisah Percintaan tu, apa pendapat korang? Setahun tu Cik Yam amik masa. Den perati je dari kejauhan. Buang masa kan? Ke tak?

Nak baca TIP JODOH yang sebelum ni? Klik sini.
TIP 1
TIP 2
TIP 3
TIP 4

Catat Ulasan

0 Ulasan