Kering Idea Nak Menulis? Tutorial Menulis Bersama Cik Yam Mungkin Solusinya!





Selipar jepun selipar lama,
Dipakai saat jumpa tetamu;
Ilmu kuhimpun sekian lama,
Kini manfaat dikongsi untukmu.

Ecewah. Berpantun pulak Cik Yam ni. Kalau sudi, silalah balas pantun tu.

OK, sebenarnya Cik Yam terpanggil nak buat kelas tutorial mengenai ilmu penulisan yang Cik Yam ada. Ilmu yang Cik Yam himpun sejak di universiti dan kemudian bergiat pula dalam dunia kewartawanan selama ni.

Pengalaman sebagai pembaca pruf, wartawan majalah, wartawan akhbar, penulis konten digital, penulis buku dan penulis skrip ni rasanya elok kalau Cik Yam kongsikan bersama. Orang kata, ilmu elok disebarkan, kan?

MODUL 1: IDEA, KAU DI MANA?



Cik Yam nak mulakan dengan IDEA. Ramai yang kata boleh menulis, minat menulis dan ingin menulis. Tapi selalu terdiam kaku depan laptop atau telefon. Tak tau nak tulis apa.

Macam mana cara nak dapatkan idea tu? Kat mana nak cari idea? Macam mana cara nak susun bahan yang kita ada untuk canai idea tu jadi satu hasil penulisan yang sedap dibaca dan menarik untuk ditatap oleh pembaca kita terutamanya di laman sosial?

Kalau korang nak Cik Yam tunjukkan cara panggil idea datang menerjah ke kolam minda korang, moh join kelas tutorial ni. Kita jumpa di group Telegram ya!

Menulis Di Bawah Tekanan

Kalau Cik Yam cerita pasal rutin kerja Cik Yam, mesti ada yang pelik. Macam manalah Cik Yam boleh siapkan segala bahan dalam majalah tu ikut deadline. Macam mana ada idea nak menulis? Itu semua pengalaman yang mematangkan. Korang pun boleh buat. Ada caranya. Nak tip dan cara tu? Jom join tutorial Cik Yam Sabtu ni.

DETAIL MODUL 1


Hari: Sabtu
Tarikh: 16 Mac 2019
Platform: Telegram (sila download Apps Telegram kalau belum ada. Percuma jer)
Yuran: RM20 seorang

Untuk mendaftar, sila klik sini terus ke WhatsApp Cik Yam. Lepas daftar, Cik Yam akan masukkan semua peserta dalam group Telegram Modul 1. Kita belajar sama-sama macam mana nak panggil idea menulis tu ya. Perkara paling penting adalah konten tu biar ada. Nak cantikkan konten kita belajar modul seterusnya. :-)

INFO Cik Yam
* Pengalaman menulis selama 15 tahun.
* Wartawan majalah (Jelita, MIDI, Mingguan Wanita dan RASA)
* Wartawan akhbar (Sinar Harian)
* Mempunyai buku sendiri.
* Pemenang Penulis Rencana Terbaik (Hadiah Wartawan Malaysia MPI-Petronas 2007) Hadiah disampaikan oleh mantan PM Malaysia, Dato' Sri Mohammad Najib bin Tun Abdul Razak.

TQ :-)

Catat Ulasan

0 Ulasan